samedi 14 février 2009

Valentino Rossi

Hari ni hari Valentine. Jangan fikir nak gelabah lawan benda ni kata haram, benda ni tak baik langsung.

Tapi sebaliknya, jadikan hari ni sebagai satu sumber inspirasi, untuk tambahkan rasa sayang kita pada insan di sekeliling kita. Bukan kekasih kita sahaja yang kita sayang kan. Kita ada keluarga da kawan-kawan.

Hampir setiap minggu, biasa nya Sabtu aku akan telefon rumah aku dan rumah nenek aku untuk bertanya khabar. Biasanya lebih sekali dalam seminggu. Kebetulan hari ni Sabtu. Kebetulan hari ni St Valentin bak kata orang Perancis.

Tetiba rasa makin rindu dan makin sayang kat Mama dan Abah aku. Lagi-lagi lepas sembang dengan Abah, makin tak sabar nak balik jumpa keluarga aku. Mama, Abah, adik-adik dan semua orang.

Ingatlah wahai manusia semua. Jangan lah kita cuma tahu menghentam sesuatu benda semata-mata. Dalam pada menghentam, ambil lah sebarang unsur positif sebagai iktibar dan contoh.

Orang yang bijak adalah orang yang belajar walaupun dari musuh. Adalah amat bodoh kalau kita cume hentam musuh kita semata-mata tanpa mencontohi sesuatu yang baik.

Dengan entry ni aku sertakan lirik lagu KRU yang dalam blog aku ni. Tajuk lagu ni 'Penjunjung namaku' dari album Formula Luar Biasa pada tahun 1999-2000.

Setiap titis airmata
Setiap saat nan berduka
Mengajar aku erti dunia
Tak ku lupa pengorbanan kehidupan
Memikul beban di bahu nan selalu
Memberi yang termampu

( korus )
Ayahku terlalu menyayangi aku
Mendedikasikan hidupnya kepadaku
Dan ibu sentiasa ada bersama
Wala serendah mana aku
Dia tetap menjunjung namaku

Biarku belai tanganmu
Yang telah ditelan usia
Namun penuh berjasa... mulia
Terlalu lama impianku luahkan rasa
Kesyukuranku di hati
Pada dua insan paling ku sayangi

( ulang korus )

Biar ku hilang segalanya
Harta, benda ataupun nyawa
Asal tak ku hilang kau berdua
Dan aku berdoa
Semoga sejahtera selamanya
Hidup kita sekeluarga
Di dunia dan selepasnya

8 commentaires:

fanramli a dit…

aku rasa kita memang golongan veteran layan lagu lama² ni.

5 saat lepas blog kau loading, lagu ni pun start berkumandang. tak payah scroll down aku dah boleh teka, lagu kru.

kau mmg krumania, kan?

heh.
merci, kawan atas peringatan ttg parents.

aku baru je nak buat pos pasal parents. tp, nnt aa eh. heh.

sheez, kau boleh bayang utk aku tak? last time aku jumpa mama n ayah aku bulan 8 tahun 2007.

pergh.

Anonyme a dit…

Ni lagu zaman bila ni.. Zaman you kecik lagi. I pun tak pernah dengar. Anyway selamat hari kasih sayang. Hav fun in Malaysia nanti.

Cheers
Aidid DXB

Afnan (^_^) a dit…

betul2, kita perlu belajar dr musuh..

victoire a dit…

@ fan
x abes2 ngan 'pergh'.
da trademark mulut ko.
Aku dari dulu memang da stop layan lagu2 baru.
ade laa beberape kerat aku layan.
dlu bkn men ko gile hujan. hahaha

bapak lame ko x jmpe family ko.
2 taun. xley bayang..

@ aidid
zaman darjah 5 taun 1999.
memang kecik ag laa mase tu. hehehe.
x sabar sgt nak balik nih.
dah naik jemu bergelumang ngan mat saleh je.

@ afnan
thats the smartest thing.
last2 kite jadi musuh dalam selimut utk dia. hehehe

Mirae a dit…

ni lagu lame eyh?
baru ingt ni lagu baru KRU.
hahahahaha.
tp best gk lagu nih. wink wink

ayunimadarina a dit…

huhuhuu~
selamat hari berkasih sayang~

:D

victoire a dit…

@ puan sharifah
lagu ni zaman kite sbelom amik UPSR lagi dik.

@ nafasdunia
gracias amigo!

Mirae a dit…

oh yeah pakcik khairi?

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?