mardi 24 mars 2009

Adakah semua benda perlu didedahkan?

Baca surat khabar hari ni. 2 surat khabar utama Malaysia. Satu berita yang sangat menarik perhatian.

Di Pahang, sekeluarga nak murtad sebab tak tahan dengan ejekan dan segala macam gangguan orang kampung terhadap mereka. Mereka hampir murtad, siap pergi jumpa paderi dan akan buat surat akuan keluar agama lagi.

Jangan kita cepat melenting, baca cerita dulu. Jangan tau menghentam sahaja. Mereka mungkin orang yang tak arif pasal agama. Bukan sebarang tak arif, mungkin jua mereka sekeluarga orang asli. Ni bukan satu ejekan dari aku, tapi ni satu kesimpulan yang aku buat bila baca berita tu dan tengok mereka.

Yang aku tak puas hati, kenapa dua akhbar ni siarkan gambar dan nama mereka. Apa tak fikir ke kesan akan datang pada mereka? Dah mereka nyaris murtad sebab tak tahan dengan ejekan orang kampung, ni akhbar senang-senang siar nama dan gambar mereka. Tak ke ini akan menambah tekanan mereka?

Kepada yang membaca, tolong jangan hentam mereka ini hanya bila anda dengar berita mereka mahu murtad, tapi siasat siapa mereka dan kenapa mereka nak berbuat kemudian.

Aku menulis di sini sebab tak puas hati dengan penyiaran nama dan gambar mereka. Kalau mereka ni orang berpendidikan tinggi dan nak murtad dengan sebab bodoh tak apa. Di sini, aku tak maksudkan bahawa ada sebab membolehkan murtad. Apa aku nak cakap, keadaan mereka yang serba daif dan kekurangan.

Mungkin mereka ni keluarga orang asli yang baru di Islamkan. Bayangkan, sudahlah mereka tidak berpendidikan tinggi. Mereka masih dalam proses belajar mengenal Islam dengan lebih dalam, kehidupan mereka pula ditekan. Apa-apa hal, baca lah surat khabar 25 Mac, anda jumpa lah berita ini.

Ni la surat khabar, yang patut didedahkan dia sorok. Yang tak perlu dedah dia 'highlight'kan.

Perkara kedua aku tak puas hati.

Macam mana kad merah Brad Friedel boleh ditarik balik, sedangkan kad merah Wayne Rooney tak ditarik balik? Celaka sungguh pengadil lahanat terkutuk itu.

Rooney baling bola sebab nak cepatkan permainan, pengadil dungu tu ingat Rooney baling ke arah dia.

4 commentaires:

Led a dit…

pengadil tu mmg dungu...

hohohoho

Mirae a dit…

nk digress boleh?

wah lagu ni!!! hehe

:D

Be Inspired a dit…

habisla man u tahun ni... :)

victoire a dit…

@ led
pengadil tu memang

@ amirah
digress ape nih?

@ a.m.i.n
mane de amin..
the epl is not a 2 games league.
lpas 38 games baru taw. hahaha

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?