Suatu ketika, masa aku tingkatan 3, ntv7 dan pengacaranya Wan Kamaruzaman ke apa entah nama dia, mereka sibuk siar pasal mat rempit. Even the term 'Mat Rempit' itself was created by them, if I am not mistaken.
Penerbit filem pun mula mengambil kesempatan berlumba-lumba menerbitkan filem berkisar tentang motosikal dan lumba haram. Pada tahun 2001, Malaysia digegarkan dengan filem 'KL Menjerit' yang dibintangi Rosham Nor dan Faizal Hussen. Filem ni sampai hari ni menjadi sebutan rakyat Malaysia.

Seterusnya muncul prequel KL Menjerit iaitu 'KL Menjerit 1'. Remp-IT dan beberapa filem berkaitan turut muncul. Terbaru, drama bersiri di TV3, 'Rempit vs Impak Maksima'. Kali ni bukan 'threesome', tapi 'duosome'. Kehkehkeh. Motor dan kereta digabungkan sekali lah kononnya.

Aku dari kecil sudah terdedah dengan sukan permotoran, kereta terutamanya. Masa aku kecil dulu, aku sangat suka melukis kereta. Di usia 4 hingga 6 tahun sebelum masuk sekolah dulu. Sebab abah aku peminat kereta. Masa kecil motor minat sikit-sikit.
Tapi darjah 3, mula terpegun tengok Ayah Pa aku bawak TZM dia. Sekarang motor TZM tu macam dah tak ada nilai, RM1k lebih pun boleh dapat. Dulu, RM10800 harga dia. Tapi kelemahan motor ni ialah tangki minyak dia yang besar tak bertempat. Agak-agak kenapa tak bertempat?

Sebab bertempat di benda tu pada badan kita. Bentuknya tidak sesuai. Bukan bentuk benda tu. Tapi bentuk tangki tu. Bak kata Ayah Pa aku, bawak motor tu dari JB ke KT, sampai rumah rasa macam tak ada benda tu. Lepas tu kalau terlibat dengan kemalangan pun bahaya, boleh hancurkan benda tu. Tak pasal-pasal melucah.
Erh tersasul. Minat aku terhadap motor kembali berputik dengan hebat semasa tingkatan 3. Tiap-tiap bulan beli majalah Roda-Roda. Mula-mula merasalah naik Honda Cub C70 arwah datuk aku. Akhirnya lepas PMR baru merasa motor sendiri 125z.

Aku bukanlah mat rempit atau sebarang 'otai'. Cuma penunggang motor yang biasa sahaja. Tapi disebabkan aku pakai motor kegilaan mat rempit, aku pun merasalah serba sedikit bahang dan tempiasnya. Aku berkawan dengan orang yang boleh dikelasifikasikan sebagai 'mat rempit'.
Sekarang, nak jelaskan kenapa aku nak cakap pasal benda ni.
Aku sekarang mula layan siri TV3, 'Impak Maksima vs Rempit'. Terasa geli hati yang amat bila menonton filem ni. Sebab-sebabnya :
Di alam realiti, di Terengganu dan Kelantan terutamanya, ada 2 spesis utama mat rempit.
Spesis pertama, jenis berlumba. Mereka berlumba motor, menggunakan mesin 2 lejang biasanya RXZ atau 125Z yang paling popular.
Spesis kedua, jenis bersolek atau berhias motor. Ni untuk pemilik motor kurang berkuasa, terutamanya motor 4 lejang seperti Yamaha Lagenda, Honda EX5, EX5-Class atau Wave.
Apa yang menggelikan hati aku ialah dalam siri TV3 tersebut, spesis pertama menggunakan motor 4 lejang. Kalau nak buat cerita pun, tolonglah lojik dan 'up to date'.
Isk, rindu zaman bermotor dulu. Masa sekolah dan masa di UTP. Walaupun kadang-kadang motor ni membawa malang kepada aku macam dipukul samseng dan kemalangan, tetap ada kenangan manis.
Kadang-kadang aku geram bila orang anggap aku ni macam mat rempit yang tak berguna tu. Cikgu aku selalu tuduh aku macam tu dulu. Sekali tu aku kemalangan sebab balik jogging pun dia boleh tuduh aku merempit tak tentu arah. Apa hal pun, nasib baik lah parut kat muka tu hilang. Alhamdulillah. Kalau tak dah jadi macam Al Pacino dalam Scarface.
.jpg)
Sedihnya dah hilang. Sampai hari ni aku masih menyimpan harapan agar keajaiban berlaku. Mana lah tahu satu hari polis telefon bagi tahu motor ni dah dijumpai, macam kawan aku Didi. Walaupun aku tahu kebarangkalian untuk motor ni telah dilerai dan dijual berasingan adalah 0.99.
Yamaha 125 zaman sekarang tak sebagus zaman aku dulu. Zaman aku, rim sport dia jenama 'Enkei'. Sekarang tak ada jenama pun. Enkei tu bukan sebarang jenama. Tu jenama rim sport dari Jepun. Rim asal Mitsubishi Lancer Evo pun jenama ni. Jadi kesimpulan mudah, motor aku setaraf dengan Evo lah kan.
Kat Malaysia, rim sport paling terkenal untuk kereta ada 2 kategori. Rim sport Jepun dan rim sport Taiwan. Anda tahu mana yang lagi bagus dan lagi mahal kan.
Sampai sekarang, minat aku terhadap kereta dan motor tak pernah luntur. Balik Malaysia haritu, aku berpeluang memandu kereta Nissan Skyline R33 kawan aku. Walaupun R33 ni ialah generasi sebelum GTR dan R34, aku apa peduli. Bukan semua orang dapat merasa kereta ni.
Yea aku tahu ni semua dunia semata-mata. Tapi apa salahnya kan.
Yang aku tahu, sekarang aku rasa sangat rindu dengan zaman tingkatan 5. Lepas kelas tuisyen naik motor ramai-ramai dengan kawan-kawan pekena Ali Cafe dengan Roti Canai serta Nasi Goreng USA...
Dah kenyang gila, ke pantai Batu Burok tenangkan fikiran.. Sebelum balik di lewat malam, lalu Banggol usha pondan cari rezeki. Hehehe. Zaman nakal remaja. Sekarang kalau balik pun macam tu gak kami ramai-ramai. Makan, pantai, Banggol. Kalau pondan ni keluar, tarik langkah seribu lah kami.
8 commentaires:
aku pun rindu dgn zamn bermotor ni k-riey. dah dpt lesen kete aku asyik bwk kete jer.
skrg motor yang aku pakai waktu sekolah dulu adik aku macma dah take over. tukar cover bagai dah macam motor mat rempit jer aku tgk. bunyi pun dah lain macm. aku pakai kriss 110cc jer. tak mampu nak bawak 125Z. tapi kwn aku pakai 125zr warna silver tapi dekat hujung form five dia tukar naza blade 250r, minyak lagi jimat dari 125zr n lagi laju.
apa citer ko lebih kurang aku jer. leoas kelas bukan terus balik rumah tapi pergi minum-minum dulu makan-makan, lepak2.
skrg kat uitm mcm nak kembli ke zaman bermotor jer.
risau nak bawka keter sebab semalam 4 org siswa kampus aku eksiden kete. ada mausk dlm surat khabar.
HAHAHA..motor motor...seb baek aku bukan pminat motor sbb bwk motor pon jarang². tp aku minat kereta. cume mslh kecik sket takde lesen agi! (HAHAH..gelak kat diri sndiri).. =D
mat rempit rupanya?
aha~~
aq x bape suke la moto..lg bahaya kot. adik aq f4 pn suka bawak moto skrg. aq x bape galakan dia. da la kuar rumah x bgtau g mana. kalu dekat2 x kesah la.ni g smp jauh2 haish~
apa kelas naik motor
naik kereta la besh
@ khairnaj
aku ade bace pasal berita tu.
tragis lagi mengerikan.
kesian diorang dan family. huhu.
aku tak mampu laa pakai Naza Blade tu.
nanti la dah poket tebal baru layan.
macam best je minyak lagi jimat.
125z aku dulu minyak dia telan macam paip air bomba. seksa duh.
kehidupan kite zaman skolah lebih kurang lah.
member-member pon same.
@ ash
aku minat kete ngan motor.
motor tu zaman mule2 bleyh lesen.
tp minat aku still seimbang.
kedua2 aku minat sampai arini.
@ keyrol
memang la bahaya gila.
tapi semua benda ada risiko dia.
so bagi aku sama, layan saje.
@ wenkt
jangan lah angkuh sangat..
atas orang lah.
ada orang enjoy naik kete.
ade orang enjoy naik motor nak wat cam mane.
kalu ikut kat rumah aku sekarang takde motor, ada kereta saja.
dan kereta lah kenderaan utama aku kat rumah.
tapi aku tetap dahaga nak bawak moto ber'clutch' gak.
minat orang lasak, nak wat camne.
ak pom rindu nk naik moto. dulu bahang moto ayoh aku je. honda hok jenis lame tuh,lampu petok.haha. kalu g umah didi, somo ak bwk moto yer. sedap rase naik moto kriss ye. ingt mase bln pose, sokmo g tido umah yer. bukok pose beh skek.hahaha
**riey,mu ad tpon ke? ad no +339... kol,dok dang nk agkt
siswa2 yang pergi tu suma satu blok dgn aku. so skrg blok aku macam berkabung jer ler. ala k-riey Naza blade tu skrg harga dah tinggal RM18K jer. ok ler tu untuk buat belajar bawak superbike.
@ sapik
ade2. kang aku siap kol balik smalam. hehehe.
@ khairnaj
isk, mesti terasa kan bile diorang dkat dengan ko.
takut lak dengar.
tapi biase la ajal di mana-mana.
Enregistrer un commentaire