dimanche 15 mars 2009

Have a bad day.

Hari Sabtu baru ni merupakan antara hari terpedih yang pernah aku lalui sebagai seorang penyokong United. 4-1 kat Old Trafford. 3-0 pon tak sepedih ni. Rase bengang gile bile tengok match tu. Sebelum ni, paling teruk kalah aku ingat ialah lawan Chelsea 5-0 taun 1999 pastu Man City 4-1 taun 2003 kot.

Susah bile jarang kalah, pastu skali kena teruk gile. Aku pon tak paham sebab apa aku perlu bengang dan tensen bile United kalah.

Sem ni budak course aku kena buat projek. Satu kumpulan ada 3 orang ahli. Aku kena dengan 2 orang yang agak pemalas. Walaupun aku ni dah cukup pemalas, tapi 2 orang ni lagi hebat kemalasan dia dari aku.

Bukan aku nak tuduh, tapi terbukti. Hantar report praktikal 10 hari lambat. Ponteng kelas macam kelas tu nenek sebelah abah dia yang punya (sebab nenek lagi sporting dari parents). Pening pale kawe.

Dari sudut positif, bagus lah sebab akhirnya aku ada sebab yang akan mendorong aku untuk mainkan peranan penting dalam projek ni. Sudut negatifnya, mampos lah aku kerja sebahagian besar sorang diri.

Bukan aku nak tuduh, tapi mamat 2 orang ni tak pernah nak hamek tau pasal projek kami. Kumpulan lain bukan main ada meeting, kami haram takde.

Setiap kumpulan ada prof pembimbing. Kata prof aku, setakat ni aku sorang je yang datang jumpa dia untuk aturkan pertemuan kumpulan. Aiyyo. Manyak susah ini macam.

Memburukkan lagi keadaan, salah seorang pemalas tu telah dibuang dari IUT aku. Jadi tinggal aku seorang diri dengan samdol pemalas tu. Kepala pusing maa!

And the sweetest part is, projek ini tidak termasuk dalam mana-mana gugusan subjek. Dengan kata lain, gagal projek, bermakna gagal lah sem aku..!

Kalau aku gagal IT, mungkin markah Math, Physic dan Automated system aku boleh selamatkan aku sebab subjek ni tergolong dalam gugusan subjek teknik. Tapi projek tu merupakan anak tunggal.

Hanjeng sungguh. Cobaaan..

Alhamdulillah, what a wonderful life for me. My project' tale and United' lost.
Qu'est-ce qu'elle est belle la vie.

ps : mane taw di sebalik ujian ni esok aku dapat cheque 100 000€ menang cabutan bertuah ke.

4 commentaires:

Mr A a dit…

berangan tak hengat nk dpt cheque bnyk tu..AHHAHA
gile sadis kumpulan mung tuh. aku next week bru tahu kmpulan projet aku. hpefully dpt hok okok.

=D

(masaf games turun?)

.a.n.a s.y.u.k.r.i.a.h. a dit…

betol2!
tension giler man u kalah.kurang asam punye liverpool.siap ko liverpool!

Mirae a dit…

nk dpt check berjuta? sila daftar diri masuk cabutan nombor ekor atau loteri atau lumba kuda.haha.

victoire a dit…

@ ayen
MASAF games turun..
tapi sedih sket aa sbab beach soccer kureng best. heh.

Arap2 laa dapat member best. MAti wat keje sekor diri.

angang-angan kena ade..

@ cik kiah
tensen x ilang agi.
rosak home record.

@ sharifah amirah
isk.. mane bleyh wat gitu

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?