Akhirnya, selamat Manchester United kesayanganku ke suku akhir Champions League. Sebijik macam tahun 1999, seri kat San Siro pastuh menang 2-0 kat Old Trafford. Boleh laa pikir untuk klik konpem beli tiket final. Keh keh keh.
Tapi kepala aku sekarang duk mikir nak balik bercuti kat Malaysia. Dah tak lama, 3 bulan je lagi. Ikutkan hati, bulan 4 ni pun aku nak balik. Rindu family lah pulak. Kang tak pasal-pasal aku balik di cuti bulan 4 untuk kali kedua. Dulu dah pernah sekali.
Tapi resolusi baru aku, setiap cuti perlu dimanfaatkan sebaiknya. Yup memang balik Malaysia sangat bermanfaat gile. Tapi kena bandingkan dari pelbagai sudut. Sementara belajar kat tempat orang ni, gune lah mase cuti untuk melihat alam.
Kelas baru mula dah pikir cuti. Ala, ta lama lagi cuti balik. Lepas 6 minggu kelas, 2 minggu cuti.
Serius badan dan otak aku rasa sangat letih selepas 3 hari kelas 8 pagi sampai 6 petang. Walaupun bukan semua subjek berat, keletihan mental dan fizikal tetap terasa.
Sejak kelas mula balik ni, hidup macam biase. Kelas, kelas dan kelas. Tadi prof aku bagi balik report praktikal yang kami hantar arituh. Alhamdulillah, markah aku walau tak tinggi tapi cukup tinggi berbanding rakan-rakan aku yang di bawah tutor atau prof berkenaan.
Dah la prof aku yang ni markah dia mahal gila. Sangat susah nak dapat. Dia seorang wanita perfectionist. Tau-tau lah macam mana pemarkahan dia. Kawan aku lak tak puas hati aku dapat tinggi dari dia. Aku dah pesan jangan buat kompleks sangat dia tak dengar. Lantak hang laa.
Dia ni tak abes-abes tak puas ati ngan aku. Tak puas hati kerajaan Malaysia bagi scholar lah. Tak puas ati aku dapat claim elaun praktikal la. Macam-macam. Tapi dia tetap seorang member yang best dalam geng kami. Biaselah, manusia mana perfect. Ada baik ada buruk setiap orang.
Akhirnye kuar gak muvi real Dragonball. Tak sabar nak tengok. Satu ag Fast and Furious 4. Sebarang muvie lah. Aku nak tengok. Tengok You don't mess with the Zohan 40 kali aku tak pernah boring. Sies klako gile Rob Schneider jadi pak Arab.
You no kill the Zohan. Everyone think you big hero. I want the Muchentuchen resto chain. Ya selim ya selim ya selim.
3 commentaires:
halla dia tak puas ati tu sbb nak ada modal borak ngan kau.
hehe.
weh. kau ke 'khairi' yg kasi komen kat post aku?
slalu guna k-riey.
haha. ragu².
apela xboring tgk zohan 40 kali.ish ish.well,im back dear
@ fan
maybe kot. nway mmg aku pon.
sbab malas login aritu. ngeh.
@ sharifah amirah
best gile cite tuh. sies x rugi tengok.
Enregistrer un commentaire