dimanche 8 mars 2009

Mr Bean back to school.

Esok mule kelas balik. Sebagai budak normal, aku sangat liat lagi malas untuk mule ke kelas balik selepas 2 minggu cuti. Belom puas membute sampai hampir tengah hari. Yea belum masuk tengah hari, cuma hampir sajer.

Lebih memburukkan keadaan, kehadiran aku di IUT esok disambut dengan senyuman lebar kelas aku yang bermula jam 8 pagi dan berakhir di jam 6 petang. Dah la 3 jam PPP (Projek pribadi profesional, begini la bunyinya kalu ditranslet kot) yang biasanya boring haram.

Dah la aku tak print lagi CV aku yang terbaru. (Chewwah, padahal tambah praktikal ciput je sikit). Entah hape la prof aku tu suh bawak benda nih.

Pastu, ade lagi 3 jam kelas 'Pengiraan kos' dengan seorang prof aku yang susah nak senyum, dengan kata lain, seorang yang bengis. Dengar ayat ni buat aku bayangkan prof aku ni muke macam Sarjan Senin atau Sarjan Misai lakonan A Galak tapi gaya lagi bengis.

Padahal prof aku ni lawa boleh tahan gak lagi-lagi kalu dia pakai jeans Guess dia yang kaler hitam. Adui kantoi aku usha prof.

Kelas esok diakhiri dengan kelas Pengurusan Projek bersama Encik Francisco. Dia ni bekas askar, dan muke bengis dan susah nak senyum. Wah, alangkah menariknya hari aku esok. Yeehaa!

--Allahumma inna 'a'uzibika minal ajzi wal kasal--



Lindungilah aku dari kemalasan oh Tuhanku. Terimalah hakikat cuti da abess.

7 commentaires:

Mirae a dit…

jgn malas2 ye,nnt org bli bj HRC Philly eyh? :)

Mr A a dit…

btol btol btol! bak kata kak Pah, jgn malas²...

alé kuraj!

Anonyme a dit…

ish rerjain kan diri mu. hahaha... kriey letak ar gambar waktu ko pergi bercuti...

About Me a dit…

org kapung nok lalu sket...

kin a dit…

sume bengis2 belaka,
confirm sweet klu pakai pink,
;)

Mohd Syafei Ahmad a dit…

weiii bangung wei kelauk kelaukk.. hahaha nice blog kerie.. btw good luck.. i know its hard to get into a full gear when you just come back from a holiday

victoire a dit…

@ sharifah amirah
good! macam biase the blak 1.
baru ni yg Athens. best2.

@ ayen
ahaha. yep2 saye tau encik.

@ khairnaj
Insya Allah bile ade mase nanti..

@ Mardhiyyah
lalu je ke kak..?

@ kin
xley bayang.

@ abg sham
absolutely!
Thanks a lot for dropping by.

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?