lundi 20 avril 2009

Di sini bukanlah gula sepanjang masa, adakalanya hempedu.

Lama aku tak usha blog. Tetiba tadi terbuka hati nak buka UTP press. Blog informasi untuk UTP. Walaupun aku bukan lagi warganya, tapi tetap gatal tangan nak ambil tahu perkembangan. 6 bulan kat sana, banyak kenangan.

Tahun lepas, aku buka blog tu aku terkejut tengok abang kepada kawan baik aku yang juga saudara aku jadi presiden MPP dia. Hari ni terkejut tengok kawan aku sendiri yang jadi presiden. Dulu rasa macam kami semua mentah gila, sekarang ada yang pegang jawatan penting.

Haa, kepada orang yang belajar kat Malaysia, kat seberang laut ni bukan semuanya best. Kalau kat negara lain aku tak pasti. Tapi kat Perancis ni, tak banyak aktiviti luar kelas macam di Malaysia. Tak ada lah nak buat konvoi bermotor ke Cameron Highland ke, apa-apa. 

Mendaki puncak Gunung Jerai atau berskuba diving di Puau Rusa atau Pulau Musang jauh sekali. Setakat aktiviti ski atau snowboard je. Wow korang mesti cakap, tu dasat gila snowboard ngan ski. Tapi tak menarik sebab lepas ski, bukan nya ada panggang ayam, buat persembahan macam kat Malaysia. 

Yang adanya pesta arak bermabuk-mabukan berparti sampai tertidur sebab mabuk.

Kalau anda semua jeles dengar aku melacur(baca melancong) ke serata Eropah, aku di sini jeles tengok anda berkonvoi ke Cameron Highland, Latar Iskandar dan sebagainya. 

Tengok korang lepak kat cafe di kolej kediaman dah cukup menjeleskan aku. Sini kalau duduk kat residen universiti pun, tak ada cafe yang membolehkan kita pekena nasi goreng USA atau Chicken Chop ditengah malam bai. Yang ada hanyalah kedai kebab di tengah bandar.

Kita hidup tak boleh menyesal dengan masa lalu. Kena pandang ke depan, yang belakang jadikan iktibar. 

Kalau aku stay UTP dulu, sekarang ni mesti tengah mengerang kesedapan(baca keresahan) mencari tempat untuk praktikal sem depan. Lepas tu, Disember tahun depan dah boleh menarik nafas lega dah tamat belajar. Boleh jadi Engineer kat Ramly Burger (baca Schlumberger). Untuk pengetahuan yang tak tahu, aku bekas pelajar UTP batch Jan 06.

Pastu, mana lah tahu terselit gambar aku tengah sengih macam kerang busuk kat carta organisasi sebagai AJK Dakwah dan Ibadah MPP UTP ke. Keh keh keh.

Aku cakap ni bukan bermaksud aku menyesal kawan. Saja membayangkan apa yang mungkin berlaku.

Lepas 3 tahun di negara orang putih ni, aku masih rasa cara orang Malaysia lagi seronok. Hidup orang putih ni sentiasa bosan. Makanan tak cukup garam dan gula. Pukul 7 kedai dah tutup.

7 tahun di Perancis ni akan jadi pengalaman berguna dalam hidup aku. Tak kisah lah aku terpaksa korbankan hidup normal pelajar di Malaysia. Aku selalu cakap pada diri aku dan sesiapapun, di Perancis ni aku dapat lebih dari ilmu kejuruteraan.

Sesungguhnya setiap benda ada baik dan buruknya. Kalau tadi anda jeleskan aku dengan konvoi ke Kampung Jeram, sekarang aku meminta diri untuk beronggeng di Bratislava, Budapest dan Vienna.

Au revoir (bak kata Eric Daniel Cantona dalam iklan Nike).

Errm, pening tak tau bila nak mula kemas beg untuk jalan-jalan ni. Esok gerak ke Paris jam 3 petang. Tidur paling koman sampai kul 10..

7 commentaires:

dnieAlias a dit…

gegege...i want what you have,you want what i have.guess people just don't know how to be grateful sometimes,eh..mierah and you make s me appreciate teh tarik and nasi goreng even more...lalala

lilylala a dit…

owh...
untung jgak ak blanjo dkat ukm ni...
bley lepak2 kat maple..pekena roti pisang satu...
huhu...

Amy a dit…

nvr regret studying in france...our study culture is far far different from what they r taught in msia...nnti dah keja krey tau laa... :D eventho lama sket...ada hikmahnya...all those things yg leh buat kt msia nnti leh buat gak after study, balik keja kt msia balik... :D

Keyrol Anwar a dit…

adeSs~
rindu utp plak ke?
aha..

Mohd Syafei Ahmad a dit…

selamat berjalan.. ceh cover bratislava ngn vienna sekali tu.. naik bot eh??

boss malas login a dit…

@ dinie
haa. well said.
u must be grateful for still being able to enjoy it while we are craving for it..

@ lily
kabo dh kang..
sek2 mg sdap2 je lepak mkn puas2.
tp gemuk tanggung sdiri. hahaha

@ kak amy
tout a fait kak amy..
c pour ca j'ai dit que je ne pense pas que ca soit un mauvais choix.
il y a tjrs d'avantage et d'inconvenience dans tous.

@ keyrol
mestilaa.. budaya lepak, hahaha.

@ abg sharm
tak.. naik bas ngan flite jek..
thanks a million bro!

boss malas login a dit…

@ dinie
haa. well said.
u must be grateful for still being able to enjoy it while we are craving for it..

@ lily
kabo dh kang..
sek2 mg sdap2 je lepak mkn puas2.
tp gemuk tanggung sdiri. hahaha

@ kak amy
tout a fait kak amy..
c pour ca j'ai dit que je ne pense pas que ca soit un mauvais choix.
il y a tjrs d'avantage et d'inconvenience dans tous.

@ keyrol
mestilaa.. budaya lepak, hahaha.

@ abg sharm
tak.. naik bas ngan flite jek..
thanks a million bro!

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?