Hari ni hari bukan hari aku. Orang selalu kata, hidup ni macam roda. Kadang-kadang kat atas kadang-kadang kat bawah. Hari ni aku dipijak roda lah kiranya.
Pertama, pagi tadi dalam kelas, prof cakap sebahagian besar pelajar dapat markah rendah dalam ujian 'Project Planning'. Aku sudah tentu termasuk dalam senarai tu. Nak buat macam mana, ada 6 latihan dia bagi. Aku buat 4, ada 2 yang aku tak buat.
Yang masuk hari tu antara yang aku tak buat tu. Dah la sepanjang belajar, sekali je dia bincang jenis soalan yang aku dan sebahagian besar budak lain tak buat tu. Kata orang British, 'isolated case'.
Seterusnya aku dipijak oleh prof Algebra aku. Bahagi-bahagi kertas peperiksaan, aku punya antara yang lambat dapat. Ingatkan nak dapat markah penuh. Sekali dapat nombor malang orang Perancis.
Yang aku geram, 4 markah aku hilang. Kalau tak, dah dapat nombor Nani dalam skuad Manchester United. 4 markah ni aku hilang sebab aku jawab soalan ni dengan pensil. Prof aku langsung tak kasihan, terbiarlah aku terbengkalai.
Biasanya kalau aku jawab ujian, soalan yang aku tak yakin aku akan jawab dengan pensel, habis jawab baru aku belek balik dan salin dengan pen. Hari tu tak sempat salin balik. Sebab habiskan masa cuba permudahkan satu ungkapan yang dah tak boleh dipermudahkan lagi. Sialan. Dah lah aku tak pernah tahu yang prof aku wajibkan jawab soalan dengan pen.
Sebelum keluar kelas, aku tanya buat kali terakhir dia tak bagi. Ikut hati mahu je aku buat muka marah gila dan hempap pintu. Tapi aku sabar. Setakat lepas geram dengan tak ucap 'merci, au revoir' saja.
Memang bengang gila. Dah lah markah Algebra ni antara markah paling penting untuk masuk Ecole nanti. Pesona Algebra sungguh.
Memang aku kena usaha gila-gila lah untuk naikkan purata markah Algebra ni. Kalau tak, cantik gila markah aku sekarang. Kalau aku dapat rendah sebab aku tak pandai jawab lain cerita lah, tapi ni kalau sebab sedikit tulisan dengan pensel, hati mana tak terbakar.
Seterusnya, dapat email kata tiket ke Bratislava dibatalkan, dia bagi pilih penerbangan lain atau dibayar balik. Aku telefon tak dapat, emel pun tak balas lagi. Mungkin talian sibuk layan mangsa-mangsa lain. Dah lah aku ada kelas tadi, tak sempat cuba banyak kali.
Tapi kalau tiket semua dah penuh pun ok. Boleh aku tengok bola di Old Trafford. 22 April tu ada match dan tiketnya masih dijual, bukan senang nak dapat tau. Biasanya kena jadi ahli berbayar baru boleh beli. Tapi hati kecilku masih berharap agar ada tiket ke Bratislava. Kalau tak, rugi lah yuran penempahan hostel dan bas-bas yang telah aku bayar tu. Tak lah banyak sangat.
Seterusnya, tadi ada perjumpaan dengan prof penasihat projek. Kena marah. Sebab apa, kerja tak serius. Sakit hati gila sebab bukan salah aku, tapi kawan aku punya pasal. Dah berbuih mulut aku ajak dia berbincang tapi dia cakap tunggu, tunggu dan tunggu. Hasil kerja aku seorang tak cukup bagi prof aku.
Dan aku tak nak lah salahkan kawan aku depan prof aku. Tak nak sebab aku dia dapat markah rendah. Simpan sendiri saja.
Semoga esok aku berada atas tayar balik..
6 commentaires:
naseb baik aku dpt partner ngan sorang minah yg rajin tahap maksimas. best student plak tuh. HAHAH. segenap sudut dia carik pasal buat projek neh. he he. terase mcm aku plak pihak yg mls sbb dia buat research terlampau bnyk melebihi aku. so secare literal nye, aku kurang rajin dari dia kot. HAHA
weh nape x jadi turun masaf??? porke??
kepok pale kwn mu tuh. bia reti base skek.haha
naseb ak juga tidak baik..byk kan bersbr..
hukkk
Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan..teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup..lebih-lebih lagi di tempat orang..
wish u goOd luck n all da bes..
@ ash
aku xjadi sbb 21 nk g bratislava sume2..
kalu g bordeaux ekg lembik aku. hahaha.
xdang baju kering. ngeh2.
sori2. next time insya Allah.
@ sapik
aku mmg nk kepok dh.
kadang ye tinggi gile.
x sapa tangan aku. hehehe.
@ lily
haa ape cite ngan prof mu
@ pink something
haa mekasih banyak2.
tu laa, bersabor je laa.
nk wat camne, xkan nk blasah sume.
@ kakna
Insya Allah nanti yie tengokkan.
Enregistrer un commentaire