lundi 11 mai 2009

God bless him.

AL-Fatihah buat sahabatku Mohd Fakhrul Ikram bin Ghazali. Dah masuk tahun ke-3 arwah kembali ke rahmatullah. 

Dia meninggal pada 3 atau 4 Januari 2006. Jauh tarikhnya, macam mana tetiba teringat?

Tadi aku duk buang emel, tetiba ada satu emel dari Myspace kata ada mesej apa tah. Lagi pun dah berkurun aku tak log in, so tadi tetibe rasa nak jenguk. Aku tak pakai sangat pun benda ni, kawan pun ada tak sampai 20 kot. Zaman dulu lepas SPM je main kejap.

Bila kawan tak ramai, komen pun tak banyak. Tertengok komen yang arwah bagi kat aku. Yang atas komen dia, yang bawah aku jawab dan seterusnya. Ayat pun ayat zaman aku tak matang lagi. Ayat budak zaman dulu..


1 janv. 2006 14:06 


oit pe kabo? mane lak mu tau aku ade myspace? aku xgune sgt myspace nih... erm mu kije x? nape laa mls sgt bls msg aku=( 5sen je.. smpai ati mu... amat thn baru.... yay yay kerie dh tue!!




2 janv. 2006 04:18 

aku bkn mls bls msg mg...kbtlan ada keje sket ms 2....

biase ah, tgguht2 sdo2 xigt nk bls...huhu...
aku xkije pn...
xdang...
aku dpt dos twrn utp...
14jan aku g...


2 janv. 2006 05:13 


wah bagus2!! gud luck laa kat utp tuh nannti. sape lg yg dpt pg sane? mu amik coz nape kekgi?


3 janv. 2006 05:44 

Ikram...
thnx a lot...
pape pn, aku doakn keselamatan ko...
Insya-Allah slamat....



Tengok selang masa antara 2 komen terakhir. 1 hari sebelum aku balas, dia komen kat page aku. Dia mula koma pada 2 atau 3 Januari. Betapa hampirnya dia dengan maut ketika itu.

Waktu dalam komen tu ialah waktu France, sebab dulu aku pernah tukar. Jadi aku rasa aku tulis komen tu jam 1244 tengah hari 3 Januari dan dia mula koma petang atau malam 2 Januari.

Maknanya, masa mula-mula aku dapat SMS dari kakak dia kata yang arwah mula koma ialah di waktu pagi aku baru balik joging pada pagi 3 Januari tu rasanya.(Zaman joging setiap pagi dan petang tapi yang pagi di sia-siakan oleh roti canai dan teh tarik).

Masa tu, aku baru dapat tawaran ke UTP, jadi memang agak sibuk selain di waktu joging.

Manusia klasik, bila dah hilang baru menyesal. Kehilangan arwah mengajar aku agar lebih menghargai orang di sekeliling kita. Dan aku pun manusia biasa, mudah leka. Bukanlah semua orang aku hargai. Bila tersedar balik mula menyesal balik. Insya Allah, aku usaha lagi. Anda semua pun sama ok.

Arwah ni baik sangat yang amat kepada aku. Bayangkan, dia punya baik sampai aku rasa dia mengada. Padahal bukan salah dia pun. Malah dia TERLALU BAIK. Teringat aku pernah marah kat dia sebab dia minta aku berlakon untuk teater dia, masa tu aku sangat sibuk dekat SPM katakan. (Aku berlakon terer dulu beb, jadi rebutan. nak muntah)

Lepas tu aku ingat lagi, sedih sangat tengok kakak dia menangis masa ambil slip result SPM dulu. 

Aku dan arwah Ikram ni bukanlah rapat sangat pun. Tapi bila ada insiden yang melibatkan kami berdua secara langsung, membuatkan aku teringat. Pernah aku lawat dia accident motor kat rumah dia. So nak kata tak rapat sangat pun tak, rapat sangat pun tak. Biasa-biasa. Kira dia ni just after my best friends lah kot. Sebab kalau tak rapat, jangan harap aku ke rumah dia untuk tengok dia eksiden sikit. (terngiang2 kata2 Allahyarham Ikram, kakak dia puji aku hensem esoknye lepas aku lawat dia =p)

Macam kena je cuaca sekarang dengan mood ni. Redup, baru lepas hujan. Disertai dengan panah petir, kilat dan guruh sekali-sekala. 


And I miss acting sooo much. The last 1 was back in January 2006 for the UTP orientation. Any offer? =p

Sekali lagi, Al-Fatihah untuk Allahyarham Mohd Fakhrul Ikram bin Ghazali. Betapa Allah sayangkan dia. Semoga rohnya ditempat dikalangan orang yang bertqwa Insya Allah.

Berehat secukupnya. Minggu ni Isnin hingga Jumaat kelas aku 8 pagi sampai 6 petang. Khamis je 8 sampai 1230. Yeah, 40 jam 30 minit, impressive?

7 commentaires:

Mr A a dit…

aku takkan lupe mase mg acting jadi org nyesal tuh. HAHAH. beb, aku igt smpai skrg ah!

lilylala a dit…

alfatihah...
tbe2 lop tringat kan...

syapik LA a dit…

ade jugok selit bab org puji hensem tuh =P

haha

syapik LA a dit…

dop ingt. Al-Fatihah juge utk arwah

victoire a dit…

@ ayen
erh ingat plok mg.
aku ingt mg knal aku mase aku menyumpah mesin basuh je. hahahaha

@ ;ily
tu laa psl. aku duk belek myspace jupe. huhuhu

@ sapik
biase laa. aku kang. pantang kene puji. hahahaha

Amizah Azid a dit…

penah berlakon mase MAS kat UTP? tak pasan pon.. hehe
al-fatihah jgk..

etiey a dit…

ak skg same2 ngajor ngn akak arwah
tiap kali tgk dia, msti tingat arwah..
alfatihah..
nxt time will be our tuRn 4 sure..

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?