Yang boleh menceriakan aku, tak sampai 2 bulan lagi dah nak balik Malaysia.
Tapi sekarang hati serabut sebab banyak sangat benda yang nak kena di buat. Nak cari studio baru lagi. Bila sebut nak cari studio baru atau nak pindah, mesti la bermacam-macam kena dibuat. Bag yang balik jalan-jalan baru ni pun belum di 'unpack' lagi.
Sekarang siang terlampau panjang, tu aku boring. Subuh pukul masuk pun jam 4 pagi, 620 dah habis, maghrib masuk pukul 930 malam. Jadi pukul 10 malam baru gelap. Nak marathon tengok movie pun kena mula lewat.
Hehehe, tu je alasan tak suka siang panjang. Tapi kalau malam panjang sangat pun bising. Terimalah apa sahaja seadanya..
Sekarang dah tak boleh guna 'imeem' untuk lagu. Jadi kelmarin ligat lah aku mencari web baru untuk letak lagu kat sini.
Tetiba rasa macam nak letak lagu 'Hotel California' ni. Ni lah lagu kegemaran aku sepanjang masa. Aku kenal lagu ni pun agak lambat, masa tingkatan 3 kot. Sampai hari ni tak puas aku dengar lagu ni.
Terutamanya versi akustik ni. Muzik dia layan gila. Sedap yang amat.
Lagu 'Teman Sejati' dari Kamikaze hari tu pun sedap gila, sayang dah tak dapat letak sini. Lagu tu maksud dia sangat mendalam.
Perangai aku kalau jalan-jalan mesti bawa buku untuk dibaca ketika naik kapal terbang atau sebarang kenderaan. Dengan kata lain di waktu tak buat apa-apa.
Cuti baru ni aku habiskan novel 'A year dans la merde' yang pinjam dari Ayen dah lama gila. Tapi baru habiskan sebab baru ada masa nak baca.
Kepada semua yang kenal budaya Perancis dan Inggeris, anda sangat digalakkan membacanya. Kaw-kaw dia kutuk orang Perancis, sangat lawak. Dah la dia tulis dialog yang melibatkan orang Perancis dengan 'accent' sekali. Memang sebijik dan kelakar gila.
'Yam bare narr, yam responsabull ov communika syon' =
I am Bernard, I am responsable of communication
'Ah'm ed of hah tee' = I'm head of I.T.
Ni antara contoh ayat dia. Baca, tak rugi langsung.
10 commentaires:
tau takpe. nk marothon movie pon kne start lmbt. HAHA
bakpe mg nk pndah studio? bkan hok tu comey doh ke?
sronok je aku tgk ( apart shower yg rosak tu la....)
hoo..
c'est horrible cette histoire de douche.
c'est a cause de ca je veux changer d'appart.
seksa idup aku nok mandi. huhuhu.
se ag sbb aku bley dpt sumthing lagi best n lagi murah.
yg ni mahal sgt aa.
woo cool. next year bleh ade hotel angouleme baru. keh keh.
hehe.kenapa lagu teman tu mendalam gila?
chaiyo. chaiyo.
** lama x singgah sini. =D **
lgu ni mmg la sgt best..
kenape lgu kamikaze tu da takley letak??
huu
im reading talk to the snail by stephen clarke right now..
tapi x habis2 lg..uhu~
kena cari a year in the merde kt malaysia neh..
@ ayen
hahaha. hotel baru laa sangat.
@ amirah
bkn mendalam sangat.
best sebab lagu pasal friendship.
lagu dia sendiri yg best.
Im fan of kamikaze girl.
@ nadia yuna
gracias..
lame xtgk. heh
@ lily
bkn lagu tu dokleh ltak.
tapi xleyh guna imeem dh.
sume lagu jadi mcm demo 30 saat.
maybe sbab copyright kot.
@ keyrol
i think that 1 is kinda guide isnt it?
a year in the merde bkn guide.
tapi mmg novel cerita.
bace, best gile!
oit. aku sudah kembali ke LA tercinta nih. malah giler nok stady weh!!!!
>>JGN LUPE CUTI2 DI LOS ANGELES BULAN 10 KEKGI =P<<
pergh bile balik? kejap gile.
Insya Allah aku sapa. hahaha.
dok sabor laa pulok
Enregistrer un commentaire