lundi 18 mai 2009

Rupa paras dan..

Esok aku ada ujian 'Poste de travail'. Subjek yang membincangkan cara untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan rugi dan segala benda yang tak baik. 

Mula-mula aku malas nak belek belajar untuk ujian ni. Tapi bila bukak web 'e-learning', rancak budak kelas aku berbincang pasal subjek ni di forum. Baru aku ingat, mereka semua tengah semangat nak kumpul markah, naikkan ranking masing-masing sebab semua tengah teruk. 

Sebab keadaan aku stabil lah aku tak semangat sangat. Ni satu sikap negatif aku. Tapi akhirnya aku mula belajar agak lewat, pukul 9. Sebab tu lah sampai dekat pukul 2 ni masih di depan laptop. Nak rehatkan minda, menulislah terapinya.

Kali ni terpanggil untuk berbicara pasal rupa paras. Rupa paras ni biasanya adalah kurniaan Allah, kalau ada pun usaha manusia untuk mencantikkannya, tu hanya terlalu sikit. Jadi pendek kata, kalau kita cantik atau kacak sekalipun, tu bukan hasil titik peluh atau usaha kita. Tapi kurniaan, anugerah Tuhan semata-mata.

Dalam kehidupan aku seharian, sebahagian besar orang yang ada rupa, tak kira lah lelaki ke perempuan ke, mereka biasanya lebih 'mengada' dan bajet romantik antara contohnya. Tapi ada sahaja manusia kacak dan jelita yang tak macam ni. Sebab tu aku tulis 'sebahagian besar'.

Setiap orang ada hujah dan pendapat masing-masing. Aku macam biasa, bagi rupa paras bukan satu ukuran untuk manusia. Jadi layanan aku pada orang tak bergantung kepada rupa paras. Aku layan semua orang sama. Aku bergurau pun sama gila-gila tak kira lah kau kacak atau jelita sekalipun.

Yang menyebabkan aku meluat kadang-kadang, 2 jenis manusia (kacak dan jelita) ni ada yang kerja dia nak bersama manusia setaraf dari segi rupa dia sahaja sepanjang masa. Aku tak cakap pasal kekasih, tapi termasuk dari segi kawan. Sungguh melampau kalau berkawan pun nak pilih rupa paras.

Ini satu peringatan untuk diri aku dan anda semua. Atau 'kita'. Rupa paras ni bukan benda yang boleh nak dibanggakan sangat. Bukan korang yang usaha untuk mendapatkannya tapi Tuhan yang bagi. Jadi layanlah orang semua tanpa mengira rupa. Tak payah lah berkawan dengan yang cantik dan yang kacak sahaja.

Untuk lelaki kacak, sungguh meloyakan tekak kalau anda cuma layan perempuan cantik. Tak pun, melebihkan perempuan sahaja. Dan sebaliknya untuk perempuan.

Maaflah agak emosi. Cuma aku tak tahan dengan manusia sebegini.

Di dalam dilemma sekarang. Jam dah 230 pagi. Nak tidur, rasa macam tak habis baca lagi. Tak nak tidur, mengantuk. Dah lah esok kelas 8 pagi sampai 6 petang. Jadi  buatlah macam pagi tadi, minum nescafe pekat gila. Semalam pun aku tidur pukul 3 pagi, kelas esoknya 8 pagi sampai 6. Weekend ni tidur lah puas-puas bebeh.

12 commentaires:

Anonyme a dit…

baik itu budi, indah itu bahasa..


di lalang samar nampak si rusa,
ditembak mati rupanya manusia...

bg ai, manusia2 yg hy bersocial dgn good-looking guys...that's just for sex appeal....GILA SEX!! what can i say??...memalukan....jijik pd mata ai....



khairi, i was like, 'ohh thnx god', u tak mcm tu...


ngeee~~~

Anonyme a dit…

ai nak tmbh, ade jgk manusia yg (sorry to say), not-that-goodlooking, tiba-tiba bersosial pd asas wajah, i mean bersocial dgn golongan2 yang goodlooking ajerzz!!...what derr???

lilylala a dit…

oh...
ak stuju..
ad jgak spesis yg mentg2 la lawa..dye permain sume lelaki yg ske kat dye..
sbb ak ad kwn ak gtu..
eiii...
ak mmg takley la dgn manusia gtu..
pastu kan ble berjln dgn dye,asek nak control je
kipas sini sana..sket2 nak btol kan tdung..
kalu da rs dri lawa,nape nak btol2 kan dri lg??
sowie terover..huuu

HafizAdam a dit…

kriey, sebut pasal rupa paras nih aku teringat soalan Ustat Che Ku:
bini rupa comel ke bini akhlak baik?

haha

About Me a dit…

huhu.ade gok manusia pesen gini deh.x penoh pulok tau..huhu..

victoire a dit…

@ anonyme
tu laa, secare kasarnye diorang ni mcm gile sex la.
ade ramai je yang rupenye tak laa hebat mane tapi perasan cantek atau hensem lebih2.
orang yg lagi hensem atau lawo pon tak macam tu.

@ lily
hok ni lagi dok paka mcm hk mu kate ni.
biase laa manusia memang lebih2 skmo kadang2.
kalu stakat gune kalkulator nk betul rmbut dlm klas bleyh maaf laa kan? hahaha

@ sesc
hahaha. ana stuju ngan ustaz CK.
tp ana tomok, nok dua2.

rindu bahasa ust CK

@ mardhiyyah
owwh, ramai sangat.
bkn nk kutuk orang sangat.
cume nok buke mate pembace biar jgn laa bersifat gini.

Mirae a dit…

omg.

like seriously berlambak spesis cm ni.xleyh blah la.but normally it happens towards opposite sex.guys like to befriend pretty girls ONLY and vice versa.wth kan.

Mr A a dit…

mg jgn tdo 24 jaM kkgi. sape nok teman aku tgk muvi. HUUUUUUUUUU
aku baru perasan ade satu cite hantu hok aku dop pnoh tgk ade dlm hard disk aku. aku bwok ah kkgi. hahah

victoire a dit…

@ sharifah amirah
yup agri with u.
most of them sibuk ngan org jantina berlawanan je.

@ ash
aku xtdo malam.. dun wori be hepi.
muvi layan malam. hahaha

AK a dit…

wah
lamanya aku tak ke mari
sowi beb
busy laa

eh... ada la yang sama jantina
bukan ke kita berdua tertarik kat each other pasal rupa memasing!
auw!!!
hahahaha

good to be back here...
will follow back ur blog like i used to
n gud luck ur exam...

victoire a dit…

erh kite spesel kes pakcik kamal. hahaha.

aku paham camne kalu busy bai.
dulu aku mase preparation x busy, slalu laa layan blog orang.

skg ni busy sgt la, klas 8 smp 6, balik bilik masak2 sdo2 da kul 11. huhuhu.

rindu zaman bace blog orang byk2

etiey a dit…

all i can say org pesen gni not yet matured.
smp bila nk idup lm dunia fantasi gtu
come on,,dunia semakin parah. bkn msanya nk rsa bangga ngn rupa paras.
work on finding knowledge..biar bley ubah negara yg makin huru hara nih..huhu



ak bley nmpk ar mu sgt2 bz..
b cool okeyh, glory akn tiba :)

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?