dimanche 7 juin 2009

Bila air teh mendidih

Sebelum ni aku pernah cakap yang aku agak bengang sebab kena 1 group dengan budak pemalas untuk projek. Lepas tu aku senyap, sebab nak tengok adakah dia betul-betul malas atau hanya pandangan mata kasar aku.

Tapi lepas hampir 2 bulan, aku dah hilang sabar. Ternyata dia memang seorang sialan yang sangat pemalas. Kami kat IUT ni jadual dah la padat gila, kelas hampir setiap hari dari 8 pagi sampai 6 petang, kecuali Khamis tengah hari yang free sebab dikhas kan untuk orang bersukan.

Beberapa kali aku ajak dia untuk bekerja di waktu tu, tapi dari 10 kali, hanya 2 kali kot berjaya. Dia duk sibuk pergi berenang je. Pastu mase weekend pun same. Ajak kerja, dia sibuk balik kampung dan pulang kembali dengan tangan kosong.

Akhirnya, 80% kerja aku buat. Secara praktikalnya, aku sorang diri buat kerja untuk 3 orang memandangkan group ni supposed to be 3 orang, tapi sekor lagi kena buang IUT.

Pastu, 3 minggu lepas untuk kelas Communication, kami dibahagikan kepada group dengan 3 ahli. Sekali lagi aku dijodohkan ngan mamat yang aku kutuk di atas tu dan seorang Arab yang tak tau ape-ape dan tak buat kerja.

Mase mule-mule tu, aku draft secara kasar artikel yang kami kena tulis. Memandangkan mamat tu tengok aku kerja sorang diri dan rasa bersalah kononnya, dia offer lah nak tulis article yang sebenar tu dan dia ambil draft aku.

Selepas 3 minggu, mase nak hantar, dia boleh mintak draft dari aku. Celaka, dia yang offer nak buat dan amik draft aku, skarang mintak balik? What the hell. Pergi mampos.

Aku cakap lah dia yg offer nak buat n dia da amik draft tuh. Dia cari balik, jumpe. Tergopoh2 dia salin draft tu snang2, hantar kat prof. Dapat markah 3/10. Lahanat, bengang gile aku. Tuhan je tahu cam mane aku bengang mase tu, seb baik aku sabor lagi.

Pastu prof tu bagi peluang skali lagi, kena hantar Jumaat kelmarin. Kali ni aku buat betul2 sorang diri sebab si lahanat ni memang takleyh harap. Lepas aku buat, aku suruh dia tengok-tengokkan. Katanya dia akan tengok pastu hantar ke prof.

Semalam, hari Sabtu, aku rasa tak sedap hati, aku hantar ke prof sebagai back-up. Dan tadi, hari Ahad, aku tanye kot MSN kalu dia da anta. Ternyata bimbang aku bersebab. Dia ni memang totally lahanat yang dilaknat.

Aku dah tak tahan. Selama ni aku senyap, aku terima kemarahan prof pada kami disebabkan dia, tanpa aku mengadu kat prof pasal dia ni.

Tapi ni dah 2 kali aku kena sebab dia, aku dah tak pentingkan image dia di mata prof. Pergi mampos, aku nak cakap gak kat prof. Tak sanggup aku dapat markah rendah lagi disebabkan dia.

Dan hari Selasa ni ada presentation projek. Aku tanye dia, jom kite buat slide show tu weekend ni. Jawapan dia macam biase, dia takleyh wat keje sebab nak balik kampung.


9 commentaires:

cerimanis a dit…

ish2 smpai mcm tu skli~~
teruq2~~~

Mahirah Kamaludin a dit…

foreigner mmg tak le harap.. if yg rajin, mmg rajin yg amat. kalau dpt partner, yg mals, u better have a solution for that kind of prob. go meet your prof, speak up for your self!!!!!

dnieAlias a dit…

teh panas lagi melecurrrr...
nah ambik ais...
trus jadi teh o peng..heehee

lilylala a dit…

waaa..
kak mama juga bersuara..
huhu

takley ke plih sndri ahli group??

ayunimadarina a dit…

hohohohoh.

mmg mendidih ah.

nk join gak.

khinzir tol.

skil sopan skit ah kunon.

hehe.
sabo beb sabo.

Mirae a dit…

all i can say is sabar ye.
jgn risau nnt smua ok.

AK a dit…

uh
tatau nak ckap pe
sbb aku bukan di tempat ko
chill beb

kalo aku jadi ko, aku tak nak la jadi air teh
aku jadi air lain!
haha

*tgk, aku kembali merepek... aku merepek nak wat ko happy sbenarnya.. haha*

victoire a dit…

@ cerimanis
tuh laa. sekali bley tahan.
kali kedua pegi mampos

@ mahirah
err.. saye yang foreigner nye disini.
btw most of the time kat msia mmg mcm tu.
kat utp dlu, mostly mamat2 egypt gitu laa. huhuu.

@ lily
amik ice aiman aa. hahahaha

@ ayu
ni baru sejuk sket..
smalam memang bengan aaa..

@ sharifah amirah
aaahh thanks i got sumkind of better news..
so ilang laa sket2

@ kamal
baik jadi air barley ping..
sdap gak minum

Haris a dit…

La takhaf wa la tahzan. Inna Allah hama'ana.

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?