Hari ni berakhir 2 benda yang agak membebankan aku. Projek dan ujian 'Coordination des approvisionnement'. Malas aku nak translet, cari sendiri untuk yang ingin tahu. Aku ni blajar Manufacturing/Production Engineering, jadi ada la belajar benda berkait dengan duit macam 'Cost calculation' semalam dan 'Supply management' ni.
Test tadi, Alhamdulillah tak lah sesusah yang disangka. Insya Allah dapat lah markah best.
Tapi projek la yang aku masih tak puas hati. Aku rasa kalau lulus pun memang nasib baik gila. Benda ni patutnya menjadi lubuk markah untuk student, tapi jadi penjahanam untuk aku. Oh ya, pagi tadi hari presentation projek.
Aku dah buat slideshow power point ni dari hari Sabtu atau Ahad. Partner pemalas aku tu cakap dia pun nak buat separuh weekend tu, pastu nak banding dan tambah la mana yang perlu.
Hari Ahad lagi aku dah siap buat, aku hantar lah emel kat dia suruh dia tengok, banding ngan dia punya. Aku pun malas lah nak tanya 4 kali seminit macam suruh anjing kejar pengedar dadah. Hari Isnin, aku tanya dia kata 'jangan bimbang'. Aku pun ok lah sebab malam tu nak stadi ade test esoknya.
Pastu semalam, hari Selasa, dia suruh aku ke rumah dia untuk bincang benda ni. Ya Allah, Dia je yang tahu betapa sakit nya hati aku bila dapat tahu, dia habuk pun tak buat, dan baru nak buka slideshow yang aku buat tu. Bukan setakat tu, malah dia boleh lupa yang aku dah hantar kot emel pada Ahad malam. Cilanat sungguh. Bayang lah, esok tu dah nak kena present, boleh dia buat lawak spastik ni.
Yang aku sakit hati lagi, malam tu, bukanlah dia nak tambah maklumat atau detail dalam slide, malah duk buat kerja bodoh iaitu memeningkan kepala nak hias menatang slide show. Memang dasar orang bodoh yang cuma tahu nak dapat markah melalui bonus hiasan. Bak kata Kak Long, kakak pada Fahmi member aku, "orang bodoh kerja dia cantik tapi hasil kosong". Yeah bukan selalu, tapi biasanya begitu lah.
Aku macam dah tensen gila, lantak lah apa nak jadi pon. Aku dah buat 20 slide, dia haram pon takde. Masalahnye bai, benda ni bukan benda senang. Fabel hasil Jean de La Fontaine. Benda bodoh ni ialah sastera Perancis, dan nak faham benda ni bukan senang.
Presentation pagi tadi, 80% aku cakap. Panel prof penilai memang langsung tak puas hati ngan hasil kami. Kalau dapat 10/20 pon memang aku melompat-lompat la. Allah sahaja yang tahu apa rasa di hati.
Lepas tamat presentation, member aku tu ajak jumpa prof, dia nak komplen budak lain tukar tajuk, ahli kumpulan ramai dan sebagainya. Memang dia ni muka tak tahu malu. Ada nak salahkan benda lain sedangkan dia kerja tak buat. Depan prof tadi aku memang tak tahan, aku cakap je depan-depan yang beluncas lahanat ni malas macam tapir.
Boleh dia cakap kat prof, yang dia tak lulus sem1, so dia xkesah kalu xlulus sem ni. (kalu x lulus sem1, kena lulus sem 2 baru boleh masuk sem 3, kalu tak kena repeat atau beram bus). Sial, dia memang pentingkan diri sendiri. Tak fikir langsung aku yang sentiasa diburu JPA ni.
Sori la bahasa aku kurang enak. Tapi aku memang geram sangat. Susah payah aku usaha, ini je hasilnya.
8 commentaires:
hehehe, lawak plak bc kegeraman ko kt kwn segrup ko tu. awat dia teruk sgt. tak nak score markah tinggi ke? blajq jauh2 pemalas plak. wat rugi je. baik bg peluang pd org lain yg nk belajo overc ye dok?
tatau lagi nak cakap pe
sbb aku rasanya kurang lalui mende2 ni sume
sbb kwn2 aku mmg jenis yang buat keje punya
yang tak buat keje, terus sound direct je
or maybe diorg takut wat keje ngn aku?
huhu
kadang2 kan keri, kene rasa pengalaman cmni untuk hargai pengalaman2 yang manis...
renung2kan, dan selamat beramal!!!~~~
*sambel melambai2kan tangan*
yie aku pg td pon ade presentation project. tp aku tension tang ke lain plop...hahah.
weh bile mg balik mysia eh? igt nk turun angouleme last bfore mg balik..
@ hayad
hahaha.
ni bkn bdk Malaysia..
ni bdk French.
kalu bdk Malaysia, daa lame kene tampar ngan najib tun razak.
@ kamal
aku rase kalu bdk2 ipta kt Malaysia mmg wat keje laa.
sebab diorang sedar blajo bukan free n diorang mmg btol2 nak blajo..
@ ash
aiyokk next weekend aku balik dh.. isk3..
huhu.ni la one of the reason tak suke group work!lagi2 partner cam gini..
neway keri sem brape dh ni?2?3?hehe
bile abis ?
neway,gud luck!
isk3.. ni baru 2nd sem diploma..
ade 4 taun lagi smp master.
ni laa nasib bdk JPA di France.
7 taun duk cni..
man, you gotta hve mountains of patience. I remember once when I'm in Econs Project,ada sorang mat salleh ni xbuat pape. Last2 dpt markah tinggi gk sbb ktorg usaha. Haish,sbr ye
ooo, budak sana ke? hehehe. termiss information la plak :D
Enregistrer un commentaire