Tapi yang menyedihkan, 95% penonton yang hadir pakai baju merah tanda menyokong United. Memanglah diorang sorak bagi sokongan setiap kali Malaysia mengasak. Tapi bagi aku, tindakan pakai baju Manchester United tatkala melawan pasukan kebangsaan sendiri adalah sangat biadap dan kurang ajar.
Aku pun baru je beli baju Manchester United yang baru dilancarkan tu. Malah aku mungkin antara orang pertama yang beli baju tu di Malaysia. Sebab hari pelancaran dia ialah 16 atau 17 Julai aku dah lupa, tapi hari sama dengan tayangan pertama Harry Potter.
Sebab apa aku antara orang pertama, sebabnya sebelum kedai bukak lagi, hampir pukul 10 pagi aku dah berada di Sunway Pyramide untuk beli tiket tayangan pertama Harry Potter. Nak book kot telefon semua dah habis, sebab tu aku standby awal. Siap tunggu betul-betul depan cinema. Alang-alang dah sampai awal, dan baju United tu pun sampai hari tu, so aku pun sapu lah satu.
Tapi yang nak aku highlightkan di sini ialah rasa hormat kepada negara sendiri. Sekuat mana sekalipun sokongan kita pada Manchester United, janganlah sampai gadaikan negara sendiri. Jadilah rakyat yang semangat patriotiknya tinggi. Aku kalau ikut hati mau je pakai baju Malaysia, tapi aku tertinggal baju tu kat Angouleme. Nak beli yang baru tak jumpa, banyak kedai dah habis stok.
Malas nak berleter panjang-panjang pasal patriotisme ni.
Keesokannya selepas match tu, aku ngan family pun bertolak balik ke KT. Sebenarnya Abah aku ada kursus kat Subang, sebab tu Mama, Faris ngan Afiq pun ikut sekali. Hari tu aku mula rasa tak sedap badan, nak demam.
Ingatkan esok tu makin ok lah. Sekali makin berat rase badan aku ni. Badan panas gile dan rase lemah, letih dang lenguh sangat2. Malam tu aku dah tak tahan sangat, nak pergi klinik. Tapi masa dah dekat pukul 10, klinik pun dah tak ambil pesakit lagi. So pergi lah ke hospital besar bahagian kecemasan tuh. Lame gile tunggu, kebetulan ramai orang malam tu.
Esok malam, sekali lagi aku rasa lemah gile dan badan tetibe panas gile. Pukul 1030, sekali lagi aku ke hospital tu. Masa tu aku dah telan panadol 2 bijik, dalam kereta badan aku sejuk sikit. Tapi dalam pada sejuk tu, sampai hospital suhu badan aku masih 39.5. Aku rase kalau dia ambil suhu tadi, maybe lebih 40 kot.
Tapi Alhamdulillah hari ni lega, ok sikit rasa. Siap boleh ajak member keluar karaoke lagi malam ni. Hehehe.
7 commentaires:
betol kri!
wlpn sy fn MU, tp sbb dia lawan msia.
me wish d best for msia. :)
tu la pasal.half stadium kot pakai merah.hurm xpe lah.
ooO dmm pun kua karaoke.
demam sb seleseme babi kot?hahaha
2 la pasal, majoriti fans MU tadak otak, sama mcm manger MU..wakakaka
yup, sokong. ntah apa2.sokoong r team sendiri.bongok tul org2 yg mcm tu.kalau setakat nak tunjuk jersi cetak rompak dari siam baik tak yah.maju la bolasepak negara!
@ ayu
ini laa semangat cintakan negara. bagus!
@ amirah
lebih-lebih kite angungkan orang.
mane de karaoke.. :p
@ sapik
heh aku slamat
@ anon
jangan lah celupar sangat.
Bahasa jiwa bangsa bai.
@ anjut
tak salah nak sokong team luar, tapi bertempat lah.
macam keadaan ni, dah lawan team negara sendiri sokonglah team negara sendiri kan?
i was there toooo. grrr!!
Enregistrer un commentaire