Ni baju yang dimaksudkan. Dah lupe mane asal mane tiruan.
Ni kain dua baju tu dari dekat.
Ni satu-satunya perbezaan antara 2 baju tu, kedudukan sticker. Baju bawah yang asal, atas yang tiruan. Yang tiruan tu sticker dia tak rapat ke leher macam yang asal.
Baju ori yang aku beli tu kat Malaysia RM259, kat UK 40 Pound Sterling dan di negara-negara guna Euro macam Spain, France dan Germany harga dia €70. Di US lak 70$. Beza gile kan harga? Kesimpulan, kalau nak beli yang ori, beli kat Malaysia saje.
Haa, lupe nak cakap. Harga barang-barang ni kalau convert tak sama. Kan nilai mata wang turun naik. Tahulah ramai yang tahu pasal ni, tapi yang tak tahu pun ramai, untuk maklumat semua saja.
Tak payah gatal tangan taip mesej atau emel suruh beli kat France. Unless kalau nak yang season lepas, kadang-kadang ada la diskaun dapat murah. Tapi di UK la. France barang-barang sume mahal.
Oh ya, harga baju tiruan yang tu cuma lah RM25 hingga RM30, kena pandai bargain la. Tu harga di Kuala Terengganu, di Siam tempat asal dia tak tahu. Di KL memang kurang ajar, dia jual RM50. Di sini bukan nak galakkan industri cetak rompak dan tiruan, tapi ada lah beberapa point yang ingin diketengahkan.
Dalam artikel tu, dia ada tulis :
The down side
Counterfeit shirts can result in many problems:
- damage to the business of the legitimate manufacturers of goods;
- poor quality products which do not perform or last as long as expected;
- the customer can find it hard or impossible to get a refund;
- counterfeit sales can contribute to gangs involved in weapon smuggling, prostitution and organised crime;
- rip off shirt sales reduce income and investment in your football club;
- counterfeit shirts are made by low paid workers in sweat shops;
- fake goods have an impact on the local economy and jobs back home.
Spotting fakes
Examine the shirt carefully. The quality of materials used and printing will be inferior for counterfeit goods.
Be suspicious of clothing with no or poor quality labels, poor quality printing or embroidery of logos.
Be wary of goods with prices that are too good to be true.
----------------------------------------------------------------------------------------------

Tengok, kualiti lah sangat. Baju aku beli mahal-mahal ni pun boleh tanggal benda ni.
Tak munasabah point-point dia. Macam mana dia boleh cakap benda ni akan jatuhkan ekonomi kelab. Manchester City dan Chelsea special case sebab ada 'sugar daddy'. Tapi Real Madrid dan kelab-kelab lain macam mana.
Yeah memang lah artikel ni ditulis pada tahun 2003, lama sebelum tahun ni. Tapi perlu diingat, zaman tu dah wujud 'Los Galacticos' pertama Madrid.
Pastu dia boleh tulis yang baju ni dibuat oleh 'sweatshop'. Sebenarnya baju yang asli pon same je, ade dibuat di 'sweatshop' seperti yang didedahkan oleh 'News of the world' baru-baru ni, 2 bulan lepas kot. Gaji pekerja sebulan sama dengan harga sehelai baju.
Haa, tadi lepas tengok baju tiruan ni, masuk 1 kedai barang sukan ternama, adik ajak. Biasanya dia ni cari barang tenis la. Tadi ambil peluang tengok baju kat situ. Kebetulan display unit tu kedudukan sticker belakang dia sebijik macam yang tiruan, macam dalam gambar tadi, agak jauh sikit dari leher.
So di sini ade kebarangkalian peniaga ambil peluang jual barang tiruan dengan harga asal. Dalam internet pun, kat Ebay tu berlambak-lambak baju bola tiruan tapi jual macam yang asli, dan orang yang terpedaya pun berlambak-lambak.
Entry ni bukanlah bertujuan mendedahkan kesalahan sesuatu pihak sahaja. Tapi, setiap pihak ada salah dan silap masing-masing dalam isu ni.
Secara langsung, memanglah salah peniaga dan pembeli barang tiruan. Tapi kita mesti lihat isu ni dari satu lagi sudut. Syarikat yang mengeluarkan barang asli ni. Janganlah jual barang tu dengan harga mahal sangat.
Berniagalah dengan bijak, jangan fikir untung besar sahaja. Kalau dulu tak pe lah sebab jersi bola asli dibuat di negara yang tenaga buruh dia mahal macam UK, Bulgaria atau Jerman. Tapi sekarang baju tu dibuat di negara yang tenaga buruh murah macam China, Indonesia dan Thailand. Bulgaria tu memang tak mahal, tapi mahal lah kalau banding dengan 3 negara Asia tu.
Bayangkan gaji sebulan pekerja hanya sama dengan harga jualan sehelai baju. Baca di sini. Memanglah orang boleh cakap, gaji tu mungkin sudah cukup untuk hidup. Tapi kalau kos buat baju tu tak mahal, kurangkanlah harga dia.
The main reason fans buy 'fake' shirts is that the price of a real shirt is so ridiculously high. Cut the prices and the demand for fakes will also go.
Fake replica can be snubbed out if NUFC are willing to listen to the overseas supporters club and the fans' suggestions and difficulties they are facing. Respectives supporters club will definitely wish to get originals that are affordable
Bila baca komen di atas dari pembaca artikel tu, ada lojik dan betulnya.
But for me, the joke of the day is :
- rip off shirt sales reduce income and investment in your football club
What the hell are you talking about bebe. Football club, especially the players and the owners make a lot, and I really mean it, AN EXTREMEFUL LOT of money. I don't think that I need to mention the Cristiano Ronaldo, Real Madrid and Manchester City to you all.
Satu lagi, tindakan penulis BBC yang menuduh baju tiruan ini semata-mata tanpa bercakap pasal silap pada baju asli adalah kurang bijak sebenarnya.
Satu lagi isu berkaitan baju bola sepak ni, untuk orang Islam, baju Liverpool kurang sesuai sebab penajanya ialah jenama arak, Carlsberg. Maka terpampanglah logo dan tulisannya di baju berkenaan. Berita baiknya, kontrak Liverpool dengan Carlsberg bakal berakhir di akhir musim 2009-2010. Rasanya penaja baru mereka bukan lagi jenama arak.
Carlsberg nampak sangat, tapi ramai tak sedar 'Carling' yang menaja kelab-kelab liga Scotland seperti Rangers dan Celtic dan Chang penaja Everton pun jenama arak. Banyak sebenarnya tapi kita tak sedar. Jadi periksa dulu sebelum beli.
Dan banyak kelab juga ditaja oleh syarikat pertaruhan atau nama kasarnya judi. Paling senang dan jelas Real Madrid dan AC Milan yang ditaja oleh Bwin. Banyak lagi, dan biasanya ditulis 'bet', tapi orang tetap beli. Judi ni sama dengan arak, benda dilarang, haram disisi Islam.
Mempromosinya pun sama.
1 commentaire:
fuyoh.hebat2 boleh beza yang fake.
Enregistrer un commentaire