samedi 15 août 2009

JPJ..

Baru semalam dalam hati aku cakap, kalu bawak motor, tak kire ape pasal, polis atau JPJ akan tetap tahan, sekurang-kurangnya mintak lesen pastu cari kalau ade kesalahan untuk di saman. Tetapi kalau naik kereta, hanya JPJ yang mintak lesen, cuma nak tengok lesen dan road tax hidup.

Tapi hari ni nasib aku tak baik. Buat kali kedua dalam kehidupan aku, aku disaman oleh JPJ. Sebab tak pakai seat belt. Pagi tadi, mak cik aku mengalami pendarahan ape tah kat sekolah dia. Sebenarnya ni hari pertama dia mengajar lepas 2 minggu cuti. Hari tu kandungan kembar dia mati dalam kandungan.

Dia dibawa ke hospital dengan ambulans, maka keretanya tersadai di sekolah. Pak cik aku pun telefon ajak aku tolong ambil kereta tu dengan dia. Lepas aku hantar pak cik aku ke sekolah, aku pun terus ke bandar untuk makan.

Masa tu lah aku kena saman kat Chendering tu, JPJ buat road block betul-betul lepas simpang. Padahal, sebelum masuk simpang tu aku dah hampir terlajak. Kalau terlajak terus kan senang. Tapi macam mana, dah bukan hari aku.

Aku ni sebenarnya jarang tak pakai seat belt tu. Tapi tadi aku tergesa-gesa sangat sebab pak cik aku dah lama tunggu. Tengah hari, badan aku berpeluh macam haram. Kalau cakap ni, nanti orang kata aku kerek.

Terimalah satu hakikat, aku ni ada penyakit berpeluh berlebihan. Kalau rilex pun boleh berpeluh, apa lagi kalau tergesa-gesa dalam kepanasan di Malaysia ni. Ni juga sebab utama aku sanggup korbankan bakal 'karier' aku bersama Petronas.

Aku keluar UTP dan bayar balik RM9200 lebih tu sebab tak tahan panas gile. Bayangkan kalu aku stay kat UTP, akhir taun depan aku dah grad, bulan 5 tu dah boleh kahwin.

Balik pada cerita saman. Kalau pakai seat belt tadi, memang tak selesa sebab belakang baju aku dah basah kuyup berpeluh. So biase la, aku mule-mule masuk kereta tak pakai lagi, bagi aircond sejuk untuk keringkan baju. Cakap kat JPJ pun bukan dia faham, dia cuma jalankan tugas.

Memanglah salah aku tak pakai seat belt, tapi kalau anda ditempat aku macam mana? Serius, kawan-kawan aku pun tahu aku memang berpeluh lebih berbanding manusia biasa. Tapi nasib baik badan aku tak ada bau. Kalau ada pun, bau benda yang aku pakai macam perfume.

So kalau berasmara dengan aku, memang tak ada kenangan lah sebab bau tak ada.

Aku beberapa kali tanya pada doktor pasal masalah aku. Penerangan diorang macam biasa. Stres, stres dan stres, pergi mampus. Kalau baca dalam artikel di surat khabar, majalah atau internet, benda ni berkaitan dengan jantung. Tak bahaya, cuma berpeluh je. Nak atasi kena operate.

Kalau sape-sape ade info, silalah komen. Till then.

8 commentaires:

polaris a dit…

aittt...
kalo xnk bdn bpluh sgt, jgn pkai bju tyme bwk krete, motor n bnd yg swktu dgnnye. sexy pun sexy!!!!

syapik LA a dit…

macam2 la mu ni. kene pakai deodorent satu badan aa kalu gitu owp?
haha

tp ser je ak dok phm.mende kaitan utp ngan panas?xdop aircond ke dinung?

Mirae a dit…

meh ak jwb ke mu syapik. sbb utp panas xdop pokok. masa tu(zaman muda baru lps spm) Utp mcm padang bola r,ada jln tar je.

uuu.ada orang kena marah la lpas tu. pns jap. hihi. yeke ada kaitan ngn jantung? ingt mcm biase je.

Amizah Azid a dit…

utp memang panas, aku pon x faham nape. siap ade orang bg nama baru kt utp=universiti ter panas. haha.

pokok tu ade je, dlam utan utp ni. tp kalo kawasan hostel mmg kurang la pokok, panas gila! rasa mcm nk install air cond jek kt blk sndiri. hoho. tp rumput x pernah kering, siram sokmo..

Keyrol Anwar a dit…

x sabar nk kawen nmpk! ahaha...
btw, ko kene bayar kt pet balik eh? wooOOoo..xtau plak..ada x org terlepas lari?

Jalilah Jali a dit…

my br0 pun ader penyakit berpeluh yang berlebih2 cam awk gak..
kene operate..then okla..mmg susah gak r nak p mana2 n jupe org.time nak berjabat tgn ngn org laen pun segan.
p check kat IJN.

+_-

Writer a dit…

yup...
mmg btul bnde ni ad kaitan ngan jantung
hidro...x igt nme
sye pn cm2 gak
tgn n kaki brpelu
x selesa bila jmpe org
klu yg x teruk, ad j ubt mkn..
klu teruk tu,mayb kene operate
FYI,heliza AF ad prob ni gak
dun wori, u r not d only 1 hav this kind of prob

wénkt a dit…

nasib baik aku tak berasmara dgn ko. hahahahha


lalalalla

im off to paris next week. naik a380 singapore airlines. first class. fuhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?