lundi 3 août 2009

Well planned strategy.

Akhirnya masuk bulan Ogos. Kurang sebulan dah nak balik France. Rasa tak nak balik tu dah meluap-luap walaupun ada lagi sebulan. Serius, seronok gila duduk rumah sendiri, lagi-lagi di masa cuti di mana tak payah langsung fikir pasal pelajaran.

Oh ya, tak lama lagi nak raya. Mama aku pun sekarang sibuk beli kain buat baju kurung, baju melayu untuk semua ahli keluarga aku. Aku jadi tukang tengok dan tukang bawak dia beli kain saja lah. Pakai yang tahun lepas je aku. Tak ada makna buat yang baru. Sedihnya ayat.

Bila lah aku nak merasa raya kat rumah lagi. Tahun depan harap-harap sempat la. Sekarang cuma berdoa agar tempat baru aku untuk tahun depan tu mula kelas lambat. Keh keh keh.

Satu, dua hari ni tiap-tiap pagi aku dikerah oleh mama aku supaya jadi 'transporter' dia. Bawa dia ke hulu ke hilir, ada je urusan dia. Biasanya berkaitan kain yang aku sebut tadi la. Semalam dah beli, hari ni tak puas hati kena pergi lagi tukar tadi.

Hari Sabtu baru ni, aku gi rumah kawan aku, abang dia kahwin, sambut menantu lah. Makan sedap gila, lain dari yang lain. Sebab ada gulai ayam kampung, gulai tempoyak ikan patin dan lauk klasik macam gulai daging dan daging goreng. Sebagai 'orang penting', aku dapat banyak gila muffin cenderahati. Kuang hajo betul, macam la aku datang 1 bas bagi banyak. Hahaha. Ape hal pun, terima kasih banyak-banyak pada yang memberi. :)

Sejak selesema babi ni, banyak lah tempat belajar yang tutup. Oh ya kita kat Malaysia ni bukan main duk tuding jari ke negara luar. Diri sendiri tak sedar, dalam Malaysia ni pun dah ada 8 kematian. Kat Perancis, baru 1 kematian. Itu pun baru kelmarin.

Kawan aku pun ramai lah yang balik. Aku pun mula lah tak lekat di rumah. Semalam petang pergi makan ABC lepas tu pergi ke pantai makan pari celup tepung. Balik rumah lepak 2 jam keluar balik. Sebelum keluar, ambil hati mama aku makan nasi 1 pinggan penuh. Kenapa 1 je? Sebab nasi tambah ada kat kedai nanti.

Pagi ni tidur aku sekali lagi diganggu oleh mama dan adik comelku Faris. Mula-mula mama kejut suruh bersiap nak keluar. Tak berkesan, aku sambung tidur. Dia pun hantar adik kecik aku ni, terpaksa lah bangun. Makan, mandi lepas tu keluar lah.

Balik tengah hari, tak sampai 5 minit keluar balik. Shukri ajak pergi beli keropok lekor kat Bukit Tok Beng. Sekarang, kat sini lah tempat paling terkenal untuk keropok. Kalau tak kena masa, kadang-kadang beratur untuk beli keropok ni panjang gila sampai 1, 2 jam.

Oleh sebab Shukri ni nak bawak keropok naik bas ke Penang, jadi bungkusan dia kena 'special' sikit. Sementara tunggu, kami pergi lah pekena nasi lauk ikan patin gulai tempoyak. Aku dah ketagih benda ni. Kami memang gandingan makan. Kami berdua makan benda yang dimakan oleh 4 orang. Tapi puas hati, sedap gila ikan keli berlada dan ikan patin tu.

Lepas ambil keropok 'special' tadi, nak balik rumah rasa macam tak padan sebab awal lagi. Oleh sebab aku tak tahan minyak kereta yang macam air, lebih kurang RM20 setiap hari, aku telah mengusul satu cadangan pada parents aku supaya beli sebuah Myvi yang comel. Maka aku dengan Shukri pun tadi pergi lah membuang masa usha kereta.

Nak usha kereta ni ada cara dia. Pastikan anda naik kereta dan berhenti depan pintu supaya orang kedai kereta tu nampak anda ibarat 'potential buyer'. Psikologi sahaja ni, idea gila kami. Serius cantik Myvi baru ni. Yang basic model 1.3 tu pun dah cantik gila, apa lagi SE. Tapi beza harga boleh tahan, RM10000.

Myvi SE baru ni cantik sebab bumper dia agak 'simple' tapi cukup 'sporty' berbanding SE yang lama. Yang lama tu bumper dia macam 'bersungguh' sangat. Jadi macam kapal angkasa nak ke bulan lah pulak. Bayar muka RM5000, bulanan bayar RM500 lebih kurang. Boleh tahan.

Perodua Viva pun ok. Orang kata ni kereta paling jimat minyak setakat ni. KT ke KL minyak RM30 kata member aku. Yang ni lagi lawak, enjin 660cc macam kancil. Enjin ni letak kat superbike je. Hehehe. Tapi murah gila dan agak luas kereta ni. RM28000 je. Bulanan RM300. Student pun boleh pakai. Perodua Kenari dulu, seat belakang untuk 2 orang saja. Yang ni 3 orang pun boleh.

Tapi for sure lah Viva ni kurang menarik berbanding Myvi dari segi luaran nya. Myvi lebih bergaya dan Viva lebih ekonomi. Oh Myvi ku sayang.

Salesman Perodua tu macam biasa lah, mempengaruhi orang suruh beli. Tapi dia best lah, tak lah pengaruh semata-mata. Ajak borak, tunjuk kereta, specs semua. Kami pun dah pasang strategi mantap, parking kereta depan pintu biar mereka nampak kami naik kereta. Hahaha.

Dalam perjalanan balik, kami usha kedai-kedai kereta terpakai kot-kot ade Myvi. Ada 1 kedai tu, ada 2 bijik. Tapi macam tak padan, kurang Rm5000 je banding dengan yang baru.

Bila lah aku nak kaya dan boleh pakai Nissan GTR. :p

8 commentaires:

syapik LA a dit…

malaysia kuat lagi slsema babi tuh?

aku balik aritu puah giler mkn kepok lekor.hari-hari.mmg best goh

Mirae a dit…

haha.strategi gila.

Amizah Azid a dit…

bukit tok beng tu kt mane? jauh ke dari paka?

aku skang tgh bt internship 8 bulan kt kerteh.. so kalo boleh b4 abes nk jalan2 satu terengganu.. recommend la tmpt2 best kt sini.. hehe

victoire a dit…

@ sapik
aku x laa sapa ari2.
mapuh aa.
skali2 je makan. keh3.

@ amirah
but it worked very well.

@ amizah
bukit tok beng dkat je ngan paka.
2 minit jalan kaki.
aku tipu. bukit tok beng kat KT laa.
xjauh dari airport.
KT xd ape yg best.
ajak member ramai2 lepak kt pulau2 laa.

Amizah Azid a dit…

ceh.. mcm nk caye dh td T_T

ade gak plan nk g pulau tu tp xtaw lg bile.. asal ada duit sume jalan.. hehe

AISHAH roslan a dit…

salam.
bukit tok beng kt ne eh?
tgh cari keropok lekor yg best gak ni.
before ni tau yg dkt m'gabang telipot tu je.

AK a dit…

aku pon tgh ngidam myvi putih ni...
cun je rasanya...
huhuhu

kurang lagi sebulan...
adakah kata2 mu melambangkan kita tidak akan bertemu???
cewah!!!

victoire a dit…

@ amizah
duit ape ssh.. petronas kan rajin bagi.
lagi2 tgh intern. bergande2 laa.

@ aishah
gini, dari bndar KT naik jambatan sultan mahmud, pastu ade 1 smpang 3 kt 1st trafic lite lpas jmbatan.
masuk kanan, jalan terus.
kdai ni tepi jalan, dkat lencong jalan.
just before kdai ni ade mcm tanah kosong, biase nye customer dia park kete situ.

@ kamal
yup aku pon fave myvi SE baru yang pearl white.
alaa aku x berpeluang ke KL ag.
aritu pegi jap je

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?