Untuk Son Goku sahaja, emosi menjadi pendorong kemenangan. Tapi dalam kebanyakan cerita lain, kalau sesorang tu berlawan dengan perasaan marah dia tak menang.
Jangan sesekali anda mula mendengar lagu raya masa dekat-dekat nak raya ni. Nasihat ni bagi orang yang tak balik raya lah. Satu lagu raya boleh mengorbankan semalaman tidur yang enak, seterusnya mengorbankan satu sessi kelas di waktu pagi. Nasib baik matahari masih terik, kalau malap tentu ketiga-tiga sessi kelas pagi akan terkorban.
3 tahun sudah berlalu. Kadang-kadang terfikir, apakah rutin di pagi raya, dah hampir lupa. 3 tahun yang sangat perit. Ya, mulut memang pandai berlakon kata tak kisah, tak hairan tak dapat raya. Tapi hati tak pernah berdusta pada empunya diri. Hati tetap akan sayu, penangan lagu raya.
Bukan dipinta lagu dimainkan, apakan daya Media Player secara rambang termain lagu itu. Kalau umur dah 21, berapa kali lagikah raya sebagai orang bujang?
Cukuplah, usah dikira pasal raya. Kira sahaja detik-detik akhir Ramadan. Usah tangisi kesedihan tak dapat raya, cubalah tangisi kesedihan melambai Ramadan pergi.
5 commentaires:
hukkkk
sdiy sungguh bce entry ni
be strong
next year kate sempat beraya kan??
ngee
sabar ek keri. ala tak lama nanti ko dapat gak beraya kat Malaysia. betul gak kata ko bila umur dah meningkat berapa tahun jer lagi boleh beraya sebagai org bujang. huhuhu...
sabor deh keri....jauh di mata dekat di hati....
brape lama lagi mahu raya sebagai bujang? woooo.
salam.
aku paling suke entri ko yg ini!
Enregistrer un commentaire