Apa hal pun, nak ucapkan selamat hari raya aidiladha untuk semua yang beragama Islam di mana jua anda berada.
Aku sekarang mempunyai 'middle life crisis'. Ecece, mane ada (nada Sabah Kuhanh, aku sangat suka). Sebenarnya krisis nak tamat belajar. Ops, tamat diploma, bukan tamat terus.
Masa macam ni lah baru aku sakit hati dengan Prof aku. Aku mulanya nak salahkan diri aku dan modul berkenaan. Tapi baru aku sedar, modul sama yang diajar oleh prof lain aku boleh buat, jadi salah prof berkenaan la.
Walaweeh, mangkuk sedap je aku salahkan orang lain. Jangan, benda ni tak bagus. Salahkan diri sendiri dulu. Satu jari kita tunjuk salah orang, ada empat lagi jari yang menuding ke arah diri sendiri.
Setakat nak lulus, memang insya Allah tak ada masalah. Tapi untuk lulus dengan cemerlang lah masalahnya. Kalau boleh aku nak masuk école, sebab tu kena cemerlang. Tapi kalau dah bukan rezeki, apakan daya. Dan aku akan terus berusaha, bukan mengalah sesedap hati saja (padahal tak usaha pun, cakap sekadar untuk elak dihentam, hehehe. Mana ada, aku usaha!).
Dah tiba masanya sibuk mencari 2 syarikat ; untuk buat projek dan buat praktikal. Pada masa yang sama, mula berfikir dan mencari apa yang bakal dibuat bila dah habis diploma. Ecole atau buat Bachelor' Degree setahun+Master 2 tahun.
Dan satu kejutan, aku mula berkira-kira untuk buat Degree dalam Civil Engineering kalau dapatlah. Macam tadi, kalau tak dapat tak apa lah. Sebab hampir mustahil nak sambung Civil lepas buat diploma dalam Manufacturing Engineering(juga dikenali sebagai Production Engineering, Industrial Engineering dan nama asalnya, lihat profil aku).
Haa, ni lah sebahagian dari balasan aku dapat dari company, aku hantar 20 surat dah kot. Sedihnya setakat ni satu je 50-50(suruh apply kat web) dan yang lain, pergi mampus. Dengan kata lain, ditolak mentah-mentah. Tambah lagi emel dari 4 syarikat minyak terkemuka.

4 commentaires:
selamat hari raya aidiladha buat ko keri. lama kot aku tak bukak blog ko. good luck ek
salam aidil adha
bru ak taw ssh nak apply intern
huu
takpelah, sbr ye. kita doa lagi. nnt dptlah tu InsyaAllah. Jgn risau ok!
:)
najmi,
thanks, ko pun same selamat hari raya haji.
lily,
sebab company wajib bayor gaji.
kalu x, senang sikit. ni kan krisis ekonomi lening.
amirah
thanks, dapat ofer interview td. hehehe
Enregistrer un commentaire