samedi 12 décembre 2009

Selamat pengantin baru.

Hari ni, sepupu aku Ijat kahwin. Ijat ni abang kepada adik. Kami memang sangat rapat la, kecik-kecik dulu sokmo lepak kat rumah nenek kami mase cuti sekolah.

Apa hal pun, tahniah la. My 1st cousin ever yg kahwin. Semoga kekal bahagia bersama keluarga sehingga ke akhir hayat. Cepat-cepat la dapat baby.

Hari ni jugak kawan sekolah aku, Raja kahwin. Same gak, tahniah dan semoga bahagia hingga ujung nyawa. Bestnye orang kahwin ni, ngan aku skali rase nak kahwin gak. Hehe.

Minggu ni biase je, tak ada apa yang spesel. Kelas, kelas dan kelas. Isnin kena present pasal course aku kat satu sekolah menengah tinggi di satu bandar kecik, dah lupe nama. Pergi dengan 2 orang group mate projek ni naik kereta. Khamis pegi Paris untuk interview intern kat SNCF. Alhamdulillah ok.

Tadi lepas mandi, rasa boring keluar jalan-jalan ambil angin sejuk. Lalu Easycash, kedai jual barang terpakai. Masuk lah, sebab tak pernah masuk lagi. Tertengok buku biografi Aimé Jacquet, coach bola France yang menang world cup 98 tu. Maka itulah buku tebal French pertama aku beli dan akan aku baca.

Aku tak tahu sangat apa novel French yang best, so sebab tu tak ada buku dan tak baca. Aku kurang minat baca novel English yang dialih bahasa. Nanti jadi macam Heri Poter BM. Nearly headless nick (nama satu hantu dalam heri poter) pon di translet jadi Nick yang hampir tak berkepala.

Pastu aku ni memang minat membaca benda yang menarik bagi aku macam novel, biografi atau buku pasal perang, apa2 lah yang aku rasa menarik. Buku 'Toyota way' pon menarik.

2 commentaires:

Mirae a dit…

toyota way tu buku pasal toyota ke?

victoire a dit…

Toyota way is about production baby..
err not baby production though :p

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?