dimanche 3 janvier 2010

Antara USA dan France.

Mule-mule skali, selamat tahun baru untuk semua, dimana jua anda berada. Vaut mieux d'être tard que jamais, tak gitu?

Aku baru sampai Angouleme selepas hampir 2 minggu berkelana di sekitar pantai timur Amerika Syarikat. Serius, percutian kali ni aku rasa yang paling best. (Setiap kali lepas cuti, sure cakap gini)

Tapi kali ni memang betul-betul best bagi aku. Terima kasih banyak-banyak kepada semua 3 batalion(kereta) yang follow trip ni, dan maaf dipinta sekiranya terkasar bahasa.

Letih gila bila balik. Bayangkan, naik dan pandu kereta 14 jam dari Orlando ke Washington DC, pastu 5 jam ke NY. Flight NY ke Madrid 9 jam, kemudian Madrid-Paris 2 jam. Tren Paris-Angouleme lagi 2 jam. Belum kira waktu menunggu. Sepanjang flite aku tidur je, bangun cuma mase makan, itu pun peramugari yang kejut.

Sampai rumah dah tak leyh tidor, jet lag laa. Tidor lewat sampai skip kelas pagi. Nasib baik kelas Comm je.

Nanti ada masa kita cerita lagi dan tayang gambar.

Beberapa perbezaan antara France dan USA :

Nak PERANG? CIS!

AMAN MEREKA

  1. Kat France, GPS dan viamichelin dah bagi tahu siap-siap kat mane ade radar untuk saman ekor, so boleh speed dan slow down bile mendekati kawasan berkenaan.

Kat Ammmmaarikaa, tak main laa radar-radar ni. Nampak polis baru slow down, dan selalunya dah terlambat so ape lagi, cerita di balai laa. :p

  1. Tetapi di France, kat bandar besar je baru ade. So kat La Rochelle, Angouleme dan banyak lagi bandar lain, tak merase laa. Seriously I miss this Chinese buffet, especially tilapia dia yang best gile.

Sekoman-koman dan sekecik-kecil State College pun boleh ada All You Can Eat Chinese Buffet. Dengan kata lain, hampir semua bandar ada benda ni.

  1. Secikai-cikai Angouleme, ada merata-rata kedai jual shawarma atau kebab. Hatta depan bilik aku pun ada satu. Kalau dekat city center, boleh ade sebelah menyebelah beb.

Tapi di Ammmmmarikaaaa, mereka melompat kegembiraan sampai order 2 bijik double cheeseburger tanpa sayur sebab susah nak jumpa. He he he.

  1. Minyak dijual dengan liter, berat di sukat dengan kg dan kelajuan kereta disukat menggunakan km di France.

Tapi di Ammmmarikaa, kite guna gallon, pound dan mph.

  1. Harga Diesell lebih murah berbanding petrol di France.

Ini jadual mengenai perbezaan, sudah tentu sebaliknya keadaan di Ammarika! Unbelievable? Believe it!

  1. Kami di Perancis bersyukur dengan hanya 2 minggu cuti krismas.

Sungguh kurang ajar bila cuti krismas pelajar di Ammmmarikaa adalah antara 3 hingga 4 minggu.

  1. Aku bercuti dengan hati yang gundah gelana mengenangkan test-test yang bakal menyusul betul-betul lepas cuti krismas sebab semester aku masih belum habis, ada lagi 2 minggu.

Sedangkan mereka di USA bercuti dan berfoya-foya dengan hati yang riang tanpa memikirkan sekolah sebab semester dah habis sebelum cuti krismas.

  1. Di IUT Angouleme, kelas 35 jam seminggu adalah rutin. Bak kata Zeglul tuan direktor IUT, à Angoulême on travail!!!

Tapi di Penn State, kelas 20 jam seminggu sudah dianggap satu penderaan seksual. Erh, mental.

  1. Kebanyakan pelajar kelas aku pakai jeans dan kasut kulit ke kelas

Tapi kata orang State College, kebanyakan rakan dia mengganggap pakai sweatpant dan barangan jenama sukan sudah memadai untuk ke kelas.

  1. Chip Lays hanya 1€20 di Auchan

Di wal mart, ianya berharga $3 beb!

  1. Di perancis, kita tulis symbol € lepas nombor.

Orang Ammmarikaaa tulis symbol baru nombor.



5 commentaires:

Anonyme a dit…

wat abt e girls? which one prettier?
or erm..., e guys..? which one hotter? =D

.a.n.a s.y.u.k.r.i.a.h. a dit…

err,,,kalau rajin,silalah buat jadual perbezaan antara UK dan France.huhu,,

Mirae a dit…

hahaha. tu la US lebih cool, relaks berbanding France. Haha. Sweatpant is a fashion icon tu bagi student US. :P

Afnan (^_^) a dit…

hehe, US mmg lg cool~ :D
tp ada 2 fakta yg salah...

1st,yg cuti 3-4 minggu krismas tu utk U yg system sem. kalau system quarter mcm RIT ni, kitorang pun cuti cuma 2 minggu :(

2nd, kitorang yg system quarter ni x bercuti dgn hati yg riang sbb quarter br start 3minggu, dh cuti krismas 2 minggu.. after cuti sambung blk, n of coz ada exms, assignments nk kene anta... :(

victoire a dit…

@ anom
sume x best.. malaysian is the best

@ ana
tu laa psl, uk yg dh byk kali pergi x terpikir nk wat perbezaan

@ amirah
its because of u :p

@ afnan
hahaha. aku buat bnda ni mengarut2 je..
so kite dalam boat yg same laa.
cuti dengan hati x tenang :p

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?