Sebab harini aku tak gi ofis. Perit tekak, dah mula selesema incredible hulk. So nanti aku buat surat, makan pemontengan semalam pun insya Allah dimaafkan. Bersama pemontengan sebab demam pada Jumaat sebelum cuti.
Haa yang Jumaat tu lesen besar beb. Khamis petang, aku gi IUT sebab ade meeting projek dengan prof. Aku lemah gile hari tu sebab demam. Pas meeting aku gi infirmerie ingat nak mintak ubat demam sikit.
Sekali mak cik infirmerie tu marah aku sebab demam teruk (38.5 degree) katenye. Padahal biasa lah orang demam kan. Dia siap call prof aku bagitahu yang keesokannya Jumaat aku tak dapat ke kelas, dan bukan saja-saja untuk bersuka ria ke Paris (sebab mase tu hari last, nak cuti 2 minggu takut prof aku ingat aku nak cuti lame) tapi sebab demam panas. Bestnya dapat lesen besar beb.
Infirmerie tu siap call clinik untuk buat rendez-vous untuk aku. Tapi aku tak larat nak jalan ke sana, so kesian doktor tu tunggu aku tak tiba. Nak wat cam ne dah memang aku tak larat sangat, badan lemah gile mase tu.
Pagi tadi pas subuh aku dah tak leyh tidor. Masak pasta untuk breakfast sambil layan muvi. Layan muvi untuk tidurkan aku. Akhirnya terlelap gak kul 11 lebih sampai kul 2. Pastu rehat kat bilik je apply stage.
Kan start 2nd year ni aku pindah rumah mulai September lalu. Tadi aku call la agent yang jage rumah lama, tanya ape cite dengan deposit yang aku bayar sebelum masuk rumah tu dulu. Ni dah masuk 3 kali kot aku call sejak September, tapi masih tak dapat berita.
Tensen aku, sebulan lepas aku dah call bagi alamat baru aku untuk dia hantar check tu. Sekali arini dia mintak lagi. Sabar jela. Pastu aku bengang sangat sebab aku cuma akan dapat 200€ je lebih kurang. Lagi100€ lebih dia cakap kena bayar sebab apartment aku ade kotor.
Lancau sungguh. Tau tak ape yang kotor tu? Aku cuma lupa lap debu atas dapur, debu tu hanya 30x10cm je. Dan aku lupa mop lantai bawah peti sejuk, cume 50x50cm. Agent bodoh ni memang jahat gile, dia telan 100€ lebih hanya untuk seciput kotoran yang hilang jika di lap dengan kain.
Tahan jer lah. Ni la benda biasa kalu berurusan dengan agent, duk fikir nak cari duit je tanpa hiraukan client dia.
Dulu untuk bayar sewa, aku buat potongan dari akaun setiap 10 haribulan. Yeah pembayaran automatik beb. Tapi tiap-tiap bulan dia hantar surat kononnya aku lewat bayar sebab patut bayar 2 haribulan. Samdol sungguh, dulu dia gak yang suruh aku potong akaun setiap 10 haribulan. Pastu beberapa kali gak nama aku ditulis besar-besar di board IUT dengan pen merah macam ugutan sebab tak bayar sewa.
Tengok, kalu duit dia laju je buat keje. Tapi duit aku? Memang macam cibai. Pastu dulu pintu sliding door aku rosak tak leh kunci, berbulan-bulan sampai sepanjang setahun aku duk situ dia tak datang repair walaupun berkali-kali aku complain.
Tengok lah. Macam mana hati remaja aku ni tak nak berapi kalau duit dia nak laju je tapi servis macam anjing.
Aku nasihatkan pada sesiapa yang nak sewa rumah, elakkan dari sewa dengan agensi. Sewa dengan orang persendirian lagi senang. Tapi kalu kena yang celaka, celakalah jugak. Akhirnya benda ni tengok nasib jugak.
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire