samedi 20 février 2010

Dilemma buah delima.

Akhirnya cuti 2 minggu aku sampai di penghujungnya. Aku sebenarnya cuti ke tak aku tak kisah. Nak bagi kelas sampai pukul 8 malam pun takpe. Satu je aku kisah.

Aku nak tidur banyak-banyak. Biar bangun sebab dah tak leh tidur. Jangan bimbang, aku tak tidur sampai pukul 2 petang. Lepas pukul 10 pagi aku dah tak leh tidur. Maknanya aktiviti harian aku seperti kelas dan kerja sangat aku ingin untuk mulakannya pada jam 11.

Tabiat tidur aku pelik. Tak kira aku tidur jam 11 malam atau 5 pagi, aku kena tidur sampai pukul 10. Maknanya, kualiti tidur bagi aku tidak dikira dengan kuantiti, tapi tahap pencapaian tidur sehingga pukul 10 pagi, tak kira zon waktu mana sekalipun. Sama ada GMT +8 di Malaysia atau GMT +1 di Perancis, Sepanyol dan Itali ni.

Subuh? Insya Allah selamat. Err tergajah kadang-kadang tu biase la kalu lupe betulkan alarm.

Sebab waktu tidur aku ni, aku tak kisah kelas atau kerja sampai malam. Asalkan jangan start di awal pagi.

Sebab tu lah cita-cita aku sekarang ialah memiliki satu cafe 'JCo Donut' atau apa saja milik aku yang membolehkan aku dapat gaji cukup bayar rumah selesa dan Volkswagen Scirocco, Nissan GTR dan Audi A4 untuk balik kampung, serta membolehkan aku tidur sehingga 10 pagi sebab aku tauke.

Sebenarnya aku tak kisah sangat cuti ni dah nak habis. Sebab kan anda tahu, aku sekarang di semester akhir diploma aku ni, aku cuma ada kelas 3 hari iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selasa dan Rabu kena pergi ofis untuk projek industri. Ofis aku ni ialah di sebuah company buat alatan tandas.

Projek ni, aku kena study, design dan plan production yang paling menguntungkan. Boss kami baik, dia cakap pukul 10 baru start kerja. Alhamdulillah at least 2 hari seminggu aku boleh tidur lama.

Kenapa dilemma buah delima?

1. Sekarang aku masih pening mencari company untuk internship aku yang bakal start April ni. Setakat ni macam pernah aku nyatakan, aku cuma ada 1 offer. Yang seronoknya, di Kuala Terengganu.

Yang tak seronoknya, family aku sekarang tinggal di KL. Maknanya aku jadi orang bujang bermaharajalela di rumah family aku sorang diri kalu aku buat di KT. Makan minum kat umah tok aku yang berdekatan. Yeah bebas boleh bawak balik ayam kat umah.

Ayam golek la, bukan ayam anak buah bapak ayam. Kalu mama aku ada, bising la dia tengok aku makan ayam golek, menggemukkan tak gitu.

Sebenarnya kalu boleh aku nak buat intern ni di Europe, di Perancis terutamanya. Sebab nanti pak cik aku datang Sheffield setahun kena sabbatical sane. So family aku nak datang insya Allah june ni, nak bawak diorang jalan-jalan.

2. Serabut kepala, dah la kena cari intern. Kena cari lagi uni atau école untuk sambung lepas abis diploma ni, start September depan. Target aku ade satu sekolah engineer ni. Tapi result cukup-cukup makan je. Aku tetap akan cuba. Kalau tak, sambung Bachelor' Degree kat uni biasa pon aku redha. Sape suruh belajar malas.

Kalu masuk école ni, advantage la kalu nak kerja di Perancis. Tapi balik Malaysia atau luar Perancis, biasanya orang tak kenal benda ni, so Master biasa pon dah memadai.

Kita nantikan kesudahannya nanti.

1 commentaire:

Unknown a dit…

sila lawat web ni http://ajih83.pomepureasia.com 0199311274 jika ingin merasa jus buah delima asli

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?