vendredi 5 février 2010

Makanan sihat.

Sejak semalam, sebenarnya Rabu lagi, aku diuji. Ujian biase je, demam. Hari Rabu takde kelas, cuma pergi kilang untuk projek. Khamis best sebab kelas pagi cancel, tapi au cuma terlentang atas katil sebab tak sedap badan.

Pukul 1 aku gagahkan diri mandi untuk pegi IUT, ade meeting projek dengan prof. Dengan tidak bermayanya aku pergi meeting, cakap pun sepatah dua je.

On the way balik, aku singgah kat Infirmerie. Macam nurse kat sekolah tu. Bising dia bila tengok suhu badan aku 38.5. Aku lepak je, dia siap call prof aku bagitau esoknye (Jumaat) aku tak leyh gi kelas. Pastu siap buat appointment jumpa doktor untuk aku lagi.

Kesian doktor tu tunggu sebab aku malas pergi. Hehe. Bertahan je laa dengan panadol. Bukan ape, aku malas jalan gi klinik tu, jauh. Naik bas takleyh, sebab kena jalan gak akhirnya.

Aku rasa badan letih. Terus aku buat nasi bubur. Sakit-sakit ni sedap makan bubur nasi ni. Tapi kurang sedap sebab takde halia. Seb baik ade cili hancur ngan kicap cap kipas udang, ade perisa sikit.

Pagi ni pulak, aku malas makan berat. Nak makan muesli ngan susu saja tak sedap. So aku panaskan susu dalam kuali sebab takde oven. Dah panas aku tambah sirap cap tamin dengan gula sikit. Sedap gile demam-demam sejuk di pagi hari minum sirap panas.. Makan muesli sikit untuk telan panadol.

Biasenye aku bland susu dengan pisang dan gula. Tapi pisang dah habis. Serius sedap dan berkhasiat, cuba laa. Sangat bagus, memberi tenaga di pagi hari beb.

5 commentaires:

Ayen-yg-mls-nk-login a dit…

muesli tu quoi? tak dpt nk pk lagi apekah makanan itu......weyh dok gi Lyon?

Mirae a dit…

nk try gk skali.

Me is Love a dit…

woowooo...ak suke banana ice blended~best~da lame xdpt~huuuu..dulu salu minum time bukak pose~

victoire a dit…

ayen : sejenis cereal.. tapi kurang sedap sebab dia sehat. sebab tu aku tmboh gule sket dalam susu. lyon most prob aku x g sbab kelas nk stat.

mirae : try. x nyesal nye awk.

nisah : buat sdiri je mek.. macam aku.

Unknown a dit…

salam dik,U kat Bordeaux ke,abang orang malaysia,skrg kat bordeaux dtg training.cari org malaysia.Sunyi sgt tak de org kenal.Kalau ada org malaysia,OK sikit kot.Macam mana nak cari org malaysia.Abg kat Merignac.Email abang sanusi18@gmail.com

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?