mardi 9 février 2010

Praktikal, internship dan dot dot dot

Hari ni hari last winter sale. Tapi disebabkan salji turun, aku tak berani keluar takut nanti takde bas nak balik. Mati woo nak jalan balik. Winter sale aku tak kisah. Tapi stok makanan aku tinggal sardin dengan ayam brand cili tuna jer.. Takpe esok masih ada.

Ungkapan yang sokmo kite dengar : dunia ni ada 1001 macam manusia, 1001 macam ragam. Nak mintak intern pon same.

Semalam aku gaduh kecik ngan member aku pasal ni. Dia mintak CV aku nak tengok cam mane. Pastu dia kutuk kate tak meyakinkan. Ape yang tak meyakinkan? Sebab takde gambar. Aku cakap kat dia, kalau benda basic tak payah susah-susah nak bagitahu, aku dah berjuta lemon kali dengar. Melainkan ada jampi serapah yang perlu dibaca kat CV tu untuk diterima.

Pasal gambar ni. Aku ade 2 orang prof communication yang ajar buat CV. Sekor yang ajar aku mase 1st sem kate jangan letak gambar. Seorang mase 2nd sem lagi suruh letak. Kat internet pon same. Ade orang cakap letak, dengan hujah yang meyakinkan. Ade samdol kate jangannn. Hujah dia pun meyakinkan.

Aku ni kan hensem dan meyakinkan muke ala-ala Harun Salim Bachik gitu. Kalau letak mesti lah beri impak positif. Jadi aku nak letak lah nanti.

Masalah kedua, aktiviti kokurikulum. Member aku ni berbangga duk tulis sampai 1 page dengan aktiviti dia. Piiiraahhh. Prof aku ajar aku, CV ni biar simple tapi padat, tak payah sampai 1 buku. 2 page maximum. Ape ko ingat ko antar CV nak pilih wakil karaoke Schlumberger ke?

Aku berpegang pada pendirian degil aku, aku tak letak sampah-sampah ni. Sebaliknya aku cuma letak 2 pengalaman professional aku. Praktikal mase 1st year hari tu dan projek di company yang aku tengah buat. Itu diorang pandang. Tak payah tulis yang korang ni wakil Zimbabwe dalam lontar peluru antara daerah.

Pastu macam haram, member aku ni bengang ngan aku semalam. Kan aku dah cakap, nasihat klasik aku taknak dengar. Aku nak yang outstanding lain dari yang lain je. Dia ingat aku tak ada panduang. Aku dah cakap aku amik resume budak UTP buat contoh, dia buat-buat tak dengar nak suruh aku ambik contoh dia punye, macam dia punya paling gempak.

Hamek, sebijik macam contoh yang aku dah ade. Aku bagi kat dia ape yang aku dah ada. Ternganga, dia tuduh pulak contoh aku amik ni, budak2 ni amik dari dia. Piiiraahhh mabuk. Budak Jan 06 ambik dari mung jugak ke? Senior 1 sem, mu ambik dari dia logik jugak.

Erm, pemerhatian aku. Benda ni dia tengok keputusan akademik. Kawan aku yang CV same je, tapi yang membezakan diorang adalah CGPA. Yang CGPA 3.6 lebih dapat offer berlambak-lambak. Kat France, kat Talisman, OGM lah macam-macam. Yang 3 cukup makan, dapat 1 offer pon dah melompat-lompat.

Budak UTP kalau result power diorang dapat offer internship kat overseas, contohnya kat France. Diorang ni dengar je France, pastu elaun 700€ sebulan terus gelap mata. Tak pandang dah praktikal buat kat company ape, yang penting overseas!

Ni pandangan aku lah. Korang praktikal sekali je seumur belajar tu. Kalu datang France wat praktikal kat universiti, wat research, baik buat ngan company besar yang korang dapat di Malaysia. Untung-untung company tu panggil lepas grad keje ngan dia.

Kalu buat sini, macam aku cakap la, yang sedapnye merase hidup overseas. Tapi 8 bulan je bahagia. Lepas grad terkial-kial cari kerja. Geographically situated tak penting. Yang penting company dan kerja tu.

So sesiapa yang berada di situasi ni nanti, baik anda fikir betul-betul. Dari datang sini buat reseach kat uni, baik lah jadi trainee engineer dengan Talisman tu.

20 commentaires:

ayen-mls-login a dit…

kan? tp still.....khidmat stagiare MP cume utk bureau d'études. oh sedih skali.......menyusahkan aku je nk cari stage..kalo korang yg ptut offer bnyk pon susah nk dpt, apekah lagi aku. kite balik mysia sesame ah jom, nak? nyampoh cari stage kt sini..^^
(lepak dumoh je ke cuti?)

victoire a dit…

cuti aku lepak je.. weekend ni gi LR sambut cny..
sbab cuti ni aku sibuk nk apply ecole, licence sume.
stage lagi.. adoyaiii.
jom wat kat msia..
tp kalu bureau d'etudes lain kire laa wat research, mmg keje dia.
yang aku tulis ni utk mereka yg dpt offer ngan company best di malaysia, tapi gelap mate bile tengok overseas.
sayang.. sayang

Blue Eyed Blondie a dit…

i didnt know schlumberger is THAT big until i read this. my mom used to work there since im in kindy until habis my secondary school. forgive my ignorance, all i know is their family days and dinners are ze best lol.

apply there! dijamin dapat memberi good times for you future kids. ok kidding!

victoire a dit…

u gotta be kidding..
schlumberger is a company where lots are willing to kill just to work there.
actually lots of people outside who are not in this field have no idea about this.
i myself before i stepped into UTP i would think that this is kinda ramly burger. lol

once i went to Talisman family day. it was awesome, no wonder why because it is a big oil and gas company just like schlumberger

Blue Eyed Blondie a dit…

haha ya i can tell. every raya for sure ada people come up to my mom and ask for contacts n all. i used to pronounce it as slambe-jer T__T

and the best family day ever was 3d2n at pulau kapas. damnn chun.

May Maisarah a dit…

go keri go..6t bile aku nk wat cv ley ar mitok panduan dr mu.hee=)

najmi a dit…

aiseh baru teringat pasal cv. aku tak pernah belajar algi buat cv yg betul. boleh ar keri ko ajar aku camne nak buat. betul kata ko waktu praktikal ni penting. waktu ni ler untuk belajar benda penting2. sib baik aku time diploma ni takde lagi praktikal tapi waktu degree nnt ada ler. kalau result gempak uitm hantar pergi oversea. ada senior aku dpt buat praktikal kat surat khabar US. dkt dubai pun ada.

Anonyme a dit…

kalau apply kerje selalu tak tengok gpa langsung.
tengok work experience ngan portfolio je..
degree / diploma pun tgk sekali imbas... just utk fill in requirement.

victoire a dit…

may : aku bukan expert.. cume bercakap melalu pengalaman berjumpe berbagai jenis orang RH. hehe

najmi : tu laa, budak terer dia bagi intern sdap ngan company besar, overseas la. tapi ingat, jangan tengok overseas je, tengok company.

anon : im talking bout internship. kalu keje mmg mentah2 dia cari yang berpengalaman dulu. unless kalu dia cari fresh grad baru dia teliti gpa utk bandingkan student, tu pon lepas tgk pengalaman..

chepsmore a dit…

basically cv just 2pages is good enough.and i think that if u have pleasant face, u should put ur passport picture.my situation is same with yours.i will go my intern in may-july.just 2month tho.hope u will get what u want and just ignore the unwanted babbling mouth:)

victoire a dit…

yeah ur right.
i am absolutely agree with u.
no need to make it more than 2 pages.
like i said before, they are not choosing their next vocalist for a reality tv show.

zuriamohd a dit…

victoire..bestnya!

.a.n.a s.y.u.k.r.i.a.h. a dit…

"Aku ni kan hensem dan meyakinkan muke ala-ala Harun Salim Bachik gitu. Kalau letak mesti lah beri impak positif."

statement paling x boleh belah di abad ini.huhu,,pape pun all the best! kalau dpt intern kt gong badak,sile2 la belanja makan ikan celup tepung kekgi ye? hua3

Me is Love a dit…

kalo ckp bab CV...mls nk pk..jap g mls gile nk buat..jap g bile da buat...sume mau taruk!bile belek2...merapu jek!
nape la xd CV yg standardized kan..sonang budak2 baru blaja mcm aku ni nk apply pape~xya gaduh2 kan~haha

オテモヤン a dit…
Ce commentaire a été supprimé par un administrateur du blog.
Tg.A a dit…

haha. yie, u arent in their shoes. Just try for once (if right now u r not studying at France, wont you be hipping around if u get offer for internship oversea?). it's a point to ponder.


nway, bbpe ayoh ziz kena tukor KL? huhu bulan 3 kekgi abang nk kahwen.

victoire a dit…

yea adik..
tapi still, ambil contoh dan iktibar orang terdahulu.
sebab tu yie cakap, tanye orang yang dah kene.

biase laa keje kerajaan ni bertukor2 sokmo..
erh abg kawen bulan 3? ish miss lagi.. huhu

Tg.A a dit…

yes2, i got ur point there. no hard feeling.

ooo... yeke. abg kahwen 13/3 insyaAllah. majlis sambut menantu seminggu lps tu tp xkabo lg ke ayah ziz. hahaha.

yie intern ble?

zv a dit…

salam bro..ape beza cv n resume ni?
cam sy bln 9 ni nk intern so kna prepare resume..leh x share ur oustanding resume samples to me?..hope you are free to share.btw im chmchl eng student

victoire a dit…

Wasalam.. cv ngan resume tu benda same, name je laen..
Mine isnt outstanding bro.
Satu ag resume sy ni ringkas sangat untuk malaysian standard.
Kat Malaysia resume kena well packed, x macam kat France ni.

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?