mercredi 3 mars 2010

Merapu

A boy' face when he looks the girl he loves is like a birthday boy. The girl is like his birthday gift.

Lama aku tak jiwang-jiwang cap ayam bercakap pasal cinta di sini. Biarlah ia menjadi rahsia peribadi. Kang sampai masa dan ketika, bising lah gua.

Dah lewat malam ni, esok kene gi opis awal-awal. Partner aku ni la mangat nak datang awal nak sukat performance dan ambil komen pekerja assembly line mengenai productivity hasil rekaan baru sisinan assembly line yang kami akhirnya realisasikan hari ni setelah beberapa minggu merancang dan melakar. Panjang nyer ayat ni.

Beberapa hari lalu, akhirnya aku berjaya habiskan citer 'Brokeback Mountain' selepas sekian lama memeramnya dalam laptop aku. Seb baik tak terlebih masak.

Layan gak la citer ni. Tapi lawak lak memikirkan orang lelaki yang jadi gay sebab takde perempuan.

Hari ni dah 3 Mac. Tinggal sebulan je lagi aku belajar di IUT ni. April dah mula intern, rehat sementara dari belajar hinggalah September.

Ecole, Degree, satu habuk pon tarak apply lagi untuk sambung belajar September ni. Seb baik la industrial projek ni dah nak abes. Tinggal tutored project.

Tapi aku meramalkan minggu-minggu yang mendatang takkan setenang sungai tak berbuaya. Mesti banyak test. Paling koman kelas 8 pagi sampai 6 petang macam kelmarin.

Sekarang musim sejuk perlahan-lahan melambai selamat tinggal. Tapi bukan sebarang lambai.. Dilambai dengan ribut. Takziah kepada yang terkorban.

Kita yang masih hidup ni, bila tak sejuk eloklah bersukan. Jangan tunggu tua kerepot baru nak pantang tak makan kari.

2 commentaires:

AK a dit…

adoi! brokeback mountain???
hahahaha

victoire a dit…

haa.. biase aa :p

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?