samedi 10 avril 2010

Salah sapu..


Yes.. Akhirnya weekend menjelma. Lega di hati bukan kepalang. Dapat pun aku tidur sedap akhirnyer. Well mane tak nyer. Seminggu aku intern. Seminggu aku tidur pukul 2 bangun pukul 630 pagi. Letih giler yang.


Macam aku cakap dalam entry lepas, aku merempat kat rumah kawan aku. Dia pun intern kat bandar sama. Actually tak sama, cuma agak dekat la. Tak la dekat sangat pun. Ish dah berbelit. Dia intern kat company laen.


Rumah dia ni jauh gampang gak sebenarnyer dari opis aku. Kena tukar bas sekali. Total trajet time hampir 50 minit lebih kurang, tambah lagi masa menunggu bas. So akhirnyer lebih kurang 1 jam jugak..


Waktu kerja aku agak flexibel. Stat kerja boleh pilih antara 745 hingga 9 pagi. Rehat pun boleh pilih antara 12 tengah ari sampai 130 petang atau 2 kot, tak sure. Balik antara 4 petang sampai 5 petang. Tapi kena pastikan cukup 36.5 jam seminggu.


Memandangkan aku seorang yang berdedikasi dan berdisiplin, aku cuba kerja semaksimum mungkin. Sampai opis pukul 815, balik pukul 445. Rehat pon 30 minit jer. Actually aku buat gini untuk bekalan, mana lah tahu di masa hadapan aku perlu balik awal atas urusan tertentu ke.


Satu lagi nak dapatkan 'impression' yang baik dari bos. Nanti nak mintak 'recommendation letter' cantik. Tak ke indah CV aku nanti.


Oh ya. Selama ni aku ingat SAGEM ni company buat henpon je. Rupanya tak. Kat aku keje ni, dorang buat peluru berpandu automatik, enjin kapal terbang dan spare-part kapal terbang komersil dan jet pejuang, camera dan teropong infra red untuk perang (guna di helikopter, kereta tebal, askar dsb). Banyak lagi benda diorang buat. Ni antara contoh la.




Aku kerja kat tempat test camera dan teropong infra red ni untuk kegunaan ekstrem macam di helicopter contoh nyer. Seminggu pertama tak mula kerja lagi sebab orang yang jage test bercuti. So agak boring, aku banyak buat dokumen bertulis pasal intern ni untuk kegunaan report nanti dan meeting next week.


Suasana sini agak best la. Boss aku orang nyer lepak dan selamba. Selain tu ade 2 orang lagi intern bawah boss aku. So kami selalu lepak bertiga, makan pun sekali. Dorang sume baik, selamba, sporting dan best. Cibai tol budak tu sorang dia student buat master. Gaji intern dia 1000€ lebih. Telan air liur jer aku. Gaji aku? Biaser-biaser jer..


Yang tak bestnyer satu jerr. 2 ekor mamat ni balik kerja ade awek menunggu kat rumah. Awek dorang tengah cuti, so duk rumah dorang la. Telan air liur jer lah. Ni sedap ni kalu ade bini tunggu umah biler balik keje. Terus makannnn. Lauk sume siapp..


Alhamdulillah, dalam susah cari intern, setakat ni dua kali aku intern (tahun lepas dan tahun ni) aku bernasib baik dapat company besar dan best. Tahun ni 4 interview aku pergi, 1 je tak dapat. Yang laen dapat.


Selasa, Rabu baru ni cuaca tak best. Mendung, hujan dan sejuk. Tapi Jumaat dan weekend panas. Terbeliak lah mate aku tengok awek-awek French pakai baju tak cukup kain. Nasib baek pakai shades, so boleh la usha senyap-senyap. Adeh gatainyer. Jangan marah yerr. Panas-panas ni dapat air kelapa sedap.


Satu benda best, aku suke hidup gini sangat berdisiplin walaupun agak letih. Yer, mase belajar pun sama kelas awal gak. Tapi belajar lain, stress aku bawak sampai ke rumah. Home work, stadi untuk test lagi.


Tapi kerja? Sepanjang kat opis jer keje. Balik rumah no work no cry dude. Lagi-lagi company gampang ni tak bagi pakai pen drive, katenyer sume maklumat sulit, kerja kat opis jer.


Weekend ni budak-budak semua jalan. Maklumlah dorang cuti. Tinggal sorang jer yang stay. So arini kami berdua beli ayam 2 ekor, goreng celup tepung ala KFC tu. Tak dapat makan KFC, buat sendiri pon layan. Sampai lembik kami kenyang ayam goreng. 2 ekor makan 2 orang jer, puas ati giler. Na na na na.


Petang nyer kami ke Carrefour buat pertama kali. Sebab jauh dari tempat kami. Biasa kami shopping kat satu lagi hypermarket yang lagi besar dari Carrefour ni, tak jauh dari rumah kami. Sajer jer sebenarnyer, nak isi masa lapang lah kononnya.


Pada hal nak cari vanilla coke dan ais krim. Heh mentang-mentang kami berdua jer. Raya sakan lah makan minum. Sihat kan makanan kami hari ni. Her her herrr.


Aduihh. Luper lak. Tadi kan nak cepat punyer pasal, takut miss bas, aku sampai silap sapu scrubbing gel kat rambut. Kimak sungguh. Mane tak nyer, aku bace gel dan bentuk container and brand lak l'oreal. Sebijik macam hair gel l'oreal. Tapi keras gak rambut. Lantak lah, asal rambut terpacak bergaya tak gitu nyahh?


Haa. Cerita malang aku tidak terhenti di situ. Kelmarin, pagi on the way ke opis. Mase aku jalan, ade sekor anjing comel terlepas dari tuan dia menghampiri aku. Aku buat-buat control macho macam takde hal laa anjing ni. Skali lancau btol dia jilat suar zara aku. Aku mulanya berfikiran positif, dia hidu je. Sekali ada kesan basahan bekas jilatan dia.. Sungguh nikmat sekali.


Rekod hampir 4 tahun selamat dari sertu atau samak (setengah orang salah guna istilah ni) berakhir.. So pagi tadi terpaksa lah aku cari tanah demi seluar ku sayang. Ecece, rekod 4 taun la sangat. Padahal 2007 haritu dah termasak spageti babi. Periuk aku tu dah merasa tanah pon. Kihkihkih.


Adeh tinggal malam ni jer untuk tidur puas-puas. Nanti dah nak mule hidup berdisiplin lagi. Cam ne ni nyahh.



7 commentaires:

AK a dit…

"Yang tak bestnyer satu jerr. 2 ekor mamat ni balik kerja ade awek menunggu kat rumah. Awek dorang tengah cuti, so duk rumah dorang la. Telan air liur jer lah adik aku. Har har har.. Nak jugakkk.. Ni sedap ni kalu ade bini tunggu umah biler balik keje. Terus makannnn. Keh keh keh."

perenggan ni buat aku pk bukan2...
aku kan punya khayalan tingkat tggi...
tak pasal2 fikiran meraban... hahaha

ayenmlslogin a dit…

bosan kan first week intern. bace je x sudah.........berat kepale balik rumah

najmi a dit…

seronoknya dpt intern mcm ko kriey. aku pun sama mcm kamal bila sampai kat perengan tu. ha3...

victoire a dit…

kamal : ya Allah ke situ plak.. orang ade bini balik lauk dah siap terus dinner.. layan letih2 lapar.. haha

ayen : tau takpe.. paksa diri bace benda x perlu bace

najmo : ko pon otak macam kamal. cehh. hahaha

Me is Love a dit…

hahaha..penat2 pon best orrr experience tu~siyesly ak jeles..time ak intern dlu pon same la cm mu.penat babeng.kalo nk smbung wt kje time weekend sbb kejar due date kne g opis sbb xley bwk masuk thumbdrive.tp kdg2 ak balun je~haha
wuuu...tah2 mu pnah je trmakan babi xperasan~sile la samak perot ye cik keri..nway ak salute la mu sbb xtrpengaruh dgn budaya n suasana mat saleh kt sane~keep it up bebeh!

shinichi a dit…

Like

victoire a dit…

nisah : haa tu laa.. time ade keje payoh sbb byk sangat.. time boring bogirng sangat sbb tadop. hahaha

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?