mercredi 5 mai 2010

Bukan semua sucks.

Ohh ya. Sekiranya anda tiada kerja di opis, kalau nak tunjuk macam buat kerja depan boss, cuba cara ini. Taip lirik lagu yang bermain di kepala. Nak nyanyi kuat-kuat malu lah takut jadi konsert free kan. Nyanyi dalam hati, jari taip lirik sudah.


Sejuk telinga boss mendengar, "bagus anak buah ni, rajin menaip buat kerja", kata boss. Hipotesisnya berasas sebab kat tempat kerja tak ada internet untuk chat, so mesti la dia buat kerja kan, tak gitu?


Dipendekkan cerita, tadi taip punya taip, sampai lah satu lagu KRU, Negatif tajuknya. Aduhh rindunya kat lagu ni, dulu zaman mula-mula beli kaset, KRU lah pujaan hati. Kaset pertama ; album Awas tahun 1995 disusuli Awas Da' Soundtrack yang sebenarnya dikeluarkan ada 1995.


So ape lagi, balik jer terus usha Youtube cari lagu Negatif ni. Lirik ciptaan KRU memang senantiasa menusuk kalbu. Kreatif sekali diorang ni susun perkataan.


Belek punya belek, rindu nak dengar lagu Gadisku Dalam Koma nyanyian The Times. Ohh ya, kenal 2 lagu jer dari The Times iaitu Pesona Algebra satu lagi. Cuba dengar lagu-lagu lain. Perhh terus jatuh cinta pandang pertama. OAG memang tak pernah hampakan diri ini. Balik ni mau beli CD The Times! Lagu dia ada alunan British macam lagu-lagu Artic Monkeys.


The Times ni mungkin band baru, tapi ahli dia semua ayam lama. Erh lagi lama dari ayam kot. Susah nak cari band dan lagu baru yang diterima telinga. Salute The Times!


Err.. Masih tak dapat terima Hujan dan lagu-lagunya. Jangan marah, ingat kata KRU dalam Negatif, "tiap generasi punya citarasa sendiri, gaya nan terkini irama muda mudi. Fikir cara terbuka jangan pandang negatif saja"

2 commentaires:

AK a dit…

aku pon ske lagu ni dowh!
aku dgr pon sbenarnya agak lambat masa zaman2 asrama,. tahun 2003 cmtuh
tapi senang tangkap
sejak tuh, aku korek balik album kru...

eheh! tips ko pura2 wat keje tuh tak leh pakai kat tempat aku...
sbb kat sini takde la naip2 sangat... huhu

malekabdillah a dit…

mung kena balik malaysia derah ni keri. napok sangat mu rindu ke tanah tumpah darah kita ni. hehe.

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?