dimanche 30 mai 2010

Superbe weekends, Barcelona t'estimo!


Fuhh. Beberapa minggu lepas, sampai weekend ni memang penuh ngan aktiviti. Best sangat. Haritu gi US lagi 10 hari. Best giler tengok graduation day, muka-muka graduates dan parents masing-masing terpancar cahaya keriangan, memang sedap menengok(bukan usha gatal-gatal), happy giler semua.


Telan air liur je. Belajar penat-penat giler babbbs 7 taun dengan kelas hampir 40 jam seminggu sampai master, tapi takde graduation ceremony.


Seronok jer beli bunga untuk graduates. Tumpang sekaki laa. Tu bunga dari 3 peminat misteri. Har har har.





Balik sini, terus masuk kerja tanpa rehat, letih pun tak sempat hilang dengan beg nyer masih belom unpack, Jumaat tu ke Bordeaux pulak untuk ke Barcelona Sabtu nyer. Ni la kerja giler last minute.


Balik kerja petang Jumaat dapat call dari Mr N tanya nak buat apa weekend panjang ni. Weekend panjang sebab Isnin cuti umum. Dia ajak pergi Barcelona dengan Mr A dan Mr B. Diorang ni semua best-best dan hensem-hensem lagi macho (H & M) belaka termasuk aku.


So tanpa fikir panjang, terus setuju walaupun dah sampai Barcelona 2 kali beb. So that was my 3rd time going there.


Barcelona has always been one of my favorite cities sebab suasana dia sangat best. Bandar tak besar sangat, tak kecik, dan paling penting tak kotor! Tak caye, sila lah ke Paris, London, Madrid dan New York. City center bandar berkenaan agak kotor. Tapi Barcelona dan Vienna sangat special, tak kotor, agak bersih sebenarnya.


Dan paling best, makan. Hari-hari biasa, makan kena jaga. Bila bercuti, kita sedang 'appreciate' atau 'rewarding' diri kita. So kena layan extra special, makan pun kena extra special tak gitu.


Tempat makan paling best kat Barcelona. Tiap-tiap kali lunch sure makan Asian buffet. Mule-mule sampai makan sushi buffet. Next day makan general Asian buffet yang paling best. Pilih seafood dan sayur mentah boleh suruh diorang grill atau goreng dalam wok. Lobster dia besar. Kat Paris pun tak sesedap tu.


Haa kate orang, masuk kandang rimau jangan mengembek tapi mengaum. Kunjungan ke Sepanyol tak sah kalau tak rasa Paella. Kami pun sempat lah merasa jadi orang kaya makan Paella di restoran. 3 course meal gitu. 12€ je kot. Spain memang best, semua benda murah. Even rokok pun 3€ je sekotak.








2 commentaires:

Mr A a dit…

Yie, klakar la. tp lobster masin sgt, tp x kesah sbb sedap. balun aje. pastu jogging tiap² petang nk hilangkan balik lemak² lobster. bagus.

^^

victoire a dit…

Tu laa bro tu sedap sangat letak garam sambil tunjuk skill.
Misi jog tergendala ujannn

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?