mardi 29 juin 2010

Hari bosan

Weekend baru ni sampai satu lagi surat offer. Kali ni dari Uni Strasbourg. Strasbourg ni antara beberapa bandar Perancis yang aku kenal masa kecik. Sebab dulu Akmal Rizal dan Juzaili Sameon pernah main kat situ.


Strasbourg ni bandar dia best sebab antara bandar besar di Perancis. Tapi yang tak best, aku kena masuk 2nd year, bermakna aku kena belajar 2 taun untuk dapat Degree. Tapi at least tak la kena masuk 1st year macam offer dari Lille tu.


Tapi aku masih menunggu reply dari Nancy, Bordeaux, Lyon dan Poitiers. Buat masa sekarang, kena la bergembira dengan hakikat kena extend satu tahun. Damn it, 8 taun aku kat sini maknanye. Tapi arap² ade la offer yang tidak buat aku extend. Tua sangat kalu nak mule keje umur 26. 25 pon aku dah rasa tua kerepot.


Tapi bila fikir balik, not bad stay kat sini. Aku mula hargai dan rasa happy stay overseas ni. Bukan lah untuk selama²nya, kadang² balik la Malaysia. Tapi dalam masa yang sama aku rasa kurang best untuk stay kat Malaysia sepanjang masa.


Entahlah, aku mula rasa selesa dengan cara hidup sini. Mentality orang sini. Macam biasa, ada benda boleh pakai dan ada juga benda yang tak boleh pakai. Mentality orang Malaysia pon sama. So ape salah nye kalau ambil benda positif dari kedua² mentality ni.


Dari kecik aku dah set kan dalam minda aku yang satu hari, aku akan tinggalkan Malaysia untuk beberapa ketika. Dah target aku dari kecik memang nak belajar overseas, tapi aku ni pemalas, belajar minimum je keje.


Especially tengok mak cik aku belajar kat UK. Pastu tengok cite Mr Bean, makin jatuh hati pada tanah orang ni. Lepas SPM, sempat duk UTP jap 5 bulan. Heh makin kuat detik hati aku nak tinggalkan Malaysia sebab tak tahan panas. Tapi summer sini pon lagi dasat dari Malaysia.


Amik, dah nak sangat tinggalkan Malaysia, Tuhan bagi fly awal², bukan setakat awal, tapi kena lak stay sini lama² sampai 7 taun at least.


Satu benda yang peningkan kepala aku kadang². Kat ompueteh ni, dating kaunter kita cakap ‘Bonjour’, atau pon ‘hi’ at least. Tapi kalau nak cakap gitu kat Malaysia, rasa macam nak ngorat awek jaga kaunter la pulak. Banyak lagi sebenarnya yang peningkan kepala aku.


Satu lagi yang best kat Europe ni, problem tak puas hati antara kaum tu kurang berbanding kat Malaysia. Aku dah naik jemu dengan sentimen ni.


Duk sini rasa rilex dan lepak, diorang tak ada rasa tak puas hati atau dengki sama mereka. Tapi kat Malaysia? Huh.


Tapi aku tak nak duk bandar besar, aku pon tak nak bandar kecik. Aku nak bandar yang kategorinye jatuh dalam in between 2 kategori tu. Aku benci bandar ramai pelancong atau imigran. Ish tak sedar diri sendiri pon sama.


Bukan apa, sebab biasanya, most of the time imigran ni la yang buat bandar tu tak best. Kalau diorang tak educated pon, at least biar la behaviour tu boleh diterima manusia waras, tidak mencemarkan pemandangan. Pelancong pon sama, menyerabutkan mata.


Susah² duk dalam gua buat bandar sendiri, hahaha.

2 commentaires:

Mr A a dit…

strasbourg takde la besar sgt syg...lebeh kurang bdx je kot...

victoire a dit…

Nope, I mean it can be considered as a quite big one even though it isnt that big.
Compare to Poitiers for an eg.
Ade tram kire besar la. hehe

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?