Ini bukan entry pasal bola, permulaan nya saja sikit pasal bola sebab penerangan istilah.
Bagi mereka yang tak paham, dalam satu perlawanan bola sepak ada 22 pemain berebut sebijik bola, dan salah seorang akan dipilih sebagai pemain terbaik.
Dipendekkan cerita. Kelmarin hari Khamis. Hari itu aku ada presentation intern kat uni. Ni untuk bagi markah intern la. Selain dari presentation, aku akan dinilai dari report yang dibuat dan markah aktiviti yang diberi oleh boss kat tempat keje.
Malam sebelum, aku tidur pukul 130 pagi sebab lepak online, dan edit slide show sikit-sikit. Frankly speaking, aku takde banyak masa untuk practice sebab sibuk buat benda lain. Sebelum tidur, aku time jam pukul 430 untuk solat Subuh di awal waktu sebelum sambung tidur sampai pukul730, presentation mula pukul 930 pagi.
Tapi henpon aku buat dajal. Aku tak bangun. Maybe sebab penat sangat, tidur tak cukup je. Nasib baik aku terjaga jam 8 pagi. Ish dah la Subuh tertinggal. Tapi fikir positif, mungkin Tuhan saja bagi aku rehat lebih, siapa tahu kan?
Dalam hati rasa bersalah, habislah aku harini awal-awal dah buat dosa, tak berkat laa presentation. Tup tup tup.. Aku dapat 16/20! Dalam jury sekali dengan aku ada 4 student termasuk aku. Sorang dapat 14, sorang 11.5 dan sorang lagi 8.
Alhamdulillah Tuhan saja tau macam mana syukur rasa di hati. Dapat 13 pon aku dah bersyukur gile kot. Dalam pada banyak dosa aku pada Dia, Dia tetap tolong aku di saat aku perlukan-Nya. Dah la prof yang bagi markah tu strict gile. Ingat tak dulu aku pernah cakap aku dapat 8 untuk presentation projek dengan partner bengong tu? Prof ni laa yang bagi.
Kembang aku untuk beberapa hari selepasnyer. Prof ni tak abes2 puji presentation aku, katanya lancar gile, senang faham la bla bla bla. Lagi-lagi dia bangga sebab buat ngan company besar. Hehe. Report pon dapat 14, sangat diluar jangkaan aku. Aktiviti pon 14, not bad. Serious, aku syukur sangat2, Alhamdulillah.
Err sori laa entry vain sikit. Skali2 menghargai diri ape salah nyer.. ;p
3 commentaires:
nak bagi pantun sket.
congrats banyak2 lah ye.
balik nnt belanja saye.
haha.
kadang2 bagus gak berbangga dengan pencapaian kita...
biar terawang sat
cuma jangan terlampau lama..
kene sedar benda baik tuh tak datang selamanya
btw, congrats atas kejayaan itu bro! =p
Mirae : Pagi2 pegi kerja, nanti balik saya belanja ;p
Kamal : Thanks.. Biase laa kena selalu improve..
Enregistrer un commentaire