Aku seorang manusia yang penuh dengan kejutan. Surprise surprise ni memang feveret aku.
Dari hari Khamis aku kelentong Mr. A yang aku akan ke Paris weekend ni. Dia sibuk tanya aku bila aku balik, konon-konon nak datang lepak kat rumah aku di Angola ni. Tapi aku dah cakap, sebelum dia cari aku, aku cari dia dulu. Aku kelentong laa dia yang aku balik Sabtu pagi.
Sebab dalam kepala aku ni, gotcha anda akan terkena Mr. A. Hari Jumaat, aku pon senyap-senyap tembo balik 15 minit awal dari mase sebenar. Kali ni aku buat2 terlajak tren sampai ke Bordeaux.
Aku call Mr. A cakap la konon nyer aku tengah nak tukar metro kat Parigi ni. Paris la, tu bahasa Italiano. Dia yang sangat pandai ni percaya bulat-bulat, sedangkan terang-terang bunyi ekxos kereta. Dalam hati aku mengilai sorang-sorang.
Oo dia tengah sibuk tolong Mr. B pindah rumah. So aku pon cadang untuk ke rumah Mr. B kejutkan mereka. Tapi aku lupa jalan rumah baru Mr. B. So aku tunggu macam pungguk rindukan bulan kat tepi jalan sunyi tu.
Aku call Mr. A, dari jauh aku nampak kelibat dia berlenggang lengguk dari belakang. Silap strategi, aku suruh dia pusing belakang. Patut aku acu pisau rembo kat leher dia baru layan. Tergamam dia. Masih tak puas ati dengan aku, sibuk nak pukul-pukul aku.
Weekend kat Bordeaux tak pernah menghampakan aku. Orang-orang Bordeaux ni sume best. Lepak-lepak makan2. Lagipun World Cup dah start. Tapi tak leyh lebih-lebih bola ni, nanti orang marah.
Sabtu nye lepak jalan-jalan window shopping, tengah hari layan Argentina lawan Nigeria kat Irish Pub. Malam Makan KFC. Ni laa kali kedua aku makan KFC dalam mase 3 hari. Abis laa.. Yang kelmarin tu bucket 4 orang aku makan berdua dengan Syahid. Kali ni betul-betul share 4 orang la. Pastu Ahad tengah hari melantak buffet cina..
Memandangkan kontrak dengan penaja kena belajar sampai Master, maknanya my very secret diary of a call boy opss of a student tak berakhir di situ. September ni kena mula buat Bachelor' Degree atau Engineer's degree yang bertaraf master kalau kat Malaysia.
Aku dah apply macam orang gila, 5 sekolah Engineer (kat sini buat Engineer' Degree) dan 5 universiti untuk Bachelor' Degree atau Ijazah laa orang Malaysia panggil. Setakat ni aku dah dapat 2 surat rejek dari Sekolah Engineer. Aku memang expect benda ni sebab nak masuk sini kena result power, setakat cukup-cukup makan macam aku, goodbye lah.
Tapi, akhirnya ada jugak satu sekolah letak aku dalam senarai menunggu. Belum sure, baru waiting list tu. Yang bestnye, sekolah ni mula belajar bulan 11 kot, sebab aku kena masuk semester 4.
Yang kurang ajar nyer, bermakna aku akan berada di France ni sekurang-kurangnya 4 tahun lagi. What a bull shit, for 8 f-ing years? 8 tahun belajar untuk dapat Master? Pegi mampos. Dah la sekolah ni kat Tarbes, di sempadan France-Spain. So nanti capital aku ialah Barcelona. Pastu mula layan rugby tengok Perpignan, Biaritz sume2 tu. Orang-orang sini memang kaki party. Abis laa possibility aku untuk sesat makin tinggi, hehe. Na'uzibillah.
Satu lagi, aku berada dalam waiting list satu universiti di Valenciennes, yang ini pulak kat sempadan France-Belgium. Yang ini, Brussels la akan jadi capital aku. Adakah aku ditakdirkan untuk duduk di sempadan?
Frankly speaking, aku masih tak senang duduk selagi tak dapat offer bulat-bulat yang aku diterima. So aku sangat berharap anda semua doakan agar aku dapat satu offer yang best. Kat Bordeaux lah harap-harap. Atau Nancy.
Tuhan je tau, pening dan runsing kepala aku memikirkan masa depan ni.
2 commentaires:
memang patut kene pukul! nasib takdop M16 depan mate, kalau x, arwah dah.....
aku still x puas hati. 20% lagi ade...
siap..tunggu.....
nway, gracias! ^^ boleh dtg sental toilet umah aku lg. XD
Ish penipu dia ni.
Kate aritu tinggal 5%.. ;p
Enregistrer un commentaire