samedi 12 février 2011

Kisah seorang aku..

Hari ni hari Sabtu, aku sampai France hari Rabu pagi baru ni. Sampai harini jet lag belum hilang. Jadi semalam seawal jam 10 malam aku dah tumbang memeluk bantal.


Hasilnya pukul 5 pagi tadi aku dah bangun. Lepak-lepak, cakap telefon. Mandi, gosok baju pastu aku gerak ke Paris, ada lunch sempena Chinese New Year.


Bila duduk sorang diri ni, makin aku hargai detik-detik lepak bersama rakan seperjuangan di Perancis ni. Rasa seronok je dapat jumpa fellow Malaysians, catch up latest news among us. Beberapa rakan sebaya bakal bergelar laki bini. Paling layan, ade beberapa jugak yang bakal bergelar mak bapak.


Minggu lepas tengok orang kahwin. Hari ni lagi tengok kawan yang dah tak lama nak kahwin, dan kawan yang bakal dapat anak. Adui bestnyer hidup diorang.


Orang Terengganu kate, 'ni jadi ngetik nok nikoh ni'.


Tapi aku belum sedia.. Naluri ingin hidup bujang masih kuat.


Apa hal sekalipun, lunch tadi memang layan. Seronok sangat dapat jumpa kawan-kawan semua. Yang datang kebanyakan budak junior. Majoriti aku tak kenal. Maklumlah aku ni low profile, tak tonjol muka sangat.


Baru sedar atas batch aku, tinggal 2 batch je kat France ni. Cam mane la budak junior pandang kami. Dulu mula-mula sampai, tengok senior besar-besar. Tapi dalam diri sekarang sikit pon tak rasa macam super senior.


Finally it is officially confirmed that I'll need to extend another semester to get my degree. I supposed to obtain it by this June. Because of that, I'll only get it this December insya Allah.


Bukan aku bodoh, tapi korang kena paham yang aku buat degree dalam satu bidang baru, terlalu asing dan jauh berbeza dengan diploma yang aku buat. Inilah cabaran dan risiko nya, untuk jadi seorang Engineer yang mempunyai 'double competence' bukan senang.


Takpe lah susah sikit, insya Allah nanti ada lah rezeki aku. Sekarang pon Alhamdulillah dah nampak sikit. Masa interview internship kelmarin, orang tu pon cakap dia suka calon yang ada 'double competence'. Sebab tu dia tertarik dengan permohonan aku.


Dulu aku buat diploma dalam Production(Industrial) Engineering, sekarang degree dalam Systems Engineering. Insya Allah kalu boleh Master nanti nak buat something more into management or bussiness, why not an MBA or Business Studies.


Kang lepas jadi Engineer 5 taun boleh jadi CEO. Hahaha. Angan-angan kena up. Btw interview kelmarin tu dengan Rio Tinto Alcan, largest Aluminium Producer in the world. Company Canada. Kalu dapat macam best, tapi kena buat sampai 6 bulan, sampai awal September. Huhu.


Hati kecil aku ni meronta-ronta nak spent masa kat Malaysia lama-lama nanti summer ni. Kalu intern sini, mati la aku puasa masa summer. Subuh masuk jam 3 pagi, maghrib pukul 11 malam. Aiyoo manyak susah maa.


Kita tunggu dan lihat saja. Sekian, demikianlah kisah seorang aku di hari Sabtu.

Aucun commentaire:

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?