Kisah hidup seorang aku. Tapi bukan aku, aku laen.. Rekaan semata-mata.
Saya ni baru abis belajar. Graduate Bachelor in Mechanical Engineering, dah tiba masa nya cari kerja. Wah akhirnya saya dapat kerja. Saya jadi Jurutera dengan satu syarikat asing. Gaji saya dapatlah RM3000 sebulan dengan elaun. Kata kawan saya yang keje syarikat minyak, boleh dapat sampai RM5000 dengan elaun sebulan.
Alamak, cam mane saya nak pegi keje? Naik LRT macam best, bayar RM100 sebulan unlimited ride. Tapi tempat kerja saya jauh tak ada coverage LRT. Erm naik kapcai lah. Tapi ari ujan macam mana yer? Terpaksa lah saya pecahkan bank beli kereta sebijik.
Aduhh duit tak banyak, kalu banyak pon rugi lah bayar kereta sekaligus. Kereta nilai dia cepat susut, rugi. Tak kisahlah, janji ade RM5000 boleh bayar muka Myvi. Bulan-bulan saya bayar lah RM500 selama 9 tahun. Tak mo bayar interest tinggi saya bayar RM800 untuk 5 taun.
Nilai Myvi paling murah RM43000. Viva RM28000. Gaji saya RM3000. Duk rumah sewa dengan kawan, RM1000 bahagi 4 orang untuk 4 bilik, RM250. Oh ya naik kete bukan ada lembu boleh tarik, bagi makan rumput. Kite kena bayar minyak RM1.80 seliter.
Aiyooo macam mane ni, kereta selesai beli minyak. Tukang bawak kena makan nasik. Nasi lemak dengan teh tarik pagi-pagi RM3 lah. Makan tengah hari nasi campur RM5, dapat ke?
Ape lagi yer? Haa saya ada mata air. Nak miskolazarroting atau bersms atau berkoling-koling kene pakai iPhone. Erm. RM2000 sebijik bulan-bulan bayar RM100 untuk servis.
Erh Malaysia ni panas terik, nak kena pakai Rayban Wayfarer bawak kete tengah hari jumpa klien. Walaweh melayang laah RM400 aku. Apa lagi apa lagi. Haaa. Kite cakap pasal rumah, ada bil air elektrik lagi. Streamyx ngan astro. Streamyx brape, RM60 sebulan kan? Pastu astro RM60 dapat?
Gaji dengan Bachelor' Degree (median) : RM3000 & €2000
Sewa rumah : RM250 & €300
Makan tengah hari : RM5 & €4
Beras basmati sekilo : RM6 dan €1.3
Internet, telefon rumah dan astro : RM130 (Internet siput dan astro sahaja) ; 30€ (Internet laju gile babi, astro dan telefon rumah unlimited)
Iphone : RM2000 & €200
Bil henpon bulanan : RM100 & €40 (2jam, unlimited ke 3 nombor, internet, sms dan mms unlimited)
Kereta 1st hand dengan RM43000 & €43000: Malaysia(Myvi) & France (BMW 3 series)
Satria Neo : RM50000 Volkswagen Scirocco : €23000
Petrol : RM1.80 & €1.40
Roti : Gardenia (RM2) & Harrys (€1.30)
Susu : RM3 & €0.60
Perfume Dunhill Feveret aku : RM200 & €40
Jersey Manchester United : RM270 & €70
Wallet CK : RM200 & €60
Jeans Zara : RM250 dan €50
Tiket Flite gi NY : RM4000 & €500
Ayam sekilo : RM6 & €3
Sehujan emas mana pon tempat orang, tak ada makna kalau jauh dari orang tersayang. Apa guna kau bawak BMW330ci tanpa family tersayang atau awek yang jauh di seberang lautan Atlantik..
Apalah sangat sekadar mendengar suarah Mama dan Abah tersayang di skype melalui Iphone berbanding pakai nokia 3310 tapi setiap hari boleh menatap wajah suci mereka, at least sebulan sekali ke secara face to face, dapat cium tangan mereka..
Ingatlah maybe negara kita tak sehebat negara mat salleh ni. Tapi banyak lagi negara yang keadaan nya lebih cap ayam dari negara kita..
Apa lagi, kitalah generasi muda yang akan bangkitkan, akan majukan negara kita..
Dari satu sudut, kalu kite sibuk nak keluar negara, sapa nak majukan negara? Tapi pada masa yang sama, salahkah kita keluar negara untuk majukan diri kita kemudian kita bawa kemajuan ke negara kita? Adakah kita boleh dikira sebagai tamak dan pentingkan diri sendiri?
Viva harganya RM28000. Tapi ada airbag kah? Ada ABS kah? BMW 320i harganya €30000. Ada 7 airbag, bawak 110kmh pon schlumberger (slamber jer). Tak terbang ke kalu bawak Viva 120kmh?
Sorry aku bukan nak menghina atau merendahkan nya, tapi hanya bercakap tentang realiti kehidupan. Aku pon nanti keje kat Malaysia mane ade duit nak pakai kereta mahal. Tolong jangan anggap statement tadi satu penghinaan. Aku cuma bandingkan 2 keadaan.
Tapi aku tak kisah kalau harga barang nak naik sokmo pon.. Tapi tolonglah gaji naik sekali sayang :)
Las sekali, macbook pro : RM3000 & €1200.....
Hehehe ade makna ni..
3 commentaires:
kiranya ko nanti balik kerja kat malaysia ker kriey? baguslah mcm tu. betul kata ko tak salah pergi luar negara pastu bawak balik pengalaman tu untuk gunakan kat tanah air. aku tak kisah sangat pasal kereta tu tapi yg bawah sekali tu tak tahan.. macbook pro tu buat aku jealous. ha3..
"Oh maturity's a wrapped up package deal so it seems;
And ditching teenage fantasy means ditching all your dreams;
All your friends and peers and family solemnly tell you you will;
Have to grow up be an adult yeah be bored and unfulfilled;
Oh when no ones yet explained to me exactly what's so great;
About slaving 50 years away on something that you hate, about meekly shuffling down the path of mediocrity;
Well if that's your road then take it but it's not the road for me"
- Frank Turner (Photosynthesis)
macbook ppro rm3000 ke??ak ingt 5 ur maybe 6 k...nak jgakkk..huhu
Enregistrer un commentaire