Aku pernah berkata 'wala takrobu electrical wa electronics wa computer sciences'..
I am writing something I always write or talk about.. Don't tell me I didn't remind you about the fact that there are something familiar you read in my previous entries..
Lebih 5 tahun lepas, September 2006 aku terbang ke bumi Perancis ini dengan harapan selepas 7 taun berkelana di bumi asing ni, dapatlah aku pulang ke Malaysia di musim panas 2013 dengan 3 gulung ijazah (Diploma, Sarjana Muda(Degree) dan Sarjana(Master)) atau sekeping Diplôme d'ingénieur (setaraf Master, diperoleh setelah 5 tahun berhempas pulas di Sekolah Kejuruteraan.
Mula-mula, September 2006 sampai Jun 2008 aku berhempas pulas selama 2 tahun di La Rochelle untuk program persediaan, macam STPM/Matriks/A-Level la. Hoo nyawa-nyawa ikan aku survive. Serius bukan senang.
Alhamdulillah, lepas la untuk sambung Diploma Industrial Engineering selama 2 tahun di Angoulême. Industrial Engineering(IE) ni sangat senang, stadi minimum gile pon buleh lepas. Diploma sini 2 taun je tak macam kat Malaysia 3 taun, sebab sini pack gile kelas 35-40 jam seminggu, 8 pagi sampai 6 petang hampir setiap hari.
Sekali lagi dengan result cukup makan, lepas laa aku sambung degree Systems Engineering untuk setahun, masuk final year terus. Sini berhempas pulas gile babi, lepas laa sem 2, sem 1 sangkut. Adehh.
Semester 1 taun lepas (September 2010-Jan 2011) sangat mencabar minda, academically and personally. Academically sebab aku sejak lepas preparation tak pernah belajar Electrical subjects tahap tinggi, sekali masuk² terus belajar final year subject untuk budak Electrical Engineering iaitu Sensor, Signal Processing dan Control Engineering.
80% budak kelas aku bekas pelajar Electrical Engineering. Terkapai2 lah aku dengan hantu lain yang tak pernah belajar benda ni. Akibatnya kaw-kaw punya phail untuk sem 1.
Nasib baik sem satu dah belajar yang susah, sem 2 belajar Power Electronics yang senang sikitttt je dari subjek sem 1 tadi tu, Alhamdulillah lepas sem 2. Tapi sini cibai, sem 2 dan sem 1 dikira berasingan, tak boleh saling back-up macam sem 1 dapat 8 then sem 2 dapat 12, kire lulus. Gi mampos kate universiti aku. Maka terpaksalaa aku terkapai-kapai extend 1 sem a.k.a repeat sem 1.
Sekali taun ni, dia buat undang-undang baru.. Kedua-dua sem boleh saling back-up meng back up dengan kata lain, markah kedua-dua sem di combine kan. Nasib badan..
Tapi Alhamdulillah sem ni senang laa faham sebab buat balik subjek taun lepas kan. Jadual pon makin relax sebab tak perlu amik semua subjek. But still.. Kelas 20 jam jugakk.
Padan muke, sape suh gatal nak tuka course, konon nye sanggup mengharungi onak berduri semata-mata untuk mantapkan diri dengan 'multi-competence', hangin sangat nak masuk final year untuk course yang amat asing.
Hikmahnya, lama sikit aku dapat taraf student. Best ape jadi student tajaan kat sini. Elaun pon banyak. Kalu kerja pon tak hidup senang gini. Takdelaa banyak sangat elaun, tapi cost of living tu tak mahal sangat. I mean if we compare the allowance I get and the cost of living here.
Contohnya, kata kan aku dapat 1000 Euro sebulan, ayam sekor sini baru 4 Euro. RM1000 kat Malaysia, ayam sekor brape adik? 50 Euro sejam tapi bukan full service. Opss silap. RM15 kot?
Sedapkan hati je tu.. Padahal dalam hati dah sentap gile babbbs punye tengok kawan-kawan yang belajar UTP sama-sama dulu dah start kerja best-best, berkira-kira nak beli keta ape, nak kawen bla bla bla bla...
Secara kontraknya, aku diikat oleh penaja sampai Master. Sepatutnya kalu tak kantoi sem lepas tu, sekarang ni, starting September 2011 ni aku dah mulakan program master 2 tahun.
Memandangkan aku kantoi dan kena extend degree 1 sem sampai pertengahan Januari ni, aku cuma boleh mulakan master bulan September taun depan. Tak boleh start bulan 1 lepas abis sem yang aku extend, sebab sini cuma ada satu intake.
Aku pon dah tawar hati nak sambung master kalu diikutkan hati kecilku ini. Tapi apakan daya, I have to honour my contract. A deal is a deal, rule number one kata Frank Martin dalam movie The Transporter.
Tapi belajar kat France ni tak semudah kat tempat lain. Failure and extension are just something common. They're just a part of a student's life here. Let me give you a fact, an ugly truth. Out of 33 Malaysian students of my batch sent by my beloved sponsor, 15 of us, myself included, are sure to extend out lovely stint in France.
Sebenarnya belajar sini tak susah pun, cuma yang jadikan nya susah ialah belajar banyak sangat. Tak sempat nak kejar, nak catch up. Bayangkan lah kelas biasanya lebih dari 30 jam seminggu.
Satu lagi yang sebabkan kelas pack tu, kami sini diwajibkan buat banyak praktikal. Macam aku, setakat 3 taun buat degree, dah lebih 10 bulan internship telah aku buat. Kalu sambung master, at least kena tambah lagi 6 bulan praktikal. Setengah universiti tu sampai 9 bulan untuk master.
Macam praktikal aku yang final year degree baru ni, syarat universiti suruh 4 bulan je. Tapi offer aku dapat satu tu, suruh buat sampai 6 bulan. Dah laa kat France. Tapi bestlaa, gajinya sangat lumayan, dengan scholar, dapat claim elaun praktikal dengan penaja lagi. Pendapatan aku kalu aku accept offer aritu, boleh mencecah 2500 Euro sebulan.. Aku idup sini, 500 Euro dah boleh idup senang dengan bayar sewa bil semua.
Tapi orang-orang tersayang memanggil-manggil di bumi Malaysia tercinta.. Maka terimalah aku offer yang financially not interesting di Malaysia itu. Dan aku malas buat 6 bulan, buatlah aku 4 bulan di tanah air tersayang.
Trust me, money is no longer something that can bring me happiness here. Muak nyerr dah 6 taun duk bumi omputeh ni. Sorry laa merapu di tengah malam ni.. Kepala mereng sikit sebab lusa ada test Signal Processing.
Last week ade 2 test, Solid Mechanics ngan Materials. So weekend aku rehat puas-puas, malam ni(Ahad malam) baru start struggle untuk Signal ni. Dulu kemain aku kata, 'wala takrobu electrical electronic wa computer science'. Hamik sekali Tuhan bagi aku bergelumang dengan mereka kaw-kaw punya.
Sabor de minas jelaa. Erh tu nama restoran kat Portugal dulu. Sabor jelaa. Minggu ni kelas seminggu ngan test tu, pastu yeahh cuti seminggu lebih start Sabtu sampai Selasa sana nuu. Jom kite ke Balkan countries.
2 commentaires:
financially not interesting~ ahaha
absolutely.. haha
Enregistrer un commentaire