mardi 15 novembre 2011

Luahan rasa hati.

Kadang-kadang, aku sangat stress dan rasa macam sakit jiwa, bosan dan kesunyian kat bumi Sarkozy ni. Jarang aku keluar malam. Kawan-kawan ramai tinggal di kampus, yang tinggal kat bandar ni pun bukan jenis socialize. Satu lagi bas malam tak banyak, kalau takde kenderaan sendiri memang susah lah.


Nak kata aku tak pandai berkawan dengan omputeh, pegi mampos. Dulu masa diploma selalu je aku lepak ngan dorang, bersosial apa semua. Tapi universiti aku sekarang ni bangang, Sciences Faculty jauh dari bandar. Budak tak ramai duduk kat residence around sciences faculty. Majoriti tinggal di residence di main campus university. Bandar pula terletak antara campus dan faculty tadi.


Aku tinggal di bandar sebab kalau di campus, 1 jam naik bas nak pergi faculty. Dari bandar ade lah 30-40 minit. Masalahnya sewa bandar mahal, ramai student tak mampu. So kesunyian aku disini, aku jadi mangsa keadaan. Tak nak jugak salahkan diri sendiri.


Hidup aku kat sini memang sangat berbeza dengan hidup aku kat Malaysia. Di Malaysia, tak menang tangan aku layan kawan, ramai sangat. Kejap-kejap keluar. Keluar, keluar dan keluar.


Sebab aku banyak sangat keluar, beberapa kali aku bertegang leher dengan parents aku. Mereka bukan jenis orang suka keluar, mereka family guy yang sangat bagus, fully dedicated to family. Tapi aku jenis manusia suka bersosial. Suka lepak dengan kawan-kawan di luar.

Bila aku balik France, aku menangis sorang diri dalam bilik, tekanan yang amat sangat, aku sunyi. Aku tak ada ramai kawan yang best macam di Malaysia. Aku menyumpah seranah sorang diri, bengang dengan hakikat aku selalu kena marah di Malaysia.


Aku bercakap sorang diri, berharap parents aku ade di sini dan lihat betapa bangsatnya hidup aku kat bumi durjana ni, betapa tensen dan stress nya aku hidup sunyi, dah lah belajar susah.


Belajar ni, kalau susah tapi tak sunyi, ramai kawan, sure sangat seronok lah. Bak kata Brothersdalam lagu mereka 'Teman Sejati', "dengannya disisi, perjuangan ini senang diharungi", 'nya' dalam lirik itu merujuk pada kawan.


Bukan aku nak sangat luah kat blog, macam orang bodoh tagih simpati online. Tapi aku tak ada tempat mengadu. Mengadu kat mak bapak, makin sakit hati kena marah. Sekarang mereka tak marah, tapi bila aku counter argument mereka bila mereka marah aku di Malaysia dengan fakta ni, mereka tak faham.


Ni aku tengah tensen sebab bosan. Aku baru call rumah tadi, konon nya nak mengadu aku bosan dan melenting slow-slow kat mereka pasal mereka duk marah aku keluar memanjang kat Malaysia. Tapi bila dengar suara abah dan mama aku, aku tak sampai hati.


Mereka orang baik, mereka parents yang sangat baik. Aku sayang parents aku. Tapi aku manusia, parents aku pun manusia. Kadang-kadang ada salah faham.


Sekali lagi, maafkan aku tulis entry macam orang bodoh tagih simpati. Tapi tolonglah, bukan pilihan aku untuk jadi bodoh luahkan perasaan di blog. Tapi aku tak tahu pada siapa mahu mengadu. Pada Tuhan? Checked.


Orang diluar sana yang belajar di Malaysia, janganlah kamu merungut kata tak bertuah sebab tak dapat belajar overseas. Percayalah setiap kejadian Allah ada hikmahnya.


Mungkin di mata korang aku bertuah sebab dapat belajar overseas, dapat kenal tempat orang, dapat travel ke huluke hilir yang pada kamu semua ini hanyalah impian. Sedarlah sikit, jauh di sudut hati aku ni, aku merana kadang-kadang.


Dalam hidup ni, kita tak boleh dapat semua yang kita nak, bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Aku ada ape yang korang nak, korang ada apa yang aku nak. Takpayah kita jeles sesama kita, bersyukur saja dengan apa yang ada.

Aucun commentaire:

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?