Fev : Tiring month with two long distance journeys.. Skip kelas seminggu untuk balik ke Malaysia selama 10 hari sempena kahwin mak cik aku yg paling bongsu.. Balik jugak sebab pasni tinggal cucu je laa kawen makcik pakcik suma da selamat.. Sape la cucu next in line yer?
Tak sampai 10 hari balik ke France, sekali lagi aku mencemar duli keluar.. Kali ni merentas Atlantic untuk bertemu kekasih hati lah pulak.. Selain dari letih long distance travelling, rasanya takde ape yg menarik dah..
Mar : Nothing special, internship hunting and interviews. Alhamdulillah murah rezeki kat France dpt Rio Tinto dan Magnetti Marelli. Kat Malaysia pon not bad offernya. Bulan ni masih dilemma tak tau nak intern kat mana.. Bukan senang nak decide tu bang.. Berbagai factor perlu di consider..
Apr : Akkhirnya bermula lah 'cuti' panjang. Patutnya bachelor aku abis april ni, tinggal internship je 3 bulan. Tapi apekan daya, sem Sept-Dec haritu buat hal. Dia lebih mengetahui dalam perancangan-Nya. Kita terima saja kehendak Yang Maha Esa itu..
Sebelum balik ke Tanah Air tercinta pada bulan Mei, aku lepak di US lagi untuk sebulan. Ceitt baru lagi lepak situ kan, tak sampai 2 bulan lalu di bulan Februari? Kali ni untuk graduation girlfriend guwe lah pulak.
May : Separuh pertama bulan ni lepak US lagi.. Seronok la tengok orang grad, hepi je. Kat France ni mane nak ade bende2 ni. Glad that I was able to be by her side for the commencement. At least there was a banquet of daisies from me..
Pastu balik France 2 hari untuk renew visa, then balik lah ke Malaysia..
Kat Malaysia tak cuti pon, training je. Kan dah cuti sebulan di US. Sedih laa United kalah lagi pada Pep Guardiola. Training seminggu dah ade anniversary dinner. Dapat nomination untuk best dress beb wahhaha.
June : Nothing special, cuma bahagia lah duk rumah dengan family, dekat pulak dengan buah hati. Kerja, kerja dan kerja. Ade aktiviti baru, gym lepas balik keje. Akhirnya merasa pakai coverall orang-orang keje minyak pakai haha. Poyo jer. Yesss dapat result, aku lepas sem ni!!!!!
July : Sama dengan June, cuma bezanya ada trip 4 hari ke Pulau Perhentian.. 1st time pegi pulau di Terengganu walaupun menetap di situ lebih 20 taun sejak lahir tu. Training macam biasa, sangat best sebab orang2 situ semua best-best.
Aug : Keje keje dan keje.. Akhirnya berakhir lah training, dan akhirnya raya! Alhamdulillah dapat beraya di Malaysia bersama keluarga tersayang.. Merana beb 4 taun beraya di perantauan. Tu kire ok la, senior aku ade yang sampai 9 taun..
Sep : Raya dan prepare balik France la. Permulaan goyah dalam pelajaran, tapi Alhamdulillah ok balik.. Sakit hati sebab patutnya dah start master, tapi aku masih terkapai2 untuk habiskan sem terakhir bachelor ni.
Oct : Kelas kelas dan kelas kau Maria. Dan beberapa weekend getaways and a week break. Mula-mula satu weekend pegi Paris sebab ada kawan aku dari Malaysia datang pastu weekend berikut ke Lyon. Finally sampai, dah lama aku mengidam gi sini. Kemudian akhir bulan ada cuti seminggu aku ke Slovenia, Bosnia dan Croatia.. Dan Disneyland!! Alhamdulillah, di bulan October ni finally aku dapat merasa Disneyland dan Lyon..
Nov : Seriously nothing special, been busy with classes, labs and tests.. Kept on counting the days.
Dec : Final exam.. Alhamdulillah serasa aku, insya Allah lepas. Tapi tak tau la, nanti lambat sikit baru dapat result. Pastu ape lagi, terbang ke U.S untuk kali ketiga dalam tahun 2011 dan kali kelima sejak 2009. Cuma bezanya, 4 kali sebelum ni destinasi sentiasa New York.
Tapi kali ni, dah tak ada kepentingan dan komitmen di sana, so ape lagi Los Angeles lah, Vegas man! Kata bujang. Bachelor party in advance gitu. Percutian favorite aku sebab relax, tak terkejar ke mana2 pon.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, 2011 bagi aku tahun berjaya dan bahagia. 2012 ni cuma target nak kurangkan Subuh gajah. Subuh gajah settle, tapi sejak semalam aku terlepas zohor dan asar ni. Cam mana, jet lag.. Siang aku tido pukul 9 pagi sampai 6 petang, malam tak tido langsung.. Nasib badan,
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire