lundi 2 janvier 2012

Lesen untuk sentap avec 'e', bukan santap a.k.a makan.

Perh, awal taun, nak masuk hari ketiga pon dah nak sentap? Cam mane ni der. Ce cite ce cite. Meh sini kite dengar cite aku.. Tak tau lah panjang ke pendek, tak draft. Tulis on the spot je ni kan, keh keh keh.


Once upon a time, il y a longtemps, suatu ketika dulu.. Aku pakai nombor maxis yg berakhir dengan nombor Valentino Rossi. Nombor ni tak cun sangat, tapi bukan tabiat aku tukar nombor macam orang bodo menyusahkan orang nak cari dan aku nak cari orang.


So walopun aku terbang keluar dari Malaysia, aku tetap maintain nombor ni dengan topup setiap 3 bulan sekurang-kurangnya RM5, tu syarat minimum untuk kekalkan keaktifan nombor pada waktu tu, taun 2006 tu tak wujud lagi Youth Pax la ape lancau yang membolehkan akaun hidup tanpa mati walopun tuan nombor dah terbongkang di alam barzakh.


Err, walopun syarat minimum topap RM5 3 bulan sekali, aku tetap main ngelat dengan mintak abah aku topapkan rm30 sebulan kadang2, dengan harapan aku balik summer telefon aku gemok dengan kredit hehehe.


Alhamdulillah berkat hidupku yang penuh disiplin, aku berjaya kekalkan hubungan cinta kami iaitu aku dengan nombor kesayanganku ini selama hampir 5 taun, sehingga tahun 2010. Cinta kami berkubur dek kealpaan aku, kelekaanku mengejar nikmat dunia i.e sibuk praktikal, apply degree dan pindah rumah, akibatnya aku lupa topap 3 bulan....


So ape lagi, babai la nombor kesayanganku. Seperti biasa, nombor yang tidak aktif dikitar semula dan dijual semula sebagai pek prepik ataubahasa standardnya prepaid, dan dibeli oleh mana-mana hantu ketandusan nombor atau mana-mana jantan kabaret yang nak bela gundik tanpa kekantoian dengan bini nombor satu..


Tapi aku ni pencinta nombor. Bukan buaya emas atau tembaga. Aku pencinta yang setia, tak suka tukar-tukar pasangan atau tukar nombor ni. Aku jejak jugak mala'un yang pakai nombor ni. Kire mala'un yang merasa bekas aku lah.


Aku pon deal lah dengan mamat ni untuk beli balik nombor aku ni. Melayanglah RM50, dah la aku yang letak harga. Letak RM10 pon dia layan kot. Dengan tergesa-gesa dan tak pikir panjang, aku pass duit, amik simcard tanpa amik contact detail atau salinan i.c mamat tu.


Aku rase kalu awek yang pakai nombor tu, bukan setakat nombor aku rasa siap ambil gambar ngan dia. Untung2 buat jadi gundik atau perempuan simpanan aku. Kah kah kah otak kabaret sungguh. Na'uzubillahiminzalik...


Kenapa tergesa-gesa? Sebab mamat tu duk kat Bandar Al-Muktafi Billah Shah. Kami sekeluarga dari KL, dalam perjalanan nak balik KT. Mak Pak aku tergesa-gesa la nak sampai rumah. Sentap aku.


Consequence nye, sekarang benda durjana ni menghantui aku. Setelah sekian lama berkasih sayang secara haram melalui prepaid, aku ingat nak lamar nombor aku ni jadi bini aku yang sah a.k.a jadikannya post-paid atau bil.. Baru afdhol tafaddhol masykuro kan.


Tapi hajat aku tak kesampaian. Biasalah, nak nikah kena ada wali. At least nikah dengan manusia wali dia berperingkat-peringkat. Tapi henpon ni kuang haja sikit, nak pakai bapak dia jugak. Dengan kata lain, aku kena ada at least salinan i.c tuan lama nombor ni.


Tu menurut tok kadi aku jumpa kat butik maxis tu la. Aku masih mencari mana-mana tok kadi yang boleh nikah. Erh merapu.


Aku masih mencari jalan cam mana untuk dapatkan contact budak tu untuk convert nombor aku ni pada post paid, atau mana-mana operateur yang accept untuk terima nombor ni tanpa contact detail budak tu. Arhhhhh cam mana ni???


Mintak maxis bagi contact budak tu memang tak lah, confidential katenye.


Tulun!

Aucun commentaire:

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?