samedi 29 décembre 2007

2 hari sebelum masuk 2008.

Ok, cepat gile mase berlalu. Dah 29 Disember.
Seminggu cuti aku dah habis. Tinggal lagi seminggu je.
Kalaulah cuti aku lagi panjang.. Hu hu hu..

Aku suka cuti sebab boleh tidur selewat-lewat yang aku nak.
Nak bangun lewat mana pun suka hati aku jugak.

Hari ni macam biasa aku bangun lewat, tak payah tanya jam berapa.
Malu aku nak cakap.

Lepak je sementara tunggu zohor.
Lepas solat, aku pun keluar la nak beli ayam.
Projek hari ni, aku nak makan ayam goreng kentucky macam KFC tu.
Nak pergi Bordeaux malas. Tak ada apa yang menarik selain KFC kat situ.
Buang 50€ je kalau aku pergi.
Tiket pergi balik dah 25€, makan KFC lebih kurang 20€ gak kan.

Jadi baik la aku beli ayam 5kg baru 12€. Dulu 10€ je. Harga ayam pun naik kat sini.
5kg ni dapat la 16 cuisse (paha sampai atas sikit, macam 1/4 ayam bahagian kaki Ayamas).
Biasa aku kongsi dengan kawan, tapi dia dah pergi bercuti.
Tinggal la aku untuk membantai ayam-ayam ni.
Senang je nak abis, makan 4 cuisse ayam goreng 1 hari. Ha ha ha.

Tadi masa mula-mula sampai, kedai aku beli ayam tu tutup rehat kot.
Patut lah aku telefon dia tak angkat.
Kebetulan ada mak cik 2 orang kat situ, aku tanya la masjid mana.
Nak solat Asar dulu kalau boleh.
Dia cakap masjid jauh sikit. Solat kat bilik je la nanti.

Aku pun lepak la kat Mediatheque Villeneuve tu sementara tunggu kedai buka balik.
Sempat la baca L'equipe dengan majalah Onze. Semua aku baca pasal bola.
Ada satu lagi majalah menarik tapi aku lupa tajuk dia. Aku selalu baca kalau kat Mediatheque.
Majalah untuk pelajar.
Menarik sebab ada artikel pasal bidang yang boleh diambil lepas Baccalaureate.

Lepas lepak lebih kurang setengah jam, aku pun pergi la ke kedai tu.
Nasib baik buka. Kalau tak, kempunan aku.
Aku pun balik bilik la lepas beli ayam tu.

Sampai bilik aku solat Asar, Maghrib sekali baru la mula projek.
Musim sejuk ni waktu solat pendek.
Subuh masuk pukul 730, habis pukul 850 lebih kurang.
Zohor jam 1310, Asar 1510, Maghrib 1730, Isya' 1840.

Aku buat ayam ni guna tepung Adabi yang aky bawak balik masa balik Malaysia.
Silap teknik, aku minum air 3 gelas sebelum makan.
Jadi dapat makan sikit je. 2 cuisse je sebab kenyang air.
Tak apa, esok jangan minum dulu baru makan.
Senang-senang je habiskan 2 cuisse.

Hari ni sedih sikit. Manchester United kalah 2-1 lawan West Ham.
Apa lah sial sangat lawan West Ham.
Musim lepas 2 kali lawan pun kalah.
Tak pernah menang lagi dalam 3 perlawanan lawan West Ham sejak dia naik EPL balik.
Kemenangan Arsenal 4-1 lawan Everton ibarat lemon masam, garam atau bara api puntung rokok yang panas dicucuk ke luka akibat kalah lawan West Ham!
Tak lama kami di persada liga.
Tak apa, nanti rampas balik takhta liga tu.

Nasib baik Terengganu menang lawan Perlis.
Hebat, sebelum ni menang lawan Kedah.
Kedah, Perlis kan pasukan hebat dalam Liga Super, duk kat atas je.
Sekarang Terengganu berkongsi 10 mata dengan Kedah dan Selangor.
Kedah paling atas, Terengganu ke-2 sebab beza jaringan.
Harap kali ni menang la Liga Super ni.
Rakan sekolah aku masa darjah 6, Muhaimi Omar pun dah masuk pasukan Liga Super Terengganu.
Tak sangka dia main bola sejauh ni.
Siap nama dia disebut untuk main Sukan SEA 2 tahun akan datang.

Ok la, sampai di sini dulu untuk kali ni.
Bila la aku dapat buat satu rumusan pasal tahun 2007 aku.
Harap dapat buat sebelum masuk 2008 la.

Selamat jalan!

2 commentaires:

wénkt a dit…

oh
masa ni la aku call ko
haha

victoire a dit…

mase tulis ni ke??

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?