dimanche 9 décembre 2007

Gatal tangan, sejuk.

Huh, tangan aku gatal, nak tulis gak Arsenal kalah lawan Boro. Ha ha ha.
Apa yang aku ramal sebelum ni nyata benar.

Erm, hari ni sangat la bosan.
Siang tadi angin kuat sangat, sampai aku mula-mula nak keluar kena balik.
Tak tahan angin kuat dengan sejuk lagi.
Kalau setakat sejuk tak ada angin, pakai sweater pun boleh tahan.
Tapi dengan angin, tak tahan aku nak melawan arus angin.

Sejuk gini sedap tidur, berhibernasi dalam selimut tebal.
Bila berada di sebalik selimut tu, rasa suam, panas-panas je.
Memang liat sangat aku nak bangun tidur sekarang.
Mesti sedap gila tidur, hibernasi puas-puas 2 minggu cuti.
Bangun makan je.

Lama lak aku tak kemas muka.
Tiap kali mandi aku malas bercukur sekarang.
Dah masuk minggu kedua kot. Dalam proses nak jadi Osama bin Laden.
Nak lawan Prof aku, Frederic Testard dengan Jean Francois Viaud. He he he.
Lama aku rak biar bersemak macam ni.
Biasa aku rajin jaga, walaupun aku paling benci menguruskan rambut.
Sebab tu aku simpan rambut panjang, tak payah nak jaga kena potong selalu.
Kalau rambut pendek, tak boleh panjang sikit, terus buruk jadinya.
Dulu kat Malaysia kejap-kejap potong tepi, kemas siit-sikit.

Aku rasa ada tetamu tak diundang disini.
Bukan maksud aku orang nak datang sini kena dijemput.
Tapi tetamu tak diundang ni maksud aku orang yang datang tapi nak kutuk-kutuk lak apa aku nak cakap.
Macam biasa la, mulut dengan laptop orang mana boleh kita nak kawal, jaga kan.
Mana boleh kita nak kawal dia jangan tengok blue, apa-apa je lah.
Suka hati mak bapak aku la nak cakap apa pun kat sini.
Kalau tak suka, sila cabut, tolong jangan sakitkan hati aku.
Aku kalau nak buat benda ni terbuka untuk orang tertentu, susah pulak.
Sebab ada orang yang aku nak dia datang.

Ok la, setakat ni je aku mencarut.
Au boulot..!
Berakhirlah satu minggu yang sangat menarik untuk aku.
Diakhiri dengan bergaya sekali ; Arsenal kalah, Liverpool pun kalah. Ha ha ha.
1 mata saja, main sama banyak. Cantik!
Lagi satu, Adebayor jual sayur tak sumbat gol.

Esok nak bangun awal, dengan angin kuat sejuk-sejuk ni, musykil aku.

Ok, cukup, au boulot!

4 commentaires:

Anonyme a dit…

hehe rilek²,,chill² bro

shinichi a dit…

padan la muka arsenal
lame doh aku dok puah ati
nak2 tgk si amin oo
panas nye ati
=)

AISHAH roslan a dit…

hallo hallo La rochelle. rindu amat ngn LR ni ;) thank god. today is better than ysterday. HAHA.

Camille a dit…

ooo INJURY BANYAK.. ceh;; bukan alasan.. ngaku je kalah sebijik.. adoi...

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?