Betapa cepatnya masa berlalu. Hari tu hari Ahad, ni dah Khamis.
Esok Jumaat. Elektrik tak ada kerja, jadi hujung minggu aku dah mula.
Baru lepas baca Utusan. Ada orang kena tahan bawah ISA.
Aku tak nak komen apa-apa.
Cuma nak cakap yang bagi aku, ISA ni benda yang sangat mencabar fizikal.
Tak kisah lah penahanan macam mana pun, kena soal siasat biasa dengan polis pun dah dahsyat.
Erm, semalam pun aku baca pasal benda yang dahsyat gak.
Tak habis lagi dahsyat semalam, baca pulak pasal ISA.
Semalam entah macam mana, aku terbaca pasal 'Nazi's human experiment' kat Wikipedia.
Gila ujian-ujian yang dia jalankan ke atas manusia.
Antaranya, manusia dibogelkan dan dibiarkan terdedah dengan cuaca ekstrim.
Tajuk eksperimen : Mengkaji hubungan antara kesan cuaca sejuk ekstrim dengan reaksi manusia.
( format laporan amali masa sekolah dulu beb, kena letak pembolehubah manipulasi dengan bergerakbalas )
Malas la aku nak tulis laporan mendalam eksperimen ni.
Tapi sangat kejam.
Aku yang bawak basikal tak pakai sarung tangan dalam suhu lebih kurang 1, 2 darjah pun dah rasa macam nak mati tangan.
Main bola tak pakai sarung tangan pun sama.
Ini kan dibogelkan manusia dalam suhu melampau tu.
Tujuan dia untuk cari penyelesaian biar askar Nazi dapat bertahan dalam cuaca macam tu.
Lagi eksperimen dia yang guna radiasi pun seram aku baca.
Mula-mula dia panggil bahan eksperimen untuk isi borang la kononnya.
Isi borang dalam satu bilik, 2-3 minit je.
Mangsa tak akan sedar eksperimen ni dijalankan.
Sebabnya masa dia isi borang tu lah radiasi dipancarkan.
Tak lama, mangsa akan mati dalam seksa, darah keluar dari kulit, macam-macam lah.
Kalau nak baca detail lagi, buka wikipedia la. Siap ada nama doktor kejam tu lagi.
Lebih dari separuh bahan eksperimen mati.
Bahan eksperimen biasanya orang Yahudi dan Russia tak silap.
Tak cukup dengan eksperimen, hukuman dia guna pun dahsyat.
Ok, cukup pasal benda dahsyat ni.
Tadi aku tengok la kutipan pingat kontinjen Malaysia kat Sukan SEA.
Sekarang dah tempat ke-3. Banyak tu peningkatan.
Kalau kita ikut perkembangan dari awal, kira bagus la tu.
Sebab semalam pun kat tempat 5,6 aku tak pasti.
Bawah Singapura, Filipina, Vietnam dan Indonesia
Tapi sekarang tinggal Thailand dan Vietnam je kat atas.
Harap dapat la tempat kedua keseluruhan.
Thailand memang tak terkejar dah. 150 lebih emas. Kita baru 50 lebih.
Dah tak jauh dari sasaran, 60 lebih tak silap.
Kalau nak juara, kena la jadi tuan rumah.
Aku pun tak faham kenapa, tapi kalu main kat tempat sendiri memang dahsyat.
Macam masa 2001, kita juara, 110 emas rasanya.
Paling banyak kita dapat sebelum tu 80, tu pun masa jadi tuan rumah tahun 1989.
Tapi apa-apa pun, tahniah sebab dapat kejar balik tempat ketiga tu.
Bola kempunan semacam, entah sampai bila la jadi gini.
Layan bola orang putih lak.
Man U seri je semalam. Bagus lah budak-budak yang main.
Aku harap jumpa Lyon la, nak tengok kat Stade de Gerland ( eja? ).
Tahun ni kat Lille hari tu dah tak berpeluang nak tengok.
Poyo je aku tangok ada mamat tu sorang, rekod video lagi dia pergi tengok. =p
Aku ni nak jadi apa ni, macam taip berita sukan lak kan.
Erm, tengok balik apa aku buat dari hari Isnin.
Isnin ; macam biasa je, kelas Informatique pagi. Tapi petang sedih sikit sebab kelas terakhir dengan Frederic. Dia ajar Matematik, aku suka dia ajar. Tak lah terseksa macam kelas Fabienne. Lepas ni dia dah tak ajar, Jean Francois ambil alih. Ok la dari Francois seorang lagi tu. Petang lepas tu, kelas bahasa, semua macam biasa .
Selasa ; Rutin harian, hari paling padat macam biasa. Tak ada apa yang menarik. Jap, ada. Fabienne dah tak buat ujian atas kertas. Kali ni lagi mencabar, kat papan hitam. Selain dari tu, semua macam biasa.
Rabu ; Aku ingat dapat lah aku tidur dengan aman sampai dah tak boleh tidur pagi tu. Kusangka panas.. Sampai ke petang.. Rupa-rupanya.. Hujan di tengah hari. Haa.. Teka lirik lagu apa tu? Kumpulan AKAR yang nyanyi. Err, entah yang mana satu, tapi antara Dah Memang Betul, tak pun Baru Betul. Aku tau ada perkataan betul je. Sebab apa hujan? Sebab aku dapat panggilan kata kelas renang mula awal, jam 9 lebih, bukan 113o. Aku pun pergi lah lebih awal, tapi sampai lewat gak. Bagus la awal, boleh makan sebelum pergi amali petang tu, disusuli kelas bahasa yang sangat membosankan.
Khamis ; Erh, hari ni lah kan. Erm, pagi pergi kelas Fabienne. Aku tak sempat di sembelih 'au tableau' hari ni. Ha ha ha. Tamat je kelas dia, bermulalah hujung minggu aku. Petang kelas bahasa Perancis jam 1400-1600 je. Habis kelas, aku balik solat Asar jap, lepas tu keluar beli barang sikit kat Champion. Balik Champion, lepak-lepak, makan. Lepas makan tadi main permainan penipu. Dah bengang, aku tutup, layan internet lagi best, sesat la kat sini.
Sekarang aku tengah gila dengar lagu lama-lama, tak ada la lama sangat.
Lagu masa darjah 2, darjah 3,4 kot. Lagu Senario. He he he.
Lawak la lagu 'Zapin usik mengusik'. Kalau dengar nak gelak je. Lirik dia ringkas, tapi menarik.
Tinggal lagi seminggu, aku boleh la mula projek hibernasi nak jadi beruang aku.
Sampai disini karutan untuk kali ni. Au revoir!
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire