dimanche 20 janvier 2008

Kembali ke kelas..

Ok, sekali lagi hujung minggu berlalu. Masanya untuk kembali ke kelas.
Hari ni hari Ahad. Hari untuk siapkan kerja, rehatkan diri.
Pagi semalam aku dah selesaikan kerja Matematik semua, jadi lega la sikit hari ni.

Bangun tidur dapat SMS ajak main bola. Cantik, dah lama tak main bola.
Dah la cuaca hari ni panas. Tak la panas sampai berpeluh-peluh.
Tapi cukup untuk keluar bersiar-siar tanpa pakai jaket, baju sejuk.

Sementara tunggu main bola lepas Asar, aku pun rasa nak jalan-jalan.
Aku jalan sampai Pantai Casino, kat situ ada taman yang cantik jugak la.
Ada ramai orang berekreasi dengan keluarga.
Bukan senang nak dapat cahaya matahari di hari Ahad masa musim sejuk ni.
La Rochelle ni kan selalunya hujan je memanjang masa macam ni.
Diiringi dengan angin yang sangat kuat boleh tolak basikal kita.

Erm, 3,4 hari sebelum, atau mungkin seminggu, hujan je memanjang.
Alhamdulillah sangat hari ni panas.

Kat taman tu ada banyak spesies burung dengan beberapa binatang lagi.
Antaranya kuda, satu lagi aku tak tau apa nama dia.
Tapi kacukan antara kuda dengan apa entah, aku lupa.
Sebab mak cik tu terang kot Bahasa Perancis.
Vocab aku pasal binatang pelik kurang. Cheval tu aku tau la kuda.
Mak cik tu cakap dia selalu datang taman ni, saja-saja lepak bagi makan ke binatang situ.
Dia cakap, kuda dengan binatang kacukan tu suka makan gula.
Dia bagi la gula kiub tu depan mata aku.
Lepas habis suap gula, dia suap roti lak. Seronok gak tengok sambil borak dengan dia.
Katanya, ikan situ tak lapar, dia baling roti tak dapat sambutan.
Dah ramai sangat orang bagi makan, kenyang laa ikan-ikan tu.

Memang santai la jalan-jalan kat taman di kala panas macam tu.
Nikmat sebenarnya menikmati sinaran matahari dengan angin. Tak panas sangat.
Kalau kat Malaysia, gila aku duduk tengah panas. Basah kuyup laa. Ha ha ha.

Aku balik bilik, lepas solat Asar gerak la pergi main bola.
Lama dah tak main. Seronok gak main 4 lawan 4 ni.
Padang pun cantik, rumput hijau je.
Tapi sakit hati sikit sebab orang suka bawak anjing kat situ. Hu hu hu.

Ok lah, aku nak tidur pulak. Cepat je mengantuk bila kenyang sangat ni.
Malam ni makan nasi lauk tomyam. Buah pisang sebagai pencuci mulut.
Aku suka pisang sebab pisang tak pernah mengecewakan aku.
Kalau oren, kadang-kadang masam, tak dapat yang manis. Nenas pun sama.
Epal, tembikai susu pun sama.. Tapi pisang semua manis aku jumpa.

Lagi satu, akhirnya aku jumpa satu biskut macam biskut kegemaran aku kat Malaysia.
Alaa, biskut bentuk ikan kecik yang berminyak tu.
Sedap kunyah sambil lepak tak kisah buat apa, memandu, baca buku, tengok TV.
Ingat kan tak ada biskut gini kat Perancis. Tapi tak bentuk ikan la. Rasa sama.

Dah nak masuk minggu ke-3 Januari.

Ohh ya, lupa sikit.
Isnin, 21 Januari ulangtahun Aiman a.k.a eman, antara kawan baik aku.
Selamat Hari Lahir ke-20.
Kenal dia dari tingkatan satu. Mula kawan tingkatan 2.
2 tahun sekelas, duduk sebelah aku dalam kelas masa tingkatan 4 dengan 5.
Lepas tu sama-sama masuk UTP Jan 06, duduk sebilik pulak.
Tapi jodoh tak panjang, aku pergi Perancis.
Tapi kami masih kawan baik. Kalau balik mesti jumpa.


Gambar masa khatam Quran kat sekolah tahun 2005, tingkatan 5. Segak bergaya kami
Dari kiri ; E, eman ngan err.. Ulantahu E 23 Januari, selang 1 hari lagi.
Gambar ni diambil tepi tandas kegemaran kami. Untuk ponteng, macam-macam la.
Nak bergaya pun kat sini sebab ada cermin.
Tak sah hidup kami kalau tak masuk tandas cari cermin. Hehe.
Aku pernah kantoi ponteng perhimpunan dalam tandas ni.
Bangan aku dengan member aku 2 orang lagi, kami duk satu jamban. Mane tak kantoi.


6 commentaires:

fsj a dit…

walaweh, aku igt pempuan je cari cermin,
korang pun same ke? haha
ko pun pernah ponteng dalam jamban ke?
aku ngn kawan2 aku pun, muahaha, ponteng rollcall pagi,bosaN la,haha, terukkan :p

weh, taruk r gamba suasane kat tempat ko, msti best!

Mr A a dit…

rajin benor mu nulis..dekat tiap2 ari ade je entry..hahah..aku koho malas doh lening..dok pk ecole je..ehehe

Faizah a dit…

Nasrin pun suka makan biskut cam ikan tu..murahkan..tiap2 minggu mesti beli tuk dia..heheh

Pisang cni besar2 dan sedap kan..kami sefamily pun suka..

victoire a dit…

@ K H A Z I N A T U L A S R A R
biase laa.. hero skolah kan. hahaha
aku memang nak taruk pic.
tapi aritu aku rush balik main bola.
next time aku snap.

@ ayen
bukan rajin.. normal sbenornye.
sebab ibarat orang tulis diari.
kan tulis tiap2 ari.. hehe

@ kak faizah
aah, biskut tu lbeh kurang 1e 600gm kot.
sdap sgt kunyah sambil lepak.
tapi risiko naik jerawat aa.
banyak minyak. tapi saye ape pduli.. asal perut ngan mulut puas.
hehe
pisang lak 99% sure manis.
tak sakit ati..

. a dit…

Vous étudiez à Paris ?

victoire a dit…

non, je suis à La Rochelle..
à peu près 3h de Paris en TGV

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?