Sebab apa tajuk macam tu?
Sebab kelas bahasa mula balik hari ni. Memang lah tak banyak, 6 jam je seminggu.
Macam sem lepas, Isnin, Khamis dan Jumaat. Tapi aku tak suka kelas ni!
Bayang la, ada 15 pelajar dalam kelas. 7 dari Malaysia, 7 dari China, 1 dari US.
Aku lebih suka kelas yang multinasional. Macam sem lepas, baru seronok.
Dulu 4 Malaysia sikit dari China, Korea, Brazil, Australia, Jerman, Indonesia dan Vietnam.
Baru seimbang kelas, nak campur-campur pun seronok.
Ni tengok-tengok muka Malaysia dengan China je.
Bukan aku tak suka, tapi biarlah bercampur dengan pelajar negara lain sekali.
Dah la semua perempuan selain kami jejaka Malaysia bertujuh.
Tu pun ada dengar seorang lagi budak dari China ada yang tak hadir tadi.
Hari ni satu lagi aku tak suka sebab 'sejadah' aku dah tak ada.
Bukan sejadah, tapi buku macam modul gitu. Aku buka 2, bentang 4 buku.
Cukup untuk aku solat senyap-senyap dalam kelas kosong.
Sekarang aku solat atas meja lah. Nasib baik aku tak tinggi sangat.
Bukan senang nak solat sini. Kalau ada masa rehat ok lah.
Kalau tak, cakap nak keluar jap lah kat Prof.
Pandai aku putar belit, kalau cakap pergi tandas kan tipu. Hehe.
Boleh je aku solat jamak. Ustaz dah ajar. Ni kemudahan (rukhsah) kami.
Tapi tak nak lah. Aku sanggup lagi solat atas meja atau lantai.
Nak berwuduk? Tak jadi masalah.. Tandas orang kurang upaya kan ada.
Biasanya boleh kunci pintu dan ada sinki kat dalam.
Jadi senang lah nak berwuduk, tak susah nak basuh kaki dalam sinki biasal.
Erm, tukar topik.
Kali pertama aku guna rempah nasi goreng udang Seri Aji. Agak pelik.
Sebab sebelum ni, serbuk rempah kalau Seri Aji kena campur air, baru goreng.
Yang ni, kena goreng nasi dulu baru letak rempah atas nasi, gaul sebati.
Tapi sedap la, sebab aku tumis bawang dengan bahan-bahan lain dulu.
Macam udang, ayam, ketam surimi tu, sosej, telur, sayur dan daging sikit.
Nama nasi goreng udang, tapi yang ada lebih dari udang. Ha ha ha.
Letak serbuk cibai.. Erh, cabai. Pedas-pedas baru boleh masuk mulut aku.
Sebut pedas, aku rindu sambal belacan Cafe USM di UTP dulu.
Memang pedas kaw-kaw dia guna dili hijau, ada rasa macam daun pedas-pedas, sedap.
Makan nasi dengan ayam goreng tepung, kari dan tempei goreng dengan kentang, bilis.
Aku balik nanti, nak singgah UTP lepaskan rindu aku kat Cafe USM tu.
Sarapan nasi lemak dia pun sedap gila yang amat sangat tahap tertinggi.
Sambal dia paling pedas aku jumpa, sampai berasap, nangis aku makan.
Kena sedia air soya RM1.20 sekali baru kena.
Ohh, United akan lawan Arsenal untuk pusingan ke-5 Piala FA.
Biasanya, pemenang perlawanan antara 2 pasukan ni akan menang Piala FA.
Kali terakhir pada tahun 2005, Arsenal menang lawan United di final sendiri.
Tahun 2004, United menang Piala FA, selepas menang lawan Arsenal di separuh akhir.
Tahun 2003, Arsenal menang lepas singkirkan United, juga di pusingan ke-5!
Ingat tak insiden 'Flying boot' yang kena mata David Beckham sampai berjahit..?
Dalam perlawanan ni Giggs sepak tak masuk, walaupun pintu gol terbuka luas selepas berjaya menewaskan penjaga gol Arsenal.
Dan pada tahun 1999, siapa lupa akan gol solo Ryan Giggs di separuh akhir.
Separuh pemain Arsenal (6 orang) di gelecek Giggs masa tu.
Penuh dramatik. 2 gol awal, sepakan dari jauh yang cantik dari Bergkamp dan Beckham.
Roy Keane dibuang padang awal permainan. Kedudukan 1-1 di minit terakhir, ke-90.
Arsenal dapat penalti di minit terakhir tu. Schmeichel berjaya selamat.
Perlawanan berlanjutan ke masa tambahan. Dan Giggs melakukan keajaiban tu.
United seterusnya menang lawan Newcastle di final.
7 commentaires:
sapa sapa minat nak tengok ESTACA;; mai a datng JPO 9 feb
meh blajar dgn aku
student aku suka je aku ngajor
janji abih spaQ dulu before start kelas
@ k
Insya allah..
@ wenkt
nak2!! nak sangat.. huhu
bula bula bula, fenin aku,
eh camne semayang jamak tamam?
boleh ke kite jamak kalo kite tak jalan lebih 2 marhalah, cite sket.
aku pun takot nanti alami mende yg same cam mu, time kaseh ustaz,
teruskan perjuangan mu kat sane, jage iman:)
mesti k-riey dah terrer masak ni kan...hidup di perantauan kenalah buat semua sendiri yer dak..
p/s: sejuk dengar dan lihat budak2 muda macam kriey yang masih menjaga solatnya..alhamdulillah.
@ K H A Z I N A T U L A S R A R
jamak tamam nih, jamak sempurna.
tak boleh qasar lah.
macam kami di negara bukan Islam ni, kadang2 kelas mula pukul 1 sampai 4.
zohor masuk 130, asar 330.
kami boleh jamak zohor dalam asar.
aku tak pasti sangat ape lagi kombinasi solat yang boleh jamak ni.
kan macam kalu jamak biase cume maghrib ngan isya, zohor ngan asar je.
tapi aku masih prefer kelentong cakap gi toilet utk solat biase.
ha ha ha
@ kak yus
hehe, bole laa sikit2 masak kak..
InsyaAllah solat akan terus terjaga.
ooh, camtu ke,
maknenye, kite semayang bile kite free 4 rakaat zohor pat rokaat asar?
ha, lenkali aku kene camni aku tanye ko ye :)
time kaseh,
teruskan dengan ketuguhan iman, aku bangge nge mu`!
Enregistrer un commentaire