mercredi 9 janvier 2008

Maal Hijrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga tahun baru hijrah ni membawa lebih keberkatan dan kejayaan pada semua!
Bila Maal Hijrah aku mesti teringat lagu ni kat bawah ni..
Dalam TV1 selalu main video dengan lagu ni.
Bila dengar lagu ni rasa bersemangat je.
Terkenang perjuangan Nabi Muhammad S.A.W dengan para sahabat dulu.
Teringat kisah penghijrahan, macam-macam lagi perjuangan.

Erm, hari ni tak sepadat dulu sebab tak ada kelas bahasa petang.
Sebelum praktikal sempat laa aku masak nasik lauk tomyam, ayam ngan telur dadar kegemaran abah, yang seterusnya jadi lauk yang wajib ada kalau makan kat rumah.
Masak banyak, konon untuk makan malam sekali.
Tapi nampak gaya jadi makan tengah hari aku esok la.

Sebab lepas praktikal tadi aku lepak kat perpustakaan.
Balik aku lalu Resto U.
Tengok malam ni couscous dengan ikan, sayur sedap tu pun ada.
Sayur tu macam kari, tapi aku tak tau lah tu panggil kari ke apa.
Aku pun dah lama sangat tak makan couscous.
Dah lama sangat mengidam.
Ajak kawan makan, sekarang penghujung bulan elaun tak masuk. Pokai la.
Jadi aku pun pekena la couscous R.U tu pun.
Boleh tahan lah, lepas keinginan nak makan buat sementara waktu ni.

Ok lah, aku nak buat kerja pulak. Tulis ni pun sempena Maal Hijrah.

Aku nak letak lagu ni, tuan dia tak bagi. Kalau nak dengar, pergi link ni ;
http://www.youtube.com/watch?v=pzP93-1jpXU


MAAL HIJRAH

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Makkah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban
Harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

4 commentaires:

Anonyme a dit…

x tau la samada aku yang tak pasan, atau dah memang kureng dengar lagu maal hijrah nie. dulu kalau thaun baru jer, sure lagu2 nie berkumandang kat radio, kat tv, kat sek lak siap ader pertandingan nasyid, then lagu wajib kena nyanyi lagu nie gak.

agaknya orang lain sibuk sambut tahun baru masehi tak abih lagi kot....

victoire a dit…

dah kurang main lagu ni?
tak tau lak. sebab last 2 year i am in France.
tapi lagu ni best gile kan?
anyway, thanks alot for visiting!

Anonyme a dit…

lagu nie mmg nostalgia.... lirik pun dah siap hafal lagi..... dekat france may be tak rasa sgt... kat mesia nie, mmg rasa la sunyi jer maal hijrah tahun nie...

aku mmg suke baca blog budak2 oversea nie, w'pun blm ada rezeki pergi sana, at least leh buat motivasi...heheeh..

victoire a dit…

@ angel baik

tu la pasal. aku kat sini pun dapat dengar dalam hati lagu ni even tak tengok atau dengar secara reality. hehe

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?