Ni la aktiviti yang aku tunggu.
Masa hujung minggu la aktiviti ni boleh dilangsungkan.
Kalau tak, jangan la harap. Pagi-pagi ada kelas je.
Seminggu dah lepas, tinggal lagi 4 minggu untuk cuti seminggu.
Heh, dah tak ada benda lain ke yang ditunggu?
Nampak gayanya tak jadi la aku tengok Manchester United lawan Lyon.
Sebab cuti aku nanti 8-17 Feb, huhu.
Minggu ni agak santai, relaks. Sebab kelas bahasa tak mula lagi.
Kelas Electricite dan Informatique pun belum berganti.
Kalau tak berganti sampai akhir semester kan bagus.
Sejak mula balik kelas, aku rasa makin bersemangat.
Semangat nak habiskan semester terakhir aku kat La Rochelle ni.
Tak lama lagi dah. Dengar bulan Julai, memang rasa lama.
Tapi tengok la, rasa macam baru lagi mula kelas lepas cuti, dah masuk hari Sabtu balik.
Dulu masa mula-mula aku dapat surat JPA untuk pergi Perancis ni, terkejut la.
Sebab sampai 7 tahun program dia. Kat lain biasa 5 tahun je.
Tapi bila aku dah ada kat sini, baru aku tahu.
Satu demi satu tahun berlalu cepat sangat.
Entah apa lah aku mengarut ni. Erm, ingat balik apa aku buat Khamis dan Jumaat.
Kelas la, apa lagi kan. Khamis pagi je kejap, 3 jam. Lepas tu bebas.
Lepak, internet, baca Da Vinci Code.
Malam sebelum tidur aku telefon keluarga kat Terengganu.
Awal pagi Jumaat masa tu, semua ada kat rumah.
Adik-adik aku semua tidur lagi. Abah keluar beli makanan sarapan.
Jadi aku borak dengan mama la.
Lama jugak aku sembang dengan mama, dekat 40 minit kot.
Sembang macam-macam lah. Tanya pasal rumah kami dah siap belum.
Ada tambah sikit depan dengan belakang. Tak sikit, banyak jugak.
Sampai bilik aku pun jadi makin besar. Kata mama, nanti nak kahwin kan. Hehe. =p
Persediaan la tu kononnya. Bilik aku jadi besar sangat-sangat tambah ngan bilik air.
Tak sabar nak tengok macam mana.
Mama cakap yang tambah bahgian belakang rumah dah nak siap.
Tapi yang bahagian depan belum mula lagi.
Aku tanya lah bila aku balik nanti dah siap ke belum. Dia cakap mungkin.
Aku tanya mama pasal Afiq macam mana masuk tingkatan 1 kat SMKA Sheikh Abdul Malek.
Sekolah abang dia yang no. 2 dengan kakak ipar dia tu.
Mama cakap ok je. Tak jadi la masuk SESMA. Bagus jugak.
Bagi asas agama sikit, macam abang-abang dia. Hehe.
Sekurang-kurangnya duk kat rumah ada abah dengan mama boleh tengokkan.
Lagipun mama dah pencen bulan Mei ni. Bertuah sangat dia, balik mama masak.
Aku suruh la mama jaga dia betul-betul. Jangan bagi teruk.
Aku dulu teruk, tingkatan 1 kena tangkap panjat pagar asrama dengan Pak Guard.
Tingkatan 2 kena tangkap hisap rokok. Kena buang sekolah.
Nak tukar Sheikh Malek JPN tak bagi, dia suruh masuk SMKA Tok Jiring balik.
Malu Tuhan je tau. Aku tumpang duduk rumah tok masa tu.
Sebab tu lah aku rapat dengan arwah Mak Yu. Al-Fatihah.
Tapi aku Alhamdulillah tak terus hanyut lepas kena tindakan disiplin tu.
Cuma aku tak nak la Afiq jadi macam aku.
Kalau dia boleh bangkit balik tak apa. Takut jadi macam rosak.
Sebab bukan semua orang boleh bangkit balik bila jatuh.
Aku banyak sembang kosong dengan mama. Tanya khabar keluarga semua.
Dekat 30 minit borak, abah balik. Aku sempat la cakap 10 minit.
Lepas tu tidur, kan tak bangun Jumaat nak pergi kelas.
Aku rasa bahagia, gembira sangat masa nak tidur tu.
Sejujurnya aku cakap, aku rasa senang, tenang sangat lepas cakap dengan mama dan abah.
Aku dulu bukan lah jenis banyak cakap dengan abah dan mama.
Sebab masa sekolah duduk asrama, rumah tok.
Tapi bila aku besar, timbul kesedaran dalam diri.
Aku kena jaga hubungan dengan keluarga, aku kena banyakkan komunikasi.
Dengan semua mak saudara, pak saudara aku rapatkan diri.
Banyakkan cakap. Alhamdulillah jadi rapat.
Aku taknak jadi pemuda yang tak pandai hormat orang tua.
Remaja sekarang biasa macam tu lah.
Tak hormat bukan maksud aku pergi penampar orang tua.
Tapi tak pandai berkomunikasi, tak pandai cakap. Tak tahu nak mula.
Aku rasa aku ni jenis yang ramah jugak. Tapi bukan sepanjang masa la. 90%.
Dengan sesiapa je aku berani tegur, sembang aku rasa lah.
Aku pun tidur la entah pukul berapa, tapi agak lewat.
Aku bangun pagi Jumaat. Hari Jumaat lama lah aku siapkan diri.
Lebih sikit je, sebab bercukur. Aku biasalah, kalau mandi hari apa pun tak ingat dunia.
Tapi Jumaat ni nak kemaskan sekitar mulut tu lama lah sikit, hehe.
Kelas macam biasa, tak sibuk sangat, 3 jam je dengan Jean-Francois.
Petang lepak perpustakaan jap, kemudian balik bilik.
Main game, baca Da Vinci Code. Sambil ratah bar coklat.
Dalam Harry Potter, Lupin bagi dia coklat untuk tenangkan fikiran, gembira.
Untuk aku pun berkesan. Aku suka nikmati coklat.
Coklat hitam yang bagi kawan aku pahit, tapi aku suka.
Aku cuba kurangkan ambil gula. Jarang aku minum air manis.
Manis pun sekadar jus oren untuk vitamin c. Milo, kopi, teh jarang.
Kalau kat Malaysia, aku minta milo kosong tak ada gula atau susu kat restoran.
Dengan air suam sekali. Kalau mulut aku masuk apa-apa, mesti akhir dengan air kososg.
Ok lah, tak pasal-pasal aku membebel panjang.
Nak tidur pulak. Hujan ni sedap tidur, berbungkus dalam selimut tebal.
Sambil peluk bantal. Nak peluk apa lagi, tak ada teman tidur. Hehe =p
Harap esok jangan lah hujan.
Nak pusing-pusing. 'Soldes' atau 'sale' mula esok tu.
Harap ada lah baju Chelsea adik aku.
Jumpa lagi..
8 commentaires:
la, ko jangan r ckp camtu, seme org pun pernah buat silap, dan org yg menyesali kesilapan dan berubah utk maju adelah org yang sentiase beruntung :)
aku setuju ngn ko, kite memang kene ade attach ngn parents kite especially, sape lg kite nak rapat kalo bukan diorg,ngn org2 tue lain pun kite kene belaja berbudi bahse, sopan santun, jgn org kate kite belaja tinggi sampai luar negeri tapi tinggi diri ngn org tue,aku pun nasihat diri aku sendiri kat sini, time kaseh timbulkan isu ni :)
lame gile kos ko, aku 6 tahun pun rase lebam, ko 7 tahun? duh lame!! mesti ko reti gile ckp french kan. hohoh. belaja memolek, jage diri & iman, nanti rerajin singgah komen blog aku lg., ngehehe :)
yo
aku tak baca
cuma aku nk bgtau aku tgh bosan kat futsal
hahha
bler nak kawen? jgn lupa jemput
huish hish...
tak masuk SESMA? aiyo..takley jadik super junior aku rr gitu..huee
bagus jugak ade asas agama..but depends on org la lepas tu...=D
pnjngnye tulis!
@ khazinatulasrar (btol eja?)
yup, beruntung la kalu orang tu jatuh, bole bangun balik.
tapi bukan senang dan bukan semua boleh bangun balik.
aku tak nak la adik aku jatuh, sebab ada possibility tak leh bangun.
kalu boleh lain kire.
engineering france JPA anta suh buat master.
2 taun IB, 5 taun master. sebab tu laa lame.
Insya Allah la nanti cakap macam org french. hehe
@ wan
lorr. sampai mase, bukan stakat kad.
ko cakap nak wat 1 lauk untuk makan beradab kan. hehehe
ko main futsal posisi ape?
midfielder ke bancuh air??
@ ayen
ha ha ha. nok wat guane.
sebab adik aku nih nano sket.
kene parents tengok.
budok ag dia nih.
beso sket buleh aa duk hostel.hehe
saje blebel panjang malam buta.
bancuh air pun tak...
aku just duduk sambil prabih bateri laptop... nasib baik internet free.
then jadi tukang beli air 100plus.. haha.. n nasib baik tak der jual ciken chop ke. aha
walaweh, best r ko leh sambung master terus, ko belaja rerajin, jangan sesie harapan mak ayah ko ngn mase depan ko. aku tau ko tak camtu, ko kan cepat bangun. hehhee :D
kamu,ble mau pulang?
nggak rindu sama daku kah?
hehehe..bgs la msk skul tu..
tgk r i jd cmne skng nih
=P
lapz ya,always
hehe.. sampai mase, i'll be there dear!
Enregistrer un commentaire