Hari ni mula jualan murah kat Perancis ni. Sempena musim sejuk kot.
Aku pun pergi la kedai jual barang sukan.
Dengan harapan jumpa la jersi Manchester United dengan Chelsea untuk budak.
Sayangya tak jumpa. 2 jersey ni untuk 2 orang adik aku.
Ramai sangat orang hari ni, hampir semua dengan beg kertas dari kedai atau butik.
Tu di Centre Ville de La Rochelle.
Aku tak sempat pusing lama. Sebab aku pergi dekat Carrefoure.
Cari baju budak-budak ni kat Dekatlhon dengan Intersport.
Ingat lepas tu nak pusing Centre Ville. Tapi tak sempat. Nak tengok bola.
Tak sia-sia aku tengok. 6-0 belasah Newcastle. Dah la Arsenal seri.
Kami naik balik ke tangga teratas liga dengan penuh bergaya.
Akhirnya Ronaldo berjaya jaringkan 'hattrick'.
Sebelum ni bukan main mak dia cakap, bila nak jaring hattrick.
Asyik sumbat 2 gol je. Dalam 13 perlawanan dia sumbat 2 gol.
Lagi penting, aku kena cepat habiskan Da Vinci Code ni.
Tak senang selagi tak habis. Ni lah sebabnya aku tak layan cerita bersiri.
Sebab bila aku ketagih, tak jadi kerja. Asyik nak tengok perkembangan.
Macam baca novel ni lah. Kononnya nak henti lepas mukasurat 300.
Akhirnya terlajak sampai 400.
Dah masuk 400, alang-alang habiskan lah sampai 590++ tu.
Tapi gerak hati aku pun kuat gak. Mata pun dah berat. Jadi henti akhirnya..
Harap dapat habis sebelum malam esok.
Malam dah kena mula buat kerja, belajar untuk jawab ujian.
Isnin ada ujian Matematik, Selasa Mekanik pulak.
Dah lama sangat tak tengok Mekanik ni.
Ok lah, aku nak bergayut ngan dia jap, lepas tu tidur lah.
Menagntuk sangat ni. Tapi novel tu menggoda sangat..
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire