mardi 26 février 2008

Antara Blois, Strasbourg, Colmar, Basel dan Freiburg. Antara Perancis, Switzerland dan Jerman siri 1.

Akhirnya aku memutuskan untuk mencemar duli di sini.
Cemarinya dengan melaporkan percutian seminggu meletihkan aku baru ni.
Tak ada banyak gambar lah, tak tahan tunggu orang bagi.

Mula-mula macam aku cakap, aku ke Blois.

Blois ni satu bandar di Région Centre di Perancis ni.
Sini juga salah satu pusat persediaan pelajar di Perancis.
Yang lain ialah La Rochelle, Colmar, Tours dan Angoulême.
Budak tahun aku merupakan yang pertama di hantar ke Blois.

Aku juga pelajar tahun aku yang pertama jumpa kedudukan bandar ni di peta.
Masih ku ingat peristiwa bersejarah ni dalam kelas 2006 dulu.
Masa tu dia cakap tahun ni (2006) nak hantar sebahagian ke Blois.

Masa mula-mula kami jumpa kedudukan tu, agak menarik.
Maklumlah dalam peta bandar tu cuma sekangkang kera dari Paris.
Tapi itu lepas tengok dalam peta.. Ha ha ha!

Memang dekat, senang nak ke Paris dan Orléans.
Dua bandar agak besar yang menarik. Blois ni agak kecil bandarnya sebenarnya.
Isk, cukup la. Cerita pasal cuti lak!

Sabtu 9-Isnin 11 Feb

Aku bertolak naik kereta dengan lagi 3 orang kawan aku, jam 5 lebih pagi.
Li Shern ambil Omar, disusuli aku kemudian Pakly.
Perjalanan ambil masa kira-kira 3 jam. Pakai peta dari internet, tak ada GPS.
Agak senang tak payah tanya orang langsung. GPS lagi lah senang.

Sepanjang perjalanan kami makan roti pic dan strawberi yang dibawa.
Sambil borak, dengar lagu jadi tak bosan lah kami dalam kereta.
Berhenti sekali di stesen minyak untuk ke tandas.
Kami sampai di Blois lebih kurang jam 8 Alhamdulillah.

Budak sana tak bangun tidur lagi masa sampai tu.
Budak Blois ada di 2 Résidence. Lagi 5 di Résidence satu lagi, semua ada 11 pelajar.


Kemudian kami di bilik yang kami nak tumpang. Simpan barang dulu.
Lepak di rumah budak sana sambil kacau mereka masak, main PS2.
Majlis mula lebih kurang jam 1 petang tu.

Majlis Tahun Baru Cina sini sangat menarik, aku suka.
Sebab buat kecil-kecilan, jemput Prof dan kawan terdekat je.
Makanan banyak dan semua sedap, tabik spring budak Blois!
Tak tertulis aku semua makanan yang ada. Yang pasti semua sedap, bravo!

Majlis kecil-kecilan jadi tak sibuk, boleh borak-borak dan sangat santai.

Ada 3 senior turut datang sekali, Telor dari Paris, Pesa dan Ali dari Orléans.

Aku tersembang dengan prof électricité budak Blois.
Prof ni ramah gila sampai aku tak tahu macam mana nak hentikan perbualan.
Dia semangat cerita pasal pelukis terkenal yang juga kawan dia.
Macam mana entah aku dah lupa cerita tu.

Lepas tamat majlis, kami main bola petang tu.
Pening kepala tak nampak bola sebab dah gelap masa tu.

Malamnya aku, Li Shern dan Alvin pergi makan briyani.
Kata budak-budak ni, tak sah datang Blois tak rasa Briyani dia.

Memang betul sangat kata mereka.

Briyani Blois sangat lah sedap dan menarik. Pekerja kedai tersangat baik.
Budak Malaysia selalu sangat datang makan kat sini. Dah biasa lah.
Kira ok lah briyani kambing dia untuk 10€. Memang betul-betul kambing.

Aku bayar 10€50 untuk set menu briyani dan apa entah entrée dia.
Macam samoussa gitu. Sayur digoreng berempah, sangat sedap juga.
Yang menariknya, harga tu sebenarnya untuk entrée dan kambing saja, bukan briyani.
Tapi sebab budak Blois dah kenal rapat dengan restoran tu, dia bagi layanan istimewa.

Aku yang kenyang petang tadi tak habis lagi dah tak tahan kenyang sangat.
Aku rasa macam ular sawa baru telan kambing seekor je.
Padahal baru pekena briyani kambing je.
Rugi tak ambil gambar kat restoran ni.


Esoknya hari Ahad, tak ke mana pun. Aku lepak seharian di bilik.
Pagi bangun lewat, makan roti sarapan.
Tengah hari sikit pergi McDonalds.

Aku lepak kat bilik nak tengok bola sial kalah hari tu.
Aku pesan Filet-o-fish je. Tak kan nak Big Tasty Bacon lak kan.

Aku tak tengok sangat bola sebab tengah rancang program cuti April aku tu.
Masa ni tak fikir nak pergi Colmar lagi, duit tengah ada, sedap je rancang semua.
Tapi kita merancang, Allah yang menentukan semua, aku ke Colmar!

Sebab merancang cuti ni juga lah aku tak pergi main bola petang tu.
Satu lagi tengah kecewa kalah lawan City hari tu, huhu.

Malamnya masak kari, kami makan sama-sama.
Aku memandai taruk cili api sekali masa masak nak bagi pedas lah.
Nasib baik tak pedas sangat, masih boleh telan. Letak banyak tu.
Malam tu tidur agak lewat. Aku main internet.

Esoknya budak Blois yang masih belum cuti kena ke kelas awal pagi pukul 7 lebih.
Masa nak balik baru sedar tayar tak ada angin. Agak teruk.
Berhempas pulas tukar tayar lepas tu pergi baiki. Lambat lah bertolak.
Tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Dalam perjalanan balik kami lalu Tours. Aku sebelum tu dah sedar kewujudan KFC situ.
Cari alamat dia kat internet untuk singgah kalau ada masa.
Dah memang ada masa jadi kami singgah lah sana.
Susah jugak nak jumpa mula-mula sebab kami ingat di Centre Ville.
Rupanya di hujung dunia. Kami lah rakyat Malaysia pertama sampai KFC Tours!
Budak Tours pun tak tahu, jadi kena belanja aku sebab jumpa ni ye budak Tours!

KFC di Perancis dan Belanda(Holland@Netherland) adalah Halal.

Kami budak Malaysia di Perancis, apa lagi kalau jumpa KFC ni.
Makan tak ingat dunia lah. Beli 2 bucket makan 8 ketul seorang ayam.
Aiskrim karamel dia sedap gila. Air tanpa had boleh tambah suka hati.
Ada Pepsi, Orangina, macam-macam lagi lah. Sekali lagi kekenyangan..

Sampai La Rochelle petang lebih kurang jam 1530.
Omar dan Li Shern kena pergi kelas bahasa Perancis.
Pelik sebab cuti kelas bahasa dan sains tak sama.
Patut tak payah pergi je, prof kasi tapi mereka ada ujian kena lah pergi.

Aku balik kemas bilik, rehat-rehat.

Untuk trip ke Blois ni, aku ucap banyak-banyak terima kasih pada Les Blesois.

Budak Blois duduk agak jauh antara 2 residen tu, ke kelas pun jauh.
Sebelum ni orang cakap Blois tak ada apa, bosan.
Bagi aku tak macam tu pun, ok je aku tengok.
Cuma susah sebab jauh dengan kelas je dan agak berbukit-bakau untuk berbasikal.
Aku sini bangun 10 minit sebelum kelas pun sempat pergi kelas, hehe!

Bandar Blois agak cantik, siap ada château lagi.

Aku sempat berehat berlenggang 2 hari di La Rochelle..
Esoknya baru aku tahu yang aku akan mengharungi satu pengembaraan hebat.

Bersambung..

5 commentaires:

Camille a dit…

kfc tours bukak october taun lepas..
aku pindah july taun lepas...

Amy a dit…

org blois panggil les blesois rupanya...xpenah tau pun..hehehe

victoire a dit…

@ k
okt baru bukak ek?
korang pndah je baru bukak. sayang tol kan.

@ kak amy
ha ha ha
saye pun baru tau gak.
terbace katne entah.

fsj a dit…

penat aku duk bayangkan se se tempat yg mu lawat tuh, tak sian ke? hohoh.

best r korang KFC halal, kiteorg haram, tp ye r, bile camni aku boleh kurangkan lemak sket r,-->yeke? :p

ko layan sembang ngn prof tu smp lupe bual pasal ape? bukan ke ko ni memang pandai layan sembang org tue ke? hohoh!

victoire a dit…

@ K H A Z I N A T U L A S R A R
ha ha ha
prof tu cerita pasal pelukis ape ntah.
aku boring sebab mase tu perut aku hasut suh cari makanan laa. ngee
tuh la kfc france ngan belanda halal.
kat UK Subway ngan nandos.

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?