dimanche 9 mars 2008

Anjakan paradigma!

Berakhirnya Pilihanraya Umum (PRU) ke-12 Malaysia petang tadi.
Agak terkejut aku dengan kejutan kebangkitan Barisan Altenatif.
Aku ada pandangan sendiri pasal kebangkitan BA ni.
Tapi aku tegaskan, aku tak kata aku sokong sesiapa di sini ok.

Pada pemerhatian aku, BA banyak menang di kawasan maju atau bandar.
Dengan kata lain, kawasan yang ramai orang guna internet.

Apa kaitannya?

Kaitannya, BA dapat menembusi minda orang situ melalui internet.
BA tak dapat sebar pengaruh melalui TV dan akhbar seperti Harakah kurang sambutan.

Apa bukti hujah aku ni?

Ya, BN menang Parlimen Kuala Terengganu. Tapi dengan majoriti sikit.
Bawah Parlimen KT, ada 4 DUN. BN menang 1 dan PAS lagi 3.
Di Selangor dan KL tak payah kata, hampir semua mungkin dapat akses internet.

Bukti lagi kukuh, kita boleh lihat di Sabah dan Sarawak.
Di Sabah, satu-satunya kerusi BA menang ialah di Kota Kinabalu.
Di Sarawak, kerusi tunggal dimenangi BA di Kuching.
Kuching dan KK, apa pandangan anda berbanding kawasan lain?
Paling maju di 2 negeri berkenaan kan?

Apa macam, boleh pakai tak pandangan aku ni?

Macam biasa, ni cuma pandangan aku. Tak paksa anda menerimanya.

Para pembaca, aku sangat berminat akan pandangan anda semua.
Harap dapat tinggal komen, aku nak tahu kalau boleh.

Tapi aku memang terkejut sangat dengan PRU ni.
Tak sangka Penang, Perak dan KL boleh jatuh ke tangan BA sebegitu rupa.
Kalau bola kita kata 'bola itu bulat'. Yang ni macam mana ek?

Tak sabar nak tengok BN lawan BA di Parlimen.
Nak tengok macam mana Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) berbahas balik.
Lawan Khairy Jamaludin. Macam mana ek?
DSAI di sokong Izzah, Pak Lah sokong Khairy. Menarik, hehehe.

Keluarga aku secara politiknya aku rasa seimbang, 50-50.


Aku sokong mana? Sampai masa aku berpolitik lah ok.
Sekarang aku kena belajar dulu.
Bila aku dah jadi orang besar baru aku akan buka mulut luas-luas ya.

Cukup berpolitik, cuma nak luahkan pandangan aku sahaja tu.
Aku tak cukup umur lagi nak mengundi, masih muda remaja, tak sampai 20 lagi.
Tapi kalu aku orang Perancis, dah boleh. Sini 18 dah boleh undi.

Hari ni aku bangun lewat, jadi tak buat kerja Fabienne lah.
Beli barang sikit, kemudian pergi tengok bola.
Sedih United kalah tapi gembira balik bila Chelsea pun kalah, ha ha ha.

Kemudian kami ikuti keputusan PRU ramai-ramai. Tak ramai, berempat saja.
Dengan penuh debaran diiring kejutan.

Balik bilik, borak dengan Ashraf. Jiran belakang rumah aku di KT.
Sekarang dia di Jordan, dia telefon aku melalui YM.
Seronok borak politik dengan dia. Perbualan kami adalah rahsia. =p

Rumah Ashraf ni besar gila yang amat sangat tak tertakrif.
Dah la kayu cengal, ada chalet 2 dalam kawasan, ada padang bola, kolam, macam-macam.
Kereta bertukar macam tukar baju. Nak apa semua ada.
Merc C, E, S class. Semua model terbaru, bukan Masterpiece atau mata bulat.

Garaj dia lah sumber inspirasi aku. Buka tingkap bilik aku terus nampak.
Oh ya, rumah aku kecil je. Rumah dia saja yang besar gila tu.

Yang aku hormat dia ni sebab walaupun keluarga kaya, tapi semua warak, alim.
Kat rumah dia selalu ada usrah, ceramah agama. Bagus sangat.

Beruntung Zainudin (ayah Ashraf) sebab anak semua baik, menjadi.
Tak jatuh ke tangan yang salah lah harta dia nanti, Alhamdulillah.

Ok, aku nak tidur dulu.
Harap anda dapat tinggalkan pandangan anda pasal tadi ok.
Sekian, terima kasih.

13 commentaires:

Anonyme a dit…

good view... yg aku setuju... rakyat berakseskan internet lain dr yg lain...

anyway, anwar tak bertanding. hanye Izzah dan wan azzizah yg menang...

syg kj mng... like to see him lose.

victoire a dit…

wan azizah bagitau Utusan dia akan bagi tempat dia pada Anwar..
thats why i said the combination of Anwar and Izzah. hehe

victoire a dit…

psal KJ, rakyat Rembau lagi ramai sokong dia.
rezeki dia kali ni.

wénkt a dit…

aughhhh
selangor mmg mengejutkan
termasuk p105

victoire a dit…

yep, selangor ngan KL.
Penang pun same, goncang gile. huhu
bangkitlah Pak Lah.

DaRk AnGeL a dit…

i agree with you.

fsj a dit…

ur..blur, aku tak reti bab politik :D

tapi menarik gak kaLo ko bace pandangan negare lain pasal election malaysia. aku bace yg NZ, hurm.. well, it's just like how we talk N think of other countries- they also have their own views, great!

Anonyme a dit…

setuju sangat.. kalau pada PRU-13 ni capaian internet di Malaysia semakin baik & BN masih x berubah ke arah yg lebih baik, rasanya majoriti mudah pn x dpt BN nk capai nnti

Anonyme a dit…

both side have to be equal.skng ni BA cm da ad prkmbgn je.klu dulu cm xde vision.tp xpasti ape mision dorg

Anonyme a dit…

both side have to be equal.skng ni BA cm da ad prkmbgn je.klu dulu cm xde vision.tp xpasti ape mision dorg

Tg.A a dit…

KJ menang bkn rakyat rembau sokong dia tapi sbb undi pos. Untuk dua kiraan pertama, dia kalah lepas tu sampai undi pos... dan dia menang dgn serta-merta..(biasala.. KJ kan samseng)..


Untuk kerusi permatang pauh, Anwar kata dia xkan amik kerusi tu dari isteri dia sbb isteri dia menang dgn majoriti besar..huhu..

for conclusion, strategi kempen Pak Lah memang meloyakan.. di akhbar2 utusan dan BH bleh ada ruang besar2an 'UNDILAH BARISAN NASIONAL".. tak penah2 dibuat org mcm tu.. kalo setakat bg komen2 bagus psl parti tu bleh lg diterima otak..

menggunakan sentimen 'kelantan negeri termiskin' (hakikatnya tak sbb kelantan di tempat ke 6 dan trganu ke 2) membuatkan rakyat kelantan di dalam dan luar negeri menyampah dan tekad mengundi pas.

sekian, terima kasih..hehe..:P

victoire a dit…

harap semua akan stabil lah.
nak berpayung bawah BA, nasib kite tetap terancam pasal hak istimewa.
tengok Penanhg dah tak masuk DEB.

Nak berpayung bawah BN, ada yang tak kena macam korup tu.

kite jugak yang terancam akhirnya.

Tolonglah pemimpin sedar..
nasib kami di tangan anda.. huhuhu

Mr A a dit…

hot gilerr...
je m'en fou completement! ahhaha
asalkan hidup dlm peace....amin

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?