samedi 8 mars 2008

Jalankan tanggungjawab anda!

Hari ni Sabtu 8 Mac, rakyat Malaysia yang bertanggungjawab akan keluar mengundi.
Nasib tanah air tercinta ada di tangan orang yang mengundi ni lah.
Pilih barisan anda dengan bijak ok, hehe.
Aku menunggu keputusan pilihanraya ni dengan penuh minat sudah tentu!

Aku akan ikuti keputusan pilihan raya tu sambil tengok bola Insya Allah.
Kebetulan ada perlawanan United lawan Portsmouth, suku akhir Piala FA Inggeris.
United sedang mengejar 3 kejuaraan seperti 1999. Insya Allah dapat tahun ni.
Sebab skuad besar, hampir semua pemain bebas dari kecederaan.
Tinggal kapten Gary Neville dan Mikael Sylvestre je yang cedera.

Sampai Fergie boleh pening nak pilih pemain tengah sebab banyak sangat pilihan!
Ada Anderson, Carrick, Hargreaves, Scholes dan Fletcher. Ni baru pemain senior.
Belum lagi kira Chris Eagles, Danny Pugh.

Untuk sayap, biasanya gilir antara Ronaldo, Giggs dan Nani.
Ronaldo dan Nani boleh main di kedua belah sayap, Giggs kiri je.

Cerita sikit apa yang aku buat satu, dua hari ni. Ni kan diari aku.

Khamis kelas Fabienne pagi agak santai, belum rasa tertekan lagi.
Lepas kelas dia balik makan, kemudian kelas Bahasa Perancis dengan Eric.
Nama dia macam orang Sepanyol atau Portugis, tapi dia orang Perancis.
Boleh berbahasa Portugis, pernah kerja kat sana tak silap aku.

Masa kelas ni akhirnya selesai masalah opsyen aku hari tu.
Aku masuk Sains lagi tahun ni. Bosan sangat kelas Sains ni.
Tapi nak buat macam mana, ini je ada untuk Rabu.
Tak sanggup aku pergi kelas Jumaat petang.

Sekarang hujung minggu aku jadi panjang lah sikit sebab tak ada kelas petang tu.
Tengah hari Jumaat jam 12 aku dah bebas, Isnin kelas mula pukul 1. Cantik!

Habis kelas aku lepak di pustaka, balik bilik.
Malam ada baca Yasin ramai-ramai. Makan sana sekali.
Lepas siap tu balik baca buku, Jumaat ada ujian matematik.
Aku baca nak tak nak je sebab dah lewat dan tengah kenyang jadi malas.

Aku tidur lewat pukul 1 lebih dekat pukul 2 pagi kot.
Sebab masa tu dah awal pagi Jumaat di Malaysia, aku nak telefon keluarga aku.

Mula-mula telefon rumah, tak sempat cakap lama sebab semua nak keluar.
Satu-satunya puteri kesanyangan Abah dan Mama, Alia ada ujian naik pangkat Taekwondo.
Teringat zaman kegemilangan aku dulu, hehe.
Aku ada Black Belt 1st Dan beb! Jangan main-main.
Sempat la sembang dengan Mama, Abah dan Alia sekejap.

Lepas tu aku telefon rumah Tok. Cakap dengan Tok boleh tahan lama.
Sampai habis kredit. Voipstunt dah naik sekali ganda kalau telefon rumah Malaysia.
Tak sempat aku nak telefon Chek sekali, nanti nak beli kredit telefon dia.

Tok cerita Ayah Pa nak kahwin dengan saudara dekat kami.
Aku cakap bagus lah, ada orang jaga anak dia nanti.
Tok cakap lah dia pelik ada orang nak Ayah Pa sebab dia hitam. Hehe.
Ada-ada je Tok ni, bagi dia yang putih je cantik atau kacak.
Aku jawab lah, hitam ada cantik dan kacaknya tersendiri Tok, kami gelak, hahaha.
Rindu nak lepak sembang dengan dia sambil dia duduk atas sejadah lepas solat.

Tok ni, aku ingat lagi arwah Mak Yu cerita ke aku.
Katanya, ada orang bagi tahu Tok aku ada awek.
Semangat dia tanya, hitam ke putih. Lawak betul la Tok ni.
Aku tersipu-sipu malu lah..

Rindu lak arwah, seronok sembang dengan dia, berjiwa remaja, sangat memahami.
Al-Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat, amin..

Dengan Ayah Pa pun aku baik sangat.
Tali pinggang Giorgio Armani aku pakai tiap-tiap hari tu dia lah yang bagi dulu.
Dia pakai sejak tahun 1999 atau lama lagi kot. Sampai sekarang tahan.
Dia bagi aku masa tahun 2003, 2004 kot. Aku suka.
Siapa tak suka tali pinggang kulit Giorgio Armani tu beb..
Tak hairan lah tahan lama.

Lepas sembang, aku tidur lah.

Bangun pagi ikut hati malas ke kelas, nak sambung tidur je.
Tapi aku gagahkan diri. Alhamdulillah berjaya ke kelas.
Habis kelas balik mandi siap-siap nak pergi masjid.

Lepas solat, pergi beli barang sikit kat Leader Price tu.
Macam menarik je ada daging arnab halal. 7€ je sekilo.
Nanti aku nak cuba kari arnab lah.

Malam aku lepak dengar lagu, baca benda-benda di internet saja.
Suka dengar lagu Awie, suara dia sedap. Lagu-lagu lama dia sedap.
Lagu Ukiran Jiwa, Ratuku, Di ambang Watie antaranya.
Zaman dia jadi hero filem Melayu Datuk Yusof Haslam dulu, hehehe.

Mengantuk lah sekarang ni. Nak tidur dulu.
Esok kalu bangun awal nak habiskan kerja.
Kalau tak tengok bola saja lah.

Aucun commentaire:

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?