Aku pergi Colmar Rabu 13 Feb hari tu. Petang pukul 5 lebih naik tren dari LR.
Tren setakat ke Strasbourg je sebab beza mahal harga ke Colmar.
Aku naik tren dengan Omar, konon nak merempat semalaman di Strasbourg lah.
Tren dari La Rochelle, kena tukar tren di Poitiers, ade 20 minit beza masa.
Sempat aku dan Omar beli Panini Poulet alas perut, lapar masa tu di Poitiers.
Senang lak jumpa kedai halal, luar stesen je.
Dalam tren tak ada apa dapat dibuat. Borak, baca majalah, dengar lagu je.
Sampai Strasbourg malam pukul 11 lebih dekat pukul 12 dah.
Ingatkan bandar besar, ada lah tempat lepak macam pub, disko ke, hehe.

Gambar tu depan stesen tren Strasbourg. Sejuk sangat, mungkin negatif suhu.
Aku dah agak, jadi bawak baju sejuk tebal 2 lapis dan topi tu.
Kami berjalan berlenggang sebab nak buang masa. Tren ke Colmar 5 pagi.
Singgah hotel tanya takut ada bilik murah, kalau ada nak tidur situ.
Mahal, tak padan nak untuk beberapa jam.
Lawak abang tu cakap, dengan pembaris yang dia pegang.
Muka macam yakuza ganas tapi cakap gaya lembut je. Hehehe.
Nak tumpang lepak lobi pun dia tak bagi, kami berambus lah.
Tanya teksi ke Colmar mahal, merempat lah jawabnya. Kejap je.
Jumpa kedai arab, kami singgah la makan berlenggang kat situ.
Masa nak bayar, pak cik tu cakap ada pub buka sampai 4 pagi.
Gembira kami sekejap.
Sebab lepas tu kecewa, pub tu nak tutup awal malam tu.
Dia cakap kalau ramai orang baru tutup lewat.
Lepak kat parking kereta, macam-macam lah. Pengalaman tu, hehe.
Merempat lah semalaman merata, akhirnya lepak di lobi hotel Etap.
Baik abang tu buka pintu suruh masuk lepak.
Semalaman aku tak tidur, dengar lagu. Seronok buang masa dengar lagu.
1 lagu 5 minit, rasa cepat je masa berlalu.
Akhirnya pukul 5 kami ke stesen tren nak naik tren ke Colmar.
Lega sangat akhirnya sampai di Colmar lepas megharungi malam sejuk tu.
Tunggu Ayen, Syahid dan Syuk datang jemput kat Gare de Colmar tu. Terima kasih!
Sanggup mereka bangun awal jemput aku dan Omar pagi tu.
Naik bas ke bilik Ayen, aku mandi. Lama sangat sampai Ayen tidur.
Makan roti, minum kopi sambil borak je pagi tu.
Minum kopi pekat tak nak mengantuk sepanjang hari, baru segar kan.
Dalam pukul 10 lebih semua keluar, nak beli barang untuk sambutan tu.
Aku dan Omar ikut Syahid dan Syuk ke Centre Ville Colmar.
Memang agak sama dengan Bukit Tinggi tu.
Sempat singgah satu restoran Asia, makan mi dia sedap sangat.
Hehe, tu lah serunding babi aku jumpa kat satu kedai jual barang Asia di Colmar.
Ingat cuma ada serunding ayam, daging dan ikan je.
Kami balik bilik nak solat sebab nak pergi ke Basel di Switzerland.
Colmar ni terletak di sempadan Switzerland dan Jerman.
Alang-alang sampai sini, kena singgah Basel dan Freiburg sekali kan.
Sekurang-kurangnya dah masuk Jerman dan Switzerland.
Naik tren 1 jam lebih kurang dari Colmar ke Basel. 11€ lebih je pergi balik.
Sampai je tukar duit sebab sini tak pakai Euro, pakai Swiss Franc.
20€ aku tukar dapat lah lebih kurang 30 Franc.
Ni gambar papan tanda stesen tren Basel. Bâle tu dalam bahasa Perancis.
Ni gambar aku dan Omar depan papan tanda tadi tu.
Duit tukar tu aku cuma guna untuk beli magnet peti dan coklat Swiss je.
Coklat Swiss ni tarikan sini, macam menarik jadi aku, Omar dan Syahid beli.
Kami beli lain-lain 2 jenis seorang, tukar-tukar rasa.
Sini bandar dia boleh tahan besarnya. Cakap Jerman dan Perancis.
Tapi seksa nak beli coklat sebab mak cik tu cuma tahu cakap Jerman.
Kami bertiga tak pandai langsung cakap Jerman, main tunjuk saja.
Ni gambar coklat aku beli. Tak nampak harga dia, kan kontroversi kalau tunjuk, hehe.
Sangat sedap semua coklat yang kami beli, padan dengar harga.
Lebih kurang 7 Franc untuk setiap 100gm.
Kat Bâle ni kami cuma jalan-jalan pusing bandar dia je. Masuk kedai tengok barang.
Kat depan Hotel Hilton kepunyaan bapak Paris Hilton tu. Dengan Syahid.
Bangunan ni pejabat Datuk Bandar Basel rasanya, dah lupa aku.
Sungai apa aku tak tahu. Janji ada bendera Switzerland aku layan, hehe.
Basel ni menarik sebenarnya bila aku tengok balik dalam internet.
Tapi kami tak sempat dan malas nak teroka dalam-dalam.
Di Switzerland ni tenang, aman tapi kos hidup, harga barang semua mahal.
Lewat petang kami balik, naik tren dekat pukul 8.
Sampai Colmar dah tak ada bas, jalan kaki balik ke rumah.
Malam aku makan Ayen masak. Terima kasih banyak Encik Ayen.. Hehehe.
Aku tidur puas-puas lepas smalaman tak tidur malam sebelum tu.
Esok bangun awal sebab nak naik bas ke Freiburg, pukul 8 atau 7 kot.
Kali ni pergi ramai lagi. Khalid yang bawa kali ni.
Naik bas sampai ke mana entah, kat Jerman la. Kemudian naik tren sikit.
Aku dah lupa berapa lama perjalanan. 1 jam lebih kot. 5€ pergi balik.
Sampai je kami pusing-pusing. Konon nak beli barang lah sebab sini banyak murah.
Kami pergi makan kat satu kedai Turki. Katanya halal kami masuk lah.
Di Freiburg ni cakap Jerman je. Sikit sangat yang cakap BI atau Perancis.
Kat kedai piza Turki tu, aku nampak piza 'schinken'.
Dengan yakin aku minta sebab ingatkan ayam. Bunyi dekat je kan.
Masa dia hantar piza budak lain baru dia cakap benda tu babi sebenarnya.
Aku pun tukar lah piza lain.
Lahanat punya kedai, mula-mula kata halal. Jual babi halal kot. Hehe.
Sebelum balik, kami singgah satu kompleks beli belah yang dah singgah tadi.
Sebab nak beli barang kat situ, ada yang berkenan.
Aku pun nak beli kasut kulit sepasang sebab cantik sangat.
Sayangnya bila aku tanya, dia kata kasut tu kulit babi.
Apa lah aku banyak sangat berurusan dengan babi hari tu ek. Melepas..
Tak ada gambar Freiburg sebab aku tak ambil dari kawan aku.
Kami balik awal sebab budak-budak ni semangat gila bola.
Yang lain nak main bola tapi aku nak tengok bola je. Lawan Arsenal tu.
Sampai Colmar, kami pergi tolong kerja di tempat jamuan.
Tolong angkat dan susun kerusi meja semua.
Lepas siap, balik lah untuk urusan bola semua tadi tu.
Seronok aku tengok Arsenal kena belasah 4-0, ha ha ha!
Malam tu ada budak Metz sampai, tidur kat bilik Ayen sekali 5 orang.
Seronok layan semua gila kepala, hehehe.
Kami makan ramai-ramai malam tu.
Lepas makan, aku tolong budak Colmar buat nasi ayam untuk esok.
Dah bahagi tugas semua. Aku tolong Ayen sebab ni tugas dia asalnya.
Aku ingat ni kerja paling rehat dan santai lah. Alah setakat masak nasi je kan.
Rupanya tak seindah biasa.. Panas terik hujan badai.. Kita lalui bersama..
Saat hilang arah tujuan.. Melalut lagu Siti lah pulak..
Aku, Ayen, Fan, Lesley dah Cha kena uruskan nasi ayam ni.
Semalaman aku dan Fan tak tidur selesaikan nasi berpuluh pusingan kami masak.
Aku naik jemu buat kerja ni, dah ingat sangat macam mana nak wat nasi ayam ni.
Tak pasal-pasal terbelajar. Senang sangat rupanya.
Esoknya semua hadirin akan makan air tangan aku lah.
Biar padan muka semua mimpi aku malam tu, hehehe.
Paginya aku pergi balik bilik Ayen mandi, datang balik kat nasi lepas tu.
Terlelap sekejap sebab dah siap semua.
Kemudian berangkat lah ke tempat Jamuan Tahun Baru Cina tu.
Seronok sebab ada macam-macam makanan.
Kek hari jadi pun ada, kebetulan hari jadi beberapa pelajar.
Yang datang boleh tahan ramai. Tak ingat berapa orang datang.
Sebelum tamat, ada seorang Prof budak Colmar buat gila.
Pasang lagu, dia tarik tak kira siapa ajak menari.
Aku dan Eizdihar nyaris kena, kami lari sorok sampai dalam tandas.
Kami kan pemalu, hehehe.
Seronok tengok dia menari dengan budak pilihan dia.
Tunggu lah aku praktis betul-betul, dah hebat nanti aku pulak tarik dia ek!
Tak sempat dia tarik aku, aku dulu akan tarik dia. Cakap besar ekk..
Antara gambar di Colmar..
Baru aku sedar aku silap tulis tadi. Lepas jamuan ni yang urusan bola semua tu.
Tak apa lah, tak penting pun setakat Arsenal kena belasah kan. Hehehe.
Malam tu aku tidur lewat sebab tren aku pukul 8 lebih.
Budak lain semangat naik tren awal pukul 6.
Aku liat bangun pagi naik yang pukul 8 lah.
Gambar depan Gare de Colmar, masa nak balik. Mekacih Ayen anto aku neh.
Masa nak naik tren, nampak muka Malaysia 3 orang.
Rupanya Adam dan Acap budak PEKOM hantar Fizah. Dia kat Besançon.
Tapi nak ke Paris. Tren aku ni ke Paris kemudian aku tukar tren ke LR.
Dalam tren ada tempat kosong, kami duduk sambil borak bertukar cerita lah.
Sampai Paris kami berpecah. Kami sampai di Gare du Nord.
Ni stesen tren ke Utara Perancis. Colmar-Paris lebih kurang 3 jam.
Aku kena ambil tren di Montparnasse. Stesen ke Barat Daya Perancis tak silap.
Ada masa lebih kurang 1 jam untuk ke sana. Kena naik metro.
Aku berlenggang lah bila ada banyak masa macam ni.
Singgah makan kat kedai Arab. Lepas tu jalan pusing kawasan dekat tu.
Kena ambil Metro dari Gare de l'Est. Jalan sikit je dari Gare du Nord ni.
Sempai singgah beberapa kedai, hari terakhir jualan musim sejuk kat Perancis.
Ni lah Gare du Nord. Macam kompleks membeli-belah kata seorang tu.. =p
Ni kawasan sekitar tu, dah tak ingat kat mana. Masa jalan tu lah.
Silap lenggang baru sedar dah tak lama nak naik tren.
Tergesa-gesa aku nak beli tiket metro. Dekat kaunter beratur panjang.
Aku pergi lah dekat mesin.
Ada sepasang mamat Jepun duk usaha nak beli tiket.
Aku tak tahan lama sangat, aku tanya apa kes, aku tolong lah.
Dah mesin tak nak terima kad, pergi lah cepat. Huh..
Depan aku ada sekumpulan orang dari England rasanya sebab cakap Inggeris.
Aku tanya boleh tak aku nak potong sebab nak cepat, nak kejar tren.
Dia cakap tak payah susah, dia bagi 1 tiket dia dah ada.
Huh, leganya aku. Aku tolong Jepun tadi, Tuhan balas terus. Alhamdulillah.
Nasib baik tak terlepas, tergesa-gesa aku kejar TGV tu beb.
Dahsyat gila aku kejar TGV, ha ah ah.
Alhamdulillah selamat sampai La Rochelle petang tu. 3 jam perjalanan.
Balik bilik rehat, esok tu dah nak mula kelas balik.
Lusanya ada ujian Mécanique dan Chimie, huhu.
Ok lah, dah lenguh aku membebel kat sini.
Sekali lagi nak ucapkan terima kasih kepada budak Colmar semua.
Terutamanya Ayen lah, sudi tumpângkan aku.
Siap makan minum sekali tuh. Terima kasih banyak!
9 commentaires:
finally..u put sum pix in ur blog
hehehe.
ske2
wow.. panjang rambut mu ge amy search..
serum aku tgk
wah wah!!
kesakanan mengtouristkan diri!
xleh tido so decided to singgah!
bestnyer jalan2[dengan rambut yang panjang!miahaha]
walaweh, rambut tak kalah.
muahahha.
hebat mu buley keja TGV tuh,
eh fizah tu bukan gadis yg duk besonson- camne eje bezonsong tau. yg sekali ngn aishah tu seme? kalo ye, ye r tuh, diorg sekali ngn aku kat ipba dulu. rindunye kepade mereke seme!
time kaseh atas wish nye, haru aku. haha :)
hgahhaha
ada gambar ko
pelik!!
hahahah
potong la rambut ko tu
tak lawa langsung
*actually dulu aku rambut panjang, aku rasa best, tapi my mum selalu cakap suruh potong tapi tak endah... ko cuma akan rasa rambut panjang tu buruk selepas 3 thaun. selepas ko semakin dewasa nanti... trust me
@ mia
yela tu suke sangat..
but i want to see yours in return dear!
@ duang
bukan macam amy search..
tapi amy search macam aku.
serung spe antu ox. hahaha
@ luke hakim
ko nih tak abeh2 dengki rambut aku!
@ K H A Z I N A T U L A S R A R
yup exactly diorang laa!
oo korang skali dlu, lupe lak.
nway ade bdk batch aku jr ko.
knal syikin ngan mizah?
besançon ejanye..
sebut bezongsong.. ganas gile, hehe
@ wenkt
ape peliknye ade pics aku??
tak kan nak letak pic rashid sidek kot.
tak yah tunggu 3 taun, skang pun aku da rase buruk. hehehe
tapi rambut aku kalu nak pendek, 2 minggu skali kene maintain potong.
sini tak larat nak depense 13e chaque 2 semaine.. huhu
nway amacam plan Melbourne??
aku sanggup byarkan kalau ko potong pendek!!
tak perlu maintain pendek...
cuma potong pendek, then biar panjang jap then potong agi
potong 2 bulan skali je
p/s malas bincang pasal melbourne slagi ko tak potong rambut
Enregistrer un commentaire